“TAK baik tau dia kata kat anti begitu.”
“Kepala dia ajalah yang betul. Dia fikir nak handle manusia ni mudah ke? Nak arah lembu masuk kandang pun perlu disebat dulu. Apatah lagi manusia.”
Khadijah, seorang rakan aku yang menjadi pembantu aku untuk handle Queen Dorm. Apa saja keluh kesah aku, dialah si pendengarnya. Selama ini aku ada kawan, tetapi untuk jadikan tempat mereka mengadu saja. Jadi, aku tak kisah siapa saja boleh berkawan dengan aku.
Kadang rasa serba salah kerana dia tidak pernah berkongsi masalah dengan aku. Jadi, agak pelik kerana dia ada migrain. Dia diciptakan Tuhan untuk mendengar segala masalah dan aib orang, tapi tiada yang mendengar suaranya.
“Jangan samakan manusia dengan lembu.”
Aku melepaskan keluh beratku. Peluh yang merenek di dahi, aku kesat. Ya Allah, beratnya amanah yang kau sandarkan kepada aku kali ini. Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan-Mu agar aku dapat membimbing para puteri dan putera untuk ke jalan yang kau redai.
“Berat sangat. Amanah kali ini. Ana tak minta langsung untuk menyandang jawatan ini.”
“Ujian, kita perlu laluinya. Demi Queen Dorm, Demi amanah Allah.”
Kata-kata dari Khadijah itu mencelikkan mata kasarku. Jadi, beginilah rasanya senior mentadbir Queen Dorm waktu aku junior. Patutlah mereka marah-marah junior.
“Ana rasa kita perlu bertegas.”
“Hawa, kita nak buat air apa buka puasa nanti?”
Sedang aku dan Khadijah berbincang itu, Roszana datang menghilangkan sedikit fikiran aku yang terganggu tadi. Kening aku urut perlahan.
“Ermm... suka hati kaulah. Aku ikut je.”
“Kita tanya Ainlah nanti. Dia tu banyak je ideanya.”
“Bincanglah apa yang patut, nanti petang, aku ambil talam.”
Begitulah apabila aku berbincang soal makan. Ahli talam kena buat kerja. Siapa nak buat itu, siapa nak buat ini.
“Wah dah bincang nak minum air apa, ya?”
Khadijah berseloroh. Kami bertiga tergelak perlahan. Tak boleh nak gelak-gelak sangat. Sebab ada lelaki di sebalik tirai. Jadi, perlu jaga aurat dan maruah.
“Anti tak berbincang dengan kumpulan talam anti?”
Khadijah yang tersenyum tadi diam seketika. Kemudian, dia tergelak kekok.
“Ya, saya sembang dengan mereka nanti.”
Aku tahu dia tidak selesa satu talam dengan junior. Tapi, harus bagaimana lagi? Hanya dia saja yang satu talam dengan para puteri tingkatan empat. Mungkin alah bisa, tegal biasa?
Aku terperanjat apabila ada ‘lembaga’ hitam datang dan duduk di hadapan kami. Ya Allah, terkejut aku dibuatnya. Rupanya Syafa yang bertelekung hitam duduk di situ. Apalah dia ni.
“Kak Khadijah, nantikan form saya ada pergi seminar untuk SMU. Boleh tak nak pinjam kasut?”
“Kasut yang mana?”
“Kasut yang warna biru tu.”
“Boleh, nanti ambil dekat dorm.”
“Okey.”
Kening aku berkerut apabila Khadijah membenarkannya. Sedangkan kasut itulah kasut kesayangannya kerana pemberian arwah abahnya untuk kali terakhir.
“Itu kan kasut kesayangan awak. Kenapa awak benarkan dia pinjam?”
“Saya nak, kasut pemberian arwah abah tu pun digunakan orang. Manalah tahu, sahamnya lebih. Pengorbanan paling terbesar ialah melepaskan sesuatu yang kita sayang. Jadi, itu dikira pengorbanan, kan?”
Aku hanya mengiakan, aku tiada hak untuk menghalang. Itu hak dia.
“HAWA!”
Aku menoleh ke arah suara garau yang menyapa. Sekilas saja aku pandang wajahnya lalu pandangan aku menekur ke lantai. Dia sahabat Adam. Malik. Malik adalah seorang pembantu kepada Ketua yakni Adam itu.
“Ya, Malik. Ada apa anta terkejar-kejar ana ni?”
“Ana mewakili Ketua ingin menyusun sepuluh jari kepada anti.”
Kening aku hampir bertaut tapi cepat-cepat aku betulkan.
Aku sedikit curiga, sedangkan lelaki bernama Adam ini sangat tinggi ego orangnya. Oh ya, dikira egolah ni sebab bukan dia yang datang minta maaf. Aku menggeleng lalu memberikan dia senyuman ikhlas.
“Tak mengapa. Sedangkan itu memang salah ana kerana gagal mentadbir Queen Dorm. Sampaikan salam ana untuk dia. Ana juga ada salahnya dan tidak salahkan Ketua Adam seorang.”
Sekilas aku memandang lesung pipit yang menghiasi di pipinya itu. Malik ini terkenal dengan sifat gentleman dan lesung pipitnya yang dalam di kedua belah pipinya. Sangat manis orangnya.
“Kalau tiada urusan penting lagi, ana minta izin keluar dulu ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Teruskan usaha anti untuk handle Queen Dorm.”
Mendengar kata-kata semangat itu membuatkan pipi aku terasa hangat. Baik saja Malik melayan aku. Sebab tu di Queen Dorm ramai mata-mata nakal curi lihat Malik. Jadi bualan mereka semua. Malik dikira full package. Lemah lembut pun ya. Wajahnya persis artis luar negara pula tu.
Eh, apa yang aku melalut ni? Sempat aku menyedarkan diri apabila di dalam kelas kini aku seorang di situ. Aku keluar dari kelas secepat yang mungkin kerana aku seorang saja perempuan di dalam kelas itu.
KELUAR saja figura gadis itu, tubuh yang sama tinggi dengannya itu dipandang dari atas ke bawah. Rahangnya bergerak ke kanan dan kiri menahan rasa di hati.
“Apa macam? Dah dapat mengurat dia?”
Malik menoleh apabila suara garau rakannya menyapa gegendang telinga.
Tanpa memberi amaran, leher jubah Malik ditarik kasar. Dalam kelas menjadi riuh seketika apabila Adam hampir menumbuk wajah lelaki di hadapannya ini, tetapi dihalang oleh beberapa rakan sebayanya yang lain. Dari tadi dia melihat agenda Malik. Bertambah berapinya dia apabila namanya menjadi mangsa. Macam dia terlalu kejam sehingga buat orang itu mahu bunuh diri. Sedangkan benda tu terang-terangan salah perempuan tu! Ah, dia tidak dapat terima apabila namanya senang dijatuhkan begitu!
Adam terkenal dengan ego dan barannya. Kontra sungguh perangainya dengan pembantunya, Malik.
“Kau nak tunjuk perangai baik kau tu kat perempuan, kan? Kau jatuhkan maruah aku!”
“Beralah dan memaafkan itu bukan tanda mengalah. Tapi, itu tanda kemenangan kerana kita berjaya mengawal diri kita, Adam!”
“Tilik semula niat kau, Malik!”
Senyap. Hanya bunyi kipas berpusing di atas kepala masing-masing. Matanya hitam pekat itu tunak memandang mata hazel milik Malik. Jelas dadanya turun naik menahan rasa yang bersarang di hati.
Bukan Adam tidak tahu, lelaki itu ada hati pada gadis itu.
Adam menyentap pintu lalu dia tutup kuat tanda amarahnya. Malik terdiam seketika. Begitulah jika Adam membuat gadis tadi sakit hati, pasti Malik yang mula meminta maaf, sedangkan Adam diam saja.
Adam tahu dan kenal Malik dari sekolah pondok dahulu. Cuma Malik lebih muda darinya. Muda empat tahun darinya. Kini, umur Malik adalah sembilan belas tahun.
Malik mengeluh saja melihat kelakuan Adam yang memberontak, tidak dapat terima dengan apa yang dia lakukan sedangkan Malik melakukan hal yang baik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hawa Untuk Sang Adam [E-book]√
Teen Fiction"Anti boleh ke handle ni? Ke nak ana yang handle Queen Dorm? Hmm?" - Adam. Tanpa sedar, kata-kata itu mengguris hati kecilnya. Jika dengan para puteri (pelajar perempuan), hatinya cepat saja cair. Tapi, jika dia dengan ketua para putera (pelajar lel...