"Tapi dia paksa Fiena," gumam Fiena dengan linangan air mata merembes di tulang pipinya. Sedikit sebanyak dia makan hati dan kecewa dengan sikap Harriz tempoh hari. Bertindak melulu menghukumnya sedangkan dia sudah merayu untuk dilepaskan.

Ya, silap Fiena. Dia menyesal menguji kesabaran Harriz tetapi layakkah Harriz memperlakukan dia sebegitu? Benci amarah membuak di dalam dada. Nafas turun naik dan halwa telinga seakan mendengar bisik-bisikan halus menghasutnya agar mengugurkan sahaja kandungan tersebut.

"Allah." Fiena mengampu tubuh yang hampir melorot jatuh pada daun pintu bilik mandi. Urat sendi lutut seakan tidak berdaya menampung diri.

Berdosa Fiena, dosa. Anak ni tak bersalah. Berkali-kali bibirnya terkumat-kamit menyebut nama Dia. Dia dihimpit rasa bersalah. Bertimpa-timpa dengan kesalahan bukan sahaja kepada Ilahi tetapi orang di sekelilingnya juga.

Pintu bilik dikuak dari luar. Harriz memasuki dengan apron bercorak bunga yang masih tersarung pada anggota tubuh. Dia ingin menjemput Fiena agar makan petang bersama. Namun bezanya dia pula menerima kejutan melihat keadaan isterinya.

"Sayang!" Harriz membawa langkah menghampiri Fiena. Dia cuba untuk membantu Fiena yang sudah tidak bermaya.

Berbeza dengan Fiena kala rongga nasal terhidu bauan Harriz, serta-merta tekaknya berasa loya dan mual. Segera tapak tangan kecilnya menekup mulut. Alat pregnancy test miliknya yang dipegang sedari tadi terlepas dari pegangan. Harriz membulatkan biji mata, terkejut.

Fiena memaksa diri untuk bangkit tetapi malangnya Harriz yang ingin memapahnya secara drastik membuatkan segala isi yang menggelodak hebat dalam perutnya melimpah keluar mengena Harriz.

"Sayang..." Harriz memanggil dengan nada lembut. Senyum meniti di ulas bibir seraya dikucup dahi isterinya. Dia membuka sarung apron dan mencampakkan ke tepi. Harriz mencempung gagah Fiena menuju ke bilik air dengan niat untuk membersihkan sang isteri.

Fiena mencebik dengan air mata yang galak mengalir. Nampak gaya Harriz telah ketahui tentang kandungan dia dengan sendirinya melalui kondisi dialami olehnya.

"Sorry... I tak sengaja," kata Fiena diselangi esakan. Dia menundukkan wajah ke bawah tidak bernak bertentang mata dengan Harriz. Sungguh, dia tak berniat pun nak kotorkan apron kesayangan Harriz tu.

Harriz sekadar melukis senyum kecil. Dia hanya menggeleng perlahan dan mengucup lembut dahi bersih Fiena.

"It's okay. I tak marah you pun."

SEJAK kebelakangan ini, Puan Salmah sedar akan perubahan Anan yang lebih memilih untuk berdiam diri

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.


SEJAK kebelakangan ini, Puan Salmah sedar akan perubahan Anan yang lebih memilih untuk berdiam diri. Seminggu berlalu dengan kedinginan menantu kala ditanya satu maka dijawab sepatah seperti robot. Paling ketara sekadar angguk dan geleng seakan berat sungguh mulut itu mahu berbicara.

"Hari ni suami kamu balik, sayang." Puan Salmah memberitahu Anan yang leka dalam dunia khayalannya. Dia termenung jauh menyapu malas pandangan pada persekitaran rumah.

Penawar Kasih Pawana | CМесто, где живут истории. Откройте их для себя