AKHIRNYA tinggal mereka berdua. Nadiah yang diam merenung bangunan hotel dan Faisel yang tegak serba salah mahu berbuat apa. Sekejap dia melihat gadis itu mengangkat tangan mengusap air mata dan sekejap dia melihat gadis itu tertunduk menarik nafas panjang. Mungkin sedang mengunpul kekuatan menerima hakimat yang lelaki selama ini dia cintai sedang curang dengan teman baiknya sendiri.
"You okay?" Faisel akhirnya membuka mulut.
"Saya tak tahu apa yang patut saya rasa sekarang." Nadiah tiba-tiba ketawa kecil dengan air mata menitis turun dari tubir matanya.
"Awak boleh masuk dan serang dia orang kat dalam tu." Faisel memberi cadangan.
"Apa yang saya dapat? Sia-sia." Nadiah angkat wajah memandang Faisel disebelahnya. Satu senyum manis dihulur pada lelaki itu.
"Ibu saya pernah rasa lebih teruk daripada saya. Dia dihalau daripada rumah hasil titik peluh dia dan suaminya. Silapnya berpunca, ibu saya terlalu baik menghulur bantuan pada kawan baik sendiri. Diberi tempat berteduh, dibelikan pakaian sampaikan sanggup berkongsi suami sendiri."
Faisel terdiam.
"Dunia ini kejam, orang kata yang baik selalu akan dapat pengakhiran yang baik dalam hidup mereka. Tapi kenapa sampai sekarang yang baik selalu dibawah? Yang menangnya si hati busuk." Nadiah teresak-esak dihadapan Faisel.
Sapu tangan dikeluarkan lantas dihulur pada gadis itu.
"There's nothing wrong with being kind. The problem is when you don't know how to set limits on your kindness. Itu yang buat orang lain mudah mengambil kesempatan atas kebaikan kita. So, put a price untuk setiap kebaikan kita, even if it means being cruel to others. Macam tu orang hidup sekarang."
"Put a price?"
Faisel senyum segaris.
"Biar kebaikan kita nampak limited dan mahal dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh beli." Kedengaran kejam.
Terdiam esakan Nadiah dengan kata-kata ringkas lelaki itu. Perlahan-lahan dia sambut huluran sapu tangan dan mengusap air matanya.
"Thank you."
"If you keep crying like this, you'll ruin your face tomorrow." Sekali lagi Nadiah terdiam meneguk air liur. Tiada riak di wajah Faisel tapi kenapa dia yang gugup mendengarnya?
"Okay. Saya dah banyak susahkan awak malam ni. Maafkan saya, Faisel. Nama awak Faisel kan?" Nadiah menyoal dibalas anggukkan oleh Faisel.
"Ya, Faisel. Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu." Faisel malas mahu mengambil bahagian dalam masalah orang lagi. Lagi-lagi tiga orang itu merupakan pekerjanya sendiri. Lebih baik dia beredar daripada kisahnya berubah menjadi panjang.
Nadiah tidak membalas selain tersenyum dan mengangguk kepalanya. Pandangan kembali dialih memandang bangunan hotel yang sekarang berada tepat dihadapannya. Membayangkan saat-saat romantis sedang dilakukan mereka, hatinya kembali berdarah. Sakit dan perit membayangkan wajah kebahagiaan Farah yang sudah berjaya merampas miliknya dan wajah tidak bersalah Affan menduakan dia.
Dua-dua tak ubah seperti beruk! Beruk lebih mulia dari dua manusia keji itu.
Baru beberapa langkah Faisel kembali menoleh kebelakang. Satu helaan nafas panjang terhembus. Perlahan-lahan dia berpaling mendekati gadis itu kembali.
"Nak ikut saya?" soalan Faisel buat Nadiah tersentak. Terkebil-kebil dia pandang Faisel yang sudah tegak disebelahnya.
"Ke..kemana?"
YOU ARE READING
NAD
RomanceNadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaimana selalu ada kebetulan di antara mereka. Dia yang memujuk. Dia juga yang membantu. Kebetulan demi...