"Hans-"
"If you need me, call me."
"...Hahae?"
Aku diam tatkala susuk tubuh yang anggun memperagamkan busana putih berdiri sambil menghulurkan tangan, aku tak berdiri kerana terpana melihat betapa cantiknya si dia di hadapanku sekarang.
Angin senja meniup lalang disekeliling kami, tak ku persoalkan mengapa hanya kami berdua sahaja yang wujud di lokasi indah itu. Segala lalang coklat pudar seolah-olah menjadi penonton drama singkat kami berdua. Tak lupa juga pokok bersaiz gergasi di belakang ku ini, melindungi aku daripada cahaya matahari yang berwarna jingga sekarang.
"Call me. My name, my real name."
Aku segan, berfikir beberapa kali adakah perlu untukku patuh permintaannya. Si dia masih berdiri dengan tangan dihulur ikhlas kepadaku, manisnya senyuman membuatkan jantungku berdegup laju hanya kerana si dia.
"Ad-"
"Yes. Call me."
"...haera."
"Hmm?"
"Adhaera...?"
"ARGHHH!"
Aku kaget, tidak langsung bergerak tangan mahupun kakiku untuk menyambut tubuh si dia yang terduduk menahan perit di dada.
"Haera!"
"DIAM!"
Si dia menutup telinga ketat, menghalang sebarang bunyi masuk dan mengganggu fikiran dan mentalnya. Pekikan kuat daripada suara ayu si dia menyebabkan aku tak berdaya untuk melanggar perintahnya. Tangan erat ku gempal kerana menahan amarah. Geram dengan diri sendiri, kecewa dengan diriku disebabkan tak menyumbangkan apa-apa bantuan untuk menolong si dia.
Pathetic.
"KAU!"
Jari runcingnya ditunding laju kearahku. Remuk hati seorang ajnabi bukan mahram ini apabila melihat cincin perak berbuahkan berlian tulen itu masih elok muatnya di jari manis si dia. Sedaya upaya ku hindari perasaan serba salah ini kerana ku tahu kesalahan yang ku lakukan begitu besar impaknya pada si dia.
Dan semestinya wanita polos itu tidak tahu langsung dalang disebalik memori gelap si sia.
"Kenapa? Kenapa kau sanggup buat macam ni? Apa salah aku, Hans? Apa yang kau tak puas hati lagi dengan hidup aku?!" Soalannya bertubi menyerang aku. Ya, aku masih berdiri kaku dan tidak berganjak mendekati mahupun menjauhi. Aku menundukkan wajah, begitu tebal ekspresi malu ku sehingga hilang keberanian untuk bertentang mata dengan si dia.
Takut. Aku takut jika ini adalah sebuah mimpi, si dia bakal meninggalkan aku di kehidupan yang nyata.
"Hiks."
Esakan halus namun telingaku lebig cepat menangkap suara sayu si dia biarpun angin semakin rancak membingitkan telinga. Bibir bawah ku gigit, menahan air mata mutiara ku daripada jatuh ke pipi. Tak, aku tak sanggup melihat Adhaera begini.
"Ha-Hahae.."
"Aku fikir kita kawan, Hans. Aku fikir kau kawan baik aku."
Diam.
Si dia mengukir senyuman protes, "Kau jahat, Hans. Hanya sebab kau suka aku, kau sanggup ambil kebahagian aku." Katanya seraya menyeka air mata di bawah mata kaca itu.
"Please, hahae. Im sorry, I didn't mean that way too."
"TIPU!"
Aku berhenti mendaki langkah menuju kearahnya. Ya tuhan, begitu berat ujian yang Adhaera terima sejak hari itu. Hari yang seharusnya menjadi kenangan mengujakan, punah begitu sahaja kerana kesilapan ku sendiri. Sebesar itu ujian yang dialami oleh si dia, besar lagi dosa yang ku tanggung kerana egois degil ku.
"Aku benci kau, Hans."
No, don't just end it like this. Adhaera, please.
I love you, too much.
"Sedalam mana pun cinta kau untuk aku, sumpah demi Allah SWT aku takkan terima lelaki bernama Ashlan Aniqy. Noktah."
YOU ARE READING
Adhaera Ashlan
RomanceAku tak layak untuk berdamping dalam hidupmu. Dan kamu seharusnya bertindak untuk menjauh dariku. Setidaknya aku tidak berasa serba salah pada diriku- Kerana membunuh dirimu. ⚠️ BLOOD ⚠️ TRAUMATIZED ® All Right Deserved Start : 02/06/2022 End :