Harriz hanya tersenyum segaris. Dia merendahkan sedikit postur badan dan tangan diampu pada belikat Fiena serta pelipat Fiena. Sekonyong-konyong, Fiena celikkan mata dan tangan merangkul tengkuk Harriz.

Pap! Renungan mata mereka berdua saling berlaga. Enigma.

Tidak berkelip mata Fiena menatap Harriz dengan degupan jantung berkadar abnormal. Deruan nafas Harriz hangat dan berat bercempera kala wajahnya memenuhi bingkai pandangan isterinya. Mata coklat Harriz tunak membalas sehingga suara benak menghentam dirinya.

Cukup Harriz Umair, kalau begini kau akan susah nak lepaskan dia. Bukankah kau sendiri memilih untuk menjauhi Fiena demi kebaikan korang berdua? Kau sepatutnya buatkan Fiena tawar hati bersama kau supaya tidak terus disakiti. Apa guna jikalau hanya seorang sahaja yang beria mempertahankan sedangkan Fiena masih tidak menerima dia. Lagipun, kau dah sakiti isteri sendiri maka layakkah engkau bergelar suami kepadanya? Pedih tetapi itulah hakikat yang harus diterima olehnya. "Puas tatap muka I sedekat ni, sayang?"

Oh tidak, lain yang mahu dibicarakan tetapi lain yang dituturkan. Dia telah mengambil detik yang ada untuk mengusik Fiena. Mungkin lebih baik digunakan bagi mencipta memori manis berbanding menghabiskan masa berjauhan sehingga penyesalan yang bakal menghantui.

Mulut Fiena melompong tidak percaya lantas bertindak pantas memutuskan renungan tersebut. Mukanya berbahang apabila Harriz masih tajam menikam dirinya. Tangan sebelah Fiena menampar geram bahu Harriz tatkala sedar berada dalam cempungan suaminya. "Apa ni? Ada I minta tolong you ke?"

Tepi bibir Harriz mengarit senyum senget. Kepala dimiringkan untuk menatap wajah Fiena yang berona merah. Comel. Kali pertama Fiena berasa segan terhadapnya. Kebiasaan Fiena bakal memarahi tetap jujur dikatakan mata kesayangan dia telah menggambarkan segalanya.

"Stop staring at me like that, Harriz Umair!" desis Fiena dengan gigi diketap-ketap. Dia malu sebenarnya kerana tidak terbiasa dan masih terkesan dengan tindakan Harriz. Fiena meronta-ronta meminta untuk diturunkan namun Harriz semakin galak mempamerkan riak menjengkelkan itu. Seketika, muka itu berubah sayu.

"You are blushing," lirih suara Harriz menuturkan. Fiena kaku. Juring matanya basah dan dihadiahkan kucupan lama pada dahi Fiena. Air mata Harriz menitik mengena dahi isterinya mengalirkan rasa nyaman di atma Fiena. Hati wanita dia terusik dengan perlakuan suaminya.

Tangan Fiena mengenggam erat fabrik Harriz. Dia tidak bentah melihat Harriz selemah ini sehingga menitiskan air mata. Sakit, dia turut merasainya. Kuat naluri dia mengatakan bahawa ada sesuatu buruk yang ingin diteruskan oleh sang jaka ini. "Harriz."

"Ba... Ma..." seruan halus Faiz menyentak Harriz dan Fiena. Serentak mereka menoleh. Fiena kemam bibir dengan hujung lidah menolak dinding pipi. Reaksi kekok ditayangkan kala Faiz melihat keadaan dia sebegini bersama Harriz tetapi berbeza pula dengan suaminya. Senyuman yang bergayutan di bibir, serta-merta mati.

"I nak cakap dengan you lepas ni," tukas Harriz dengan nada beku.

"I nak cakap dengan you lepas ni," tukas Harriz dengan nada beku

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
Penawar Kasih Pawana | CМесто, где живут истории. Откройте их для себя