𝑃𝑎𝑟𝑡 25🍁

Start from the beginning
                                    

Macam lah tu pekerja dia, dia nak rembat - rembat sesuka hati. Dasar bad girl gak punya akhlak!

Zarif memincingkan matanya menatap Lisa yang berada dihadapan dia sekarang. Cakap pakai lepas jer, macam dia tak ada dekat depan Lisa sekarang ni.

Seketika pelayan yang ditugaskan datang dengan pesanan yang dipesan oleh mereka berdua tadi.

"Thanks," Kata Zarif tanpa riak. Pelayan tersebut senyum nipis sebelum dia menunduk hormat sedikit lalu dia berlalu pergi.

Lisa tanpa menunggu lama terus melahap terlebih dahulu, tidak dilihat kanan kiri. Entah dibaca ker tidak bismillah nya.

"Pasal projek tu, aku dah deal dengan pengurus diorang. Kira - kira 2 million jugaklah harga dia," Kata Zarif memulakan perbincangan dengan santai sambil tangan memotong pancake.

Lisa mengangguk perlahan.

"Ouh, oky" Balas dia ringkas dan mudah tanpa melirik sedikit pun ke arah Zarif yang sedang memandang nya. Dia cukup khusyuk dengan makanan didepan mata.

"Itu jer? Itu jer yang kau balas?" Zarif tidak berpuas hati. Dia melipatkan tangan kedadanya sambil bersandar lalu mata tepat memanah ke arah Lisa Aryani.

Lisa mengangkat muka. Dia memandang Zarif sekilas sebelum air milo disedutnya.

"Dah tu, kau nak aku buat apa? Takkan nak suruh aku melompat macam kera then letupkan bunga api.. Kalau kau nak aku boleh jer buat," Selamba sungguh seketul Lisa berbicara.

Zarif menahan sabar. Sungguh, bercakap dengan Lisa Aryani memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi atau kau mungkin akan kena darah tinggi.

Ini kerana Lisa Aryani memang suka berloyar buruk ketika berbicara dengan sesiapa pun. Memang sejenis manusia kurang adab ini anak.

"Haihh.. Kau ni, memang tak minat langsung ker dengan kerja macam ni?" Tanya Zarif dengan pandangan biasa. Lisa membuat muka toyanya.

"Kau rasa? Aku memang tak suka, tapi tulah. Angah aku tu yang tak reti bahasa, nak jugak aku yang ambik alih benda ni. Serabut lah.. Nak kena hadap muka staff - staff tu lagi. Muka kau lagi!" Kata Lisa panjang lebar.

Nasi lemak disuakan kedalam mulut nya menggunakan sudu lalu dikunyah perlahan dengan mata menghadap ke arah lain.

"Muka aku? Apa kena mengena dengan muka aku pulak" Tanya Zarif tidak puas hati. Ada sahaja akal Lisa yang nak mencari gaduh dengan dia.

Lisa mengangkat bahunya sambil membuat muka meminta penampar. Terus Zarif menjeling dia tajam. Tak pasal - pasal dia hempuk si Lisa ni kang!

"Then, apa yang kau suka?" Tanya Zarif lagi sambil memasukkan pancake ke dalam mulutnya penuh berhati - hati. Nanti kotor baju dia.

"Entah. Aku pun taktahu," Balas Lisa laju.

"Ni, aku nak tanya kau. Projek ni siap bila?" Tanya Lisa.

"Diorang kata dalam masa 6 bulan, in shaa Allah siap" Jawab Zarif tenang. Lisa membulatkan matanya.

"Mak aiii.. Lamanya!" Kata Lisa terkejut.

"Eh, standard lah tu.. Habistu kau nak dia siap dalam tempoh masa berapa?"

"4 bulan"

Zarif membuat muka tidak percaya. Apa yang cetek sangat akal anak Tuan Khalid ni?! Siapa yang berjaya siapkan projek seawal 4 bulan?

"What?" Lisa bertanya selepas dia melihat reaksi minta kaki dari Zarif.

"Kau ni, betul - betul bengap atau buat - buat bengap?" Hilang sabar dibuatnya Zarif Haikal.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now