Aku percaya sejak masuk kelas pertama sehingga akhir kelas kedua, tak berguna langsung telingaku terpasang luas tetapi satu ilmu sekalipun tak melekat di fikiran. Perasaanku malah membuktikan tingkah ku sepanjang waktu pembelajaran sedikit sebanyak mengganggu fokus si dia. Biarpun tidak menjalinkan apa-apa hubungan istimewa, wanita yang setia duduk disebelahku masih menonjolkan sifat prihatin pada lelaki dayus ini.
Sekiranya Adhaera tahu siapakah aku yang sebenarnya, adakah nilai murni yang diberikan kepadaku ini akan hilang sekelip mata sepertimana Adhaera hilang dari dakapanku?
Aku pengen berdiri dan lari jauh dari pandangan si dia, tetapi pantas benar anak Hawa ini menghalang laluanku sambil mencekak pinggang persis guru disiplin sekolah rendah.
Comel.
"Kau okey ka ni Hans? Dari tadi aku tengo kau macam oppa drunk and need a hangover." Dia menegur tetapi intonasinya mengatakan sebegitu pekat geramnya bersama loghat Sabah yang tidak pernah lari dari darah asli. Sekadar mampu tersenyum, aku menggosok atas kepala sambil mengangguk kepala.
Si dia mendengus tak puas hati, tahu amat aku menipu demi menjaga hatinya yang begitu sensitif. "Jom lunch. My treat." Lengan jaket drastik si dia tarik, tiada petanda langsung mahu melepaskan genggaman itu walaupun beberapa kali juga aku menolak pelawanya.
"Kau jangan nak degil sana, boleh tak? Ikut dulu cakap aku, hmm? Kau tu tak sihat, kena makan. Jangan nak meroyan cakap 'im fine, im fine'." Secara tak sengaja tawaku pecah di mulut. Terhibur mendengar loyar buruk Adhaera yang sememangnya khas ditujukan kepadaku.
Okay, ma'am. I'll let you be my guard, just for today.
00
"Hahae-"
"Yup?"
Aku tak tahu keputusan apa yang harus ku lakukan sekarang, sama ada mahu ketawa atau mengeluh pasrah. Bukankah katanya tadi mahu singgah ke restoran semata-mata ingin berkongsi rezeki sup tulang denganku? Banyak amat tanda soal di dalam sel otakku sekarang, ini bukannya restoran. Restoran mahal berasaskan daging stik, semestinya salah jawapannya 100%.
Batang hidung yang memisahkan kedua pasang mata diurut, tak laku mahu bersuara. Tahu sudah ku alasan yang bakal keluar daripada mulut si dia mengapa kami berdua tiba-tiba berubah lokasi ke kedai kosmetik. Air mata saja tak cukup mahu menangis sebak, darah juga degil tak mahu keluar.
"Ehe."
Aku nak marah, tapi perasaanku terlalu lali untuk menaikkan suara pada Adhaera. Tak, bukan lali. Aku tak rela mahu berduka cita kerana menyesal menyinggung perasaan sekiranya ku tengkik wanita ini. Sayangku padanya lebih membuak banyak daripada sifat menyampah.
"Kejap je. Lepastu kita pergi makan sup tulang oke? Boleh tak, hans?"
Lihat? Sebagai seorang anak Adam yang masih waras hatinya pada seorang anak Hawa, aku tak boleh hilangkan rasa goyah ini daripada terus menyerang diriku. Kuat palunya, tengok saja wajah memujuk itu ingin menggapai perhatianku biarpun sementara.
Aku tak boleh tolak. Itulah diriku.
"Okey. Anything for you, hahae."
Si dia mengukir senyuman sebegitu manis pada penglihatan ku. Badan ini hanya mengikut gerak angin yang diketuai olehnya. Apa orang kata? Angau? Suatu sifat dimana seseorang dilamun cinta sehingga membutakan mata mereka sendiri.
YOU ARE READING
Adhaera Ashlan
RomanceAku tak layak untuk berdamping dalam hidupmu. Dan kamu seharusnya bertindak untuk menjauh dariku. Setidaknya aku tidak berasa serba salah pada diriku- Kerana membunuh dirimu. ⚠️ BLOOD ⚠️ TRAUMATIZED ® All Right Deserved Start : 02/06/2022 End :