1

98 11 1
                                    

Mata kami berdua bertaut. Aku mengetap bibir memandang wajahnya yang tak ubah seperti namja berais beku. Tak ada perasaan dan susah untuk aku fikir adakah dia suka atau tak suka.

"Jadi," dia membuka mulut dan aku hanya melihat wajahnya. Tak manis, tak dingin. Sederhana dan itu sangat menakutkan aku.

"Awaklah Seon-ah?"

"Gu..gurae!"

Dia mengangguk dan cawan yang terisi kopi panas dicapai dan dihirup. Aku hanya memandang dia lama. Jeon Jungkook. Lelaki yang dipilih oleh ommaku untuk blind date. Senang aku cakap dia lelaki yang tampan. Badan dia sasa dan dia memakai turtle neck hitam, menampakkan abdomen di perutnya.

Sukar untuk percaya bahawa lelaki ini adalah bakal suami aku. Bila difikirkan kembali, aku dan dia tersangatlah berbeza. Rasanya dia mampu memilih yeoja yang lebih cantik dari aku. Alah lelaki macam dia sekali petik jari. Rasanya beribu orang yang datang! Tapi itulah nama dia termasuk di dalam 'Seoul Partner' dan itu bermaksud dia ada peraturan yang perlu dia laksanakan selepas dia berkahwin nanti.

"Seon-ah," aku mendongak apabila namaku dipanggil.

"Berapa umur awak?" soalannya memang mampu membuatkan aku berpeluh.

"Errr itu," aku menunduk dan memegang kuat seluar pendekku. Badanku terasa menggigil. Perlu ke aku jujur? Tapi nanti, macam mana kalau dia syak perkara pelik tentang aku?

"Saya rasa umur awak mesti lebih muda dari saya," dia meneka sambil menjeling tubuh aku. Atas hingga bawah. Aku hanya memakai baju t-shirt gambar kucing dan juga seluar paras peha.

"Sembilan belas."

Dia berdeham dan meraup rambutnya ke belakang. Dia mengetap bibir dan menutup matanya. "Sembilan belas? Are you kidding me?" soalnya dengan gelak tawa. Tawanya kelihatan, seperti dibuat-buat. Aku telan liur dan tunduk.

'Adakah jawapan aku mengecewakannya? Bodoh! Seon-ah! Mestilah ia mengecewakan! Dia berumur dua puluh tujuh! Manakala kau baru jer nak masuk alam remaja! Sembilan belas! Perbezaanya sangat ketara lembap!'

"Budak macam awak, memang gatal nak kahwin ke?" soalannya mengejutkanku. Pipi aku sudah terasa merona dan dengan sepenuh kekuatan. Aku mendongak dan menentang anak mata hazelnya. Biadap! Tapi lagi bagus kalau dia fikir begitu dari dia syak benda lain.

"Kalau awak tak sukakan saya tak perlulah layan saya macam ni! Pabo! Sepatutnya saya tolak rancangan omma saya sejak dulu!" aku bangun dan berpaling ke belakang. Beberapa langkah, lenganku ditarik.

"Kita tak habis berbincang lagi 'Seon," nadanya serius. Manakala aku menjelingnya geram.

"Tak perlu Encik Jeon, saya rasa perbincangan kita sudah selesai sampai sini," balasku.

"Tak matang kalau awak larikan diri Seon-ah," Dia memeluk tubuh dan merenung anak mataku. Bicepnya kelihatan di baju turtle necknya.

"Be a real women, berbincang sampai habis," tegas nadanya namun mampu membuatkan aku berasa jengkel. Baru kali pertama berjumpa. Aku boleh kasi 1% rating untuk lelaki ini! Teruk! Namun aku tetap paksakan diri untuk duduk kembali. Blah nanti nampak macam biadap pula.

"Pasal perkahwinan tu saya setuju,"

"Bwo?!" Mata aku membulat. Sumpahlah! Aku baru ja berniat nak gagalkan rancangan omma aku. Nak cakap bahawa lelaki blind date ini terlampau 'malaikat' sampai tangan aku hampir nak hinggap dekat wajah scum dia!

"Saya cakap setuju dan kita akan stick kepada rancangan asal." balasnya manakala aku sudah terpinga-pinga. Terkejut. Namun tak ada pula kata-kata terkeluar dari bibir aku.

"Kalau macam tu saya balik dulu!" ujarku apabila lama berdiam. Baru saja aku nak bangun. Tubuh Jungkook menghalang laluanku.

"Sebelum tu Seon..."

Aku terduduk apabila Jungkook menekan aku kembali ke kerusi. Kedua belah tangannya dikunci di antara tubuh aku. Sementara mata aku membulat apabila wajah Jungkook didekatkan di wajahku. Badan Jungkook besar dan jujur aku tak suka dengan fakta ini.

"Seon-ah...." nada sengaja dileretkan dan bau mint menyapa deria bauku. Tangan berurat Jungkook memegang kuat penghadang di kerusiku. Melarang aku dari melarikan diri dari perangkapnya.

Hidung kami berlaga dan iris hazelnya menentang tajam anak mataku.

"Saya nak awak tahu yang saya tak sukakan yeoja yang muda," ujarnya dengan nada yang kering. 



--tbc--

Bad Things - REVIEW BUKUWhere stories live. Discover now