Ku tatap lama si dia, tak jemu biarpun sedekad lama kami mulanya bertemu. Cantik, anggun dan manis. Si dia bukan wanita yang sempurna fizikalnya, tak punyai paras muka yang seindah watak utama, namun entah mengapa wajah itulah yang menyebabkan aku lari akal.
"Erm."
Gusar dengan reaksi mamainya, aku segera mencapai buku berhampiran dan sengaja memfokuskan diri pada buku terbalik tersebut. Ku lirik sebentar setelah beberapa saat berlalu tanpa sapaan. Aku senyum, nyenyak tidurnya.
Buku ku letak semula di atas meja. Kepala dibaringkan beralaskan lengan sambil mata tidak lesap dari melihatnya. Ingin ku memiliki si dia, ingin ku pegang status sebagai pahlawannya, tapi ku tahu tiada ruang untuk aku dalam hidupnya.
Bisikan iblis mengarahkan aku untuk menyentuh hidungnya, serba salah tetapi aku hanya makhluk Allah yang mudah terbawa nafsu buruk. Comel. Hatiku menjerit dan bergelora ombak cinta tatkala senyum tidurnya wujud di bibir.
"Erm, Hans?"
Tersentak. Aku tak berbunyi mahupun beralih tubuh apabila si dia menegur drastik. Kelopak mataku berkerdip sehingga tak laku lagi untuk dikira dalam kotak suara. Mata yang bersinar itu, suci putihnya, legam hitamnya.
Bulu matanya tak lebat, malah lentik ke atas. Lama ku tenung, sehingga si dia pula tersengih mata kerana malu akibat perbuatan tak senonohku. Lupa, ajnabi seharusnya menjaga pandangan. Astagfirullah.
"How's your sleep, hahae?" Ku bertanya bagi membuang perasaan kekok. "Good!" Pendek saja dia menjawab, tetapi hasilnya berlipat ganda padaku. Aduhai, suaranya ayu dan bagiku tiada secebis mahupun sebutir intonasi jengkel dalamnya.
Senyum, tapi tidak lebar. Si dia menyedari perubahan itu. Tak mahu ketinggalan, dia menyoal penuh ingin tahu di mata, "Hans, kau okey ke? Kenapa lain dah ni?" Aku enggan ingin menjawab soalan tersebut. Apakah dia kecil hati dengan jarak yang ku bina tanpa si dia sedari?
Adakah selama ini perbuatan aku salah sehingga melukai emosi sensitifnya? Ya tuhan, aku tak sanggup. Tak berdaya aku mahu berhadapan dengan wajah sedih si dia, mungkin sahaja si dia itu sudah terdetik fikiran bahawa aku ini adalah lelaki tidak berguna dalam hidupnya.
Selayaknya dihalau dari hidup seorang wanita yang jauh pendiriaannya daripada aku.
"Okey. Aku okey, hahae. No worries." Tipu. Aku tak jujur. Aku menafikan bahawa aku okey tapi aku memilih untuk diam. Reaksinya lama membeku, seolah-olah dia berusaha mentafsir adakah aku mendiamkan diri demi menjaga hatinya. Kerana aku pernah melakukan perbuatan tersebut sedemikian lama.
Aku tahu, si dia tak suka. Si dia benci akan perbuatan aku dahulu. Cukuplah memori yang ku anggap legam warnanya sebagai satu-satunya memori yang buruk diantara aku dan si dia.
"Hans, kalau kau diam confrim aku tak tau. Kenapa, hm? Aku ada buat kau terasa ke?" Masih tidak berpuas hati, si dia masih nekad untuk tahu juga. Tengkuk belakang digaru, tak tahu sama ada aku seharusnya berada sejuk kerana angin dingin penghawa elektronik perpustakaan awam ataupun tenung tajam wanita ku sukai ini.
"Kalau aku bagitau, kau okey ke?"
"Siapa lah cakap aku tak okey kalau kau cerita?"
Tersengih kera busuk aku di situ mendengar sindiran tak puas hati si dia. Birai bibirnya naik di sisi, menandakan dia menyampah mendengar kata-kata tak masuk akalku.
"Jadi, ceritalah."
Diam.
"Huh."
Aku memaksa kelopak mata menutup pandangan, nafas dihembus dalam lalu dikeluarkan dengan intonasi halus. Setiap ayat dan abjad berterbangan di minda dan impuls saraf bersemangat juang mahu menyusun ayat-ayat yang sesuai dilafazkan.
YOU ARE READING
Adhaera Ashlan
RomanceAku tak layak untuk berdamping dalam hidupmu. Dan kamu seharusnya bertindak untuk menjauh dariku. Setidaknya aku tidak berasa serba salah pada diriku- Kerana membunuh dirimu. ⚠️ BLOOD ⚠️ TRAUMATIZED ® All Right Deserved Start : 02/06/2022 End :