BAB 4

3.9K 596 14
                                    

"Indulgence cake, dua slice." Faisel meraba poket seluar sebelum dia keluarkan dompetnya. Sekeping not lima puluh ringgit dikeluarkan lantas dihulur kepada pekerja cafe itu. Sambil menunggu kek dibungkus, mata melilau sekeliling sebelum ianya terhenti pada satu susuk duduk sendirian di sudut cafe.

Perempuan itu ralit mencatit sesuatu di atas buku notanya. Dari belakang Faisel memerhati gaya rambut messy bun dengan long bangs yang kelihatan dari sisi. perempuan itu. Biasa sebelum ini, gadis bernama Nadiah itu sekadar mengikat satu rambutnya. Hari ini, dia sanggul pula. Entah bila dia memerhati sampai dia ingat gaya rambut perempuan itu. Mungkin tak ramai pekerja melayu yang freehair di pejabatnya buatkan dia ingat sosok itu.

Di atas meja perempuan itu ada sebuah ipad dan si Nadiah ralit menggesek jari telunjuk membaca sesuatu dan sesekali ia mencatat. Entah kerja apa yang dia buat agaknya.

"Encik."

"Oh thank you." Faisel segera berpaling mencapai baki dan bungkusan keknya. Tanpa menoleh memandang gadis itu lagi, dia terus melangkah keluar. Dia tidak tahu kenapa dia kerap bertemu dengan orang yang sama. Atau mungkin wajah Nadiah mudah untuk diingat.

Yelah, perempuan cantik. Lalu sekilas di sebelah pun, lelaki boleh pandang dan ingat wajah itu.

Nadiah mengeluh mengangkat wajahnya. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Sudah lima belas minit dia menunggu, batang hidung Affan masih juga tak kelihatan. Sibuk sangat ke lelaki ni? Dia dan Affan dari department yang berbeza jadi dia tidak tahu apa yang sedang dilakukan lelaki itu. Mungkin juga sibuk, mungkin ada kerja yang membuatkan Affan tak dapat hubungi dia.

Bunyi loceng Kafe buat Nadiah angkat wajah berpaling. Hanya susuk belakang seorang lelaki yang kemas bersut biru gelap keluar dari kafe itu. Bukannya Affan. Bahunya jatuh mengeluh. Telefon di atas meja dicapai.

Dalam beberapa saat dia menunggu, Affan angkat juga panggilannya.

"Affan? You kat mana? I dah setengah jam menunggu kat cafe ni. Tak nak lunch ke?" Tak bersalam, Nadiah terus menyerang lelaki itu dengan soalan.

"Nad! Sorry!" Wajah Nadiah berubah.

"I lupa nak cakap, hari ni I keluar makan kat luar dengan kawan office. Sorry! I betul-betul tak ingat yang you tunggu."

"I tunggu you dari tadi tau, Affan..." Suara Nadiah mengendur.

"Nad, I'm really sorry. Nanti I belikan you sesuatu. Please jangan marah okay?" Lembut suara Affan memujuk dan kali ini Nadiah mendengus lantas mematikan talian begitu sahaja. Telefom bimbit diletak kasar di atas meja sambil dia pandang skrin Ipad menunjukkan gambar-gambar baju bertunang dan di atas buku notanya dia sudah catit segala keperluan untuk majlis pertunangan mereka nanti.

Sepatutnya dia bincang semua itu pada Affan hari ini memandangkan majlis pertunangan mereka sudah tak lama lagi. Tapi nampaknya Affan masih tidak memandang serius pada majlis itu.

_______

BERHENTI sahaja kereta di lampu isyarat, Faisel urut pelipis memandang skrin telefon. Terlalu banyak urusan yang dia perlu selesaikan minggu ini sampai kepalanya sudah sakit memikirkan hari-hari yang akan datang.

Dia hela nafas berat lantas melempar pandang keluar tingkap kereta. Sebuah kereta merah disebelah mencuri perhatiannya. Bukan kereta itu, tapi orang yang ada di dalam kereta itu.

Seorang wanita bertudung dan seorang lelaki yang dia sangat kenal. Tidak silap dia, hari itu Afri pernah kata Affan bercinta dengan perempuan freehair bernama Nadiah. Perempuan yang sama dia jumpa duduk seorang diri di kafe tadi. Tapi yang ada di dalam kereta itu sebaliknya, seorang perempuan bertudung. Dia lupa namanya, tapi perempuan yang sama dikatakan kawan kepada Nadiah.

NADWhere stories live. Discover now