“JOMLAH Alia, kita pergi masjid jom.”
Alia hanya patuh. Begitulah dia, akur saja apa yang orang buat padanya. Tapi, walaupun pendiam dan tak banyak kerenah, tapi dia pandai berdebat dengan caranya.Orang bangkang itu dan ini, tapi dia dengan memberi satu soalan psiko, terus senyap pembangkang.
Hebat, kan?
Tidak tunggu lama, aku bangun apabila melihat para puteri sudah keluar dari mata’am. Aku membantu Masyitah untuk menyuruh para puteri ke masjid.Apabila sudah yakin tiada sesiapa lagi di mata’am, aku dan Masyitah beriringan menuju ke masjid.
“Bagaimana dengan rekod solat? Ada apa-apa kes ke?”
Aku membuka bicara apabila perjalanan antara aku dan dia hanya kesunyian yang tidak bertepi.
“Setakat ini, saya agak kecewa pada para puteri kerana mereka melewatkan solat Zuhur. Ramai yang masbuk dan solat sendiri di bahagian budak yang uzur.”
Aku mengeluh berat apabila mereka bagai ambil ringan tentang kaifiyat orang yang solat berjemaah. Paling aku kecewa, antaranya ada yang sama umur dengan aku. Aku selalu perhatikan masalahnya dan gengnya. Azra and the geng.
Sudah ditegur banyak kali, tapi tetap begitu. Tidak pakai stoking ketika di luar dari kawasan larangan ‘tidak menutup aurat.’ Kes dating pula dengan senior para putera. Berangkat dengan salah seorang budak lelaki di King Dorm.Ya Allah...
Tapi sekarang, aku lihat dia biasa saja. Mungkin tengah tahan diri dari berjumpa dengan senior para putera tu. Tapi aku tak boleh nak kata dia macam-macam sebab aku takda bukti. Semuanya dari mulut ke mulut.
“Lepas ni, anti cari alternatif bagaimana kita perlu buat mereka semua naik ke masjid untuk solat zuhur.”
“Macam mana?”
“Anti fikir dulu, nanti pointkan dekat kertas. Kemudian, ana semak semula dengan Khadijah.”
“Baiklah, Hawa.”
“Oh ya, jangan lupa untuk check para puteri yang uzur, ya?”
“Baiklah.”
Semenjak kes ada orang mengaku dia haid sedangkan pantiliner miliknya putih seputihnya, tiada noda darah pun di situ. Ada yang memakai tuala wanita yang berminggu minggu tidak dibasuh semata malas untuk solat.Allahu Rabbi. Semoga aku dan beberapa orang yang mengendali Queen Dorm ini tabah melayan kerenah dan otak-otak cerdas mereka.
Mereka akan sentiasa mencari alternatif lain. Aku pun perlu peka dengan mereka.
Stressnya... dengan nak SPM, dengan melayan karenah mereka lagi.
“Kak Hawa! Kak Hawa ke tu?”
Serentak aku dan Masyitah menoleh ke arah suara yang memanggil aku tadi. Gadis yang berumur dua tahun lebih muda dari aku itu menghampiri.Sempat dia mengatur nafas sebelum menutur katanya yang tersangkut tadi.
“Abang Adam kata, nanti dia akan adakan perjumpaan Majlis Tertinggi.”
“Nanti, bila?”
“Lepas solat Isyak.”
“Baiklah. Lekas masuk ke masjid, nanti masbuk.”
Terus gadis bertubuh kecil itu lari ke arah masjid. Aku dan Masyitah menyambung langkah kami yang tergendala. Sesampainya di anjung masjid, aku terpandang Khadijah yang sedang duduk di tiang sambil menungkan sesuatu.
Aku tidak nafikan, selepas saja dia kehilangan abahnya yang tercinta, dia jadi seorang yang pendiam. Aku merapati dia dan duduk di sebelahnya. Dia sedikit tersentak apabila aku duduk di sebelahnya.
“Awalnya anti sampai?”
“Lepas makan tadi, ana terus ke sini.”
“Anti selesa makan dengan mereka?”
Khadijah senyap seketika. Melihat dari riaknya, dia tidak suka. Tapi, tidak aku tahu apa di sudut hatinya. Aku juga perasan yang dia sering ‘disuruh’ macam-macam.Setiap hari aku nampak dia basuh talam. Tapi, dia datang awal pula ke masjid hari ni, selalunya aku yang datang terlebih dahulu.
“Tak apa. Masuk talam ana pun boleh.”
“Tak perlu. Tak kan sebab ana tak ngam dengan ahli talam, tiba-tiba nak menyusahkan anti pula?”
“Mana ada menyusahkan.”
“Tak... Tak pa.”
Tidak lama itu, iqamat mula berkumandang, menyeru sang manusia untuk mendirikan solat maghrib berjemaah.
Seperti kebiasaannya, para puteri sengkang maghrib dan Isyak akan ada tazkirah dari ustaz.
Kemudian, setelah solat Isyak, berjemaah menunaikan solat terawih dan kemudian mereka pergi moreh dan kemudian, asrama. Khadijah dan Masyitah pergi ke bilik mesyuarat para MT (Majlis Tertinggi).

ANDA SEDANG MEMBACA
Hawa Untuk Sang Adam [E-book]√
Teen Fiction"Anti boleh ke handle ni? Ke nak ana yang handle Queen Dorm? Hmm?" - Adam. Tanpa sedar, kata-kata itu mengguris hati kecilnya. Jika dengan para puteri (pelajar perempuan), hatinya cepat saja cair. Tapi, jika dia dengan ketua para putera (pelajar lel...