Pintu terbuka luas. Papan tanda harga murah tergantung di setiap bahagian. Baju dan seluar menghiasi ruang kedai. Namun tetap sunyi dan kosong dari pelanggan.
Azlina berhenti main telefon bimbit. Perasaan bosan telah menyerang dirinya. Dagu di tongkat dengan tangan. Matanya terkebil-kebil melihat ruang kedai yang kosong, akibat rasa mengantuk.
Rakan kerja yang lain telah keluar untuk makan tengahhari. Meninggalkan Azlina seorang diri di kedai. Bukan tidak ingin makan bersama, tapi kedai perlu ada yang menjaga. Azlina dan rakan kerja telah membuat jadual, dan hari ini adalah giliran Azlina untuk menjaga kedai.
Tiba-tiba, mata Azlina ditarik ke pintu kedai. Seorang lelaki telah memasuki kedai dan menuju ruang bahagian seluar. Azlina terus bergegas ke sana bagi menyambut kedatangan lelaki tersebut.
"Boleh saya tolong." Kata Azlina dengan lemah lembut.
Lelaki itu terkejut dengan kehadiran Azlina. Dia menjarakkan diri. Tangannya tergopoh gapah menyelak setiap helaian seluar. Bahagian pipi mula kemerahan akibat malu.
Selepas berpisah dengan teman wanitanya, dia tidak pernah bercakap dengan perempuan. Jika bercakap pasti gagap atau terdiam kaku. Itulah kehidupan yang dialami oleh Zack. Perasaan lalu masih menghantui dirinya.
"Errmm.. Boleh saya tolong Encik?" Soal Azlina dengan mendekatkan diri kepada Zack. Matanya merenung wajah Zack yang menunduk malu.
Zack menjadi gelabah. Tangan meraba seluar dihadapan tanpa melihat. Wajah mengelak dari terus melihat Azlina. Mahu tidak, hatinya seakan tertarik dengan kecantikan wajah Azlina yang berkulit putih gading. Bertubuh pendek, kurus dan bentuk badan yang menawan. Memakai tudung berwarna hitam. Baju tshirt lengan panjang berwarna kuning, mungkin seragam kerja. Seluar jean warna hitam yang tidak terlalu ketat. Dari wajah dan cara bertutur hampir sama dengan bekas teman wanitanya.
Azlina menjadi keliru melihat Zack. Dia tidak pernah menerima pelanggan seperti ini. Malu untuk berkata-kata. Setakat mengelak dari dilayan, sudah banyak kali Azlina tempuh. Setiap pelanggan yang tidak mahu diganggu pasti akan berkata ingin melihat atau tengok sahaja. Tapi Zack berbeza dari pelanggan lain. Bila ditanya, tidak menjawab. Adakah Zack mahu dilayan atau mahu bersendirian. Tanda tanya ini telah membuatkan Azlina menjadi keliru.
"Erm.. Encik.." Azlina cuba menarik perhatian Zack. Wajahnya sengaja dibuat comel dengan mata yang besar.
Jantung Zack seakan disambar petir. Degupan jantungnya laju dan kuat. Tubuhnya kaku terdiam seperti patung.
Azlina tersenyum manja. Matanya meneliti tubuh Zack yang segak dan bergaya. Muka bersih dan tidak bermisai atau berjanggut. Rambut pendek disikat kemas. Baju tshirt lengan pendek berwarna kelabu sesuai dengan kulit Zack yang sawo matang. Seluar jean panjang hitam kelihatan selesa apabila dipakai.
"Encik nak saya tolong apa?" Azlina sengaja merapat diri kepada Zack. Kata-katanya lembut dan manja.
Mata Zack bertemu dengan Azlina. Penglihatannya seakan melihat bekas teman wanita. Terus Zack menjadi tidak keruan. Tangannya terus mencapai seluar tanpa melihat saiz dan bentuk. Lalu ditunjukkan kepada Azlina.
"Saa.. yaaa.. nak cu.. baa.. seluar nii." Kata Zack dengan tergagap. Wajahnya bersembunyi di sebalik helaian seluar.
Azlina tergamam seketika. Dia merasa terkejut apabila mendengar suara Zack. Suara Zack yang garau dan tergagap bila berkata telah membuatkan hati Azlina merasa lucu.
"Okay." Balas Azlina dengan wajah yang terukir senyuman.
*
Dibahagian belakang kedai tersedia empat ruang untuk mencuba pakaian. Setiap ruang boleh ditutup dengan pintu. Dihadapan pintu tertera papan tanda bilik percubaan. Namun satu ruang bertanda dengan logo wanita, di mana ruang tersebut telah dikhaskan untuk kaum hawa.

YOU ARE READING
BUNGA DI BAJU
Fanfiction🔞Bahan bacaan 18 tahun ke atas🔞 🔞Kandungan bahan bacaan dewasa🔞 Kisah mengenai seorang gadis yang berkerja di kedai baju. Namun dia mendapat pelbagai jenis tentangan dari pekerja lain kerana cemburu.