𝑃𝑎𝑟𝑡 18🍁

Start from the beginning
                                    

"Tak ada apa lah.. Aku cuma teringat pasal kerja jer" Tipu Fatihah. Qaseh membuat muka bosan.

"Kerja? Teringat pasal kerja sampai senyum - senyum lembu macam tu? Haa yer lah Tiha, aku memang kenal kau baru semalam.." Perli Qaseh.

Menyampah lah dia dengan sepupu dia tu. Kelentong tak clear langsung!

"Ala kau ni.. Aku, entah lah. Aku taktahu nak cakap macam mana" Fatihah berjeda. Qaseh membuat muka seakan meneka sesuatu.

"Boss kau?" Teka Qaseh tepat mengena hidung Fatihah. Terus membulat matanya, dia laju - laju memandang ke arah Qaseh.

"K-kau.. Kenapa kau.. No, I mean apa kena - mengena dengan boss aku?" Tersasul - sasul Fatihah akibat terkejut.

Qaseh mengangkat kedua belah bahu nya tanda tidak tahu.

"Entah. Aku teka jer.. Kenapa? Memang betul ker? Pasal boss kau kan?" Teka Qaseh lagi bertubi - tubi.

Fatihah terus memandang ke hadapan menghadap skrin tv semula.

"M-mana ada!" Tipu dia lagi. Qaseh melepaskan hembusan nafas panjang.

"Aku tak kesah kau nak kawan dengan siapa pun Tiha, lelaki mana pun. Asalkan dia bukan suami orang. Aku tak nak kau jadi orang ketiga dalam rumah tangga orang.. Aku tahu sepupu aku baik dan sepupu aku bukan perempuan macam tu" Pesan Qaseh sambil memegang kedua belah tangan Fatihah erat dengan senyuman.

Fatihah terkedu.

Tapi... Dia memang suami orang..

Qaseh yang sedang mengunyah kerepek itu dipandang lama. Fatihah terdiam. Dia tidak mampu membalas.

"Ouh yer! Esok aku dah start masuk kerja balik, so kau nak aku hantarkan ker or kau nak boss kesayangan kau tu yang tolong hantarkan?" Usik Qaseh sambil mencuit - cuit Fatihah.

Fatihah ketawa kecil.

"Tengok lah macam mana nanti.." Balas Fatihah dengan senyuman nipis. Qaseh masih mengejek - ejek Fatihah dengan jari telunjuk nya dituju - tuju ke arah Fatihah.

Maafkan aku Qaseh,..

***
Qaseh berjalan memasuki office nya sambil menegur rakan sekerja yang lain. Dia melambai sambil mengucap selamat pagi.

Meja kerja dituju nya lalu dia melabuhkan punggung ke atas kerusi kerja yang empuk. Tak lama kemudian dia disapa oleh rakan sekerja merangkap kawan baik nya sendiri.

"Oi, Cik Jejak Qaseh! Datang pun kau, ingatkan dah tak nak masuk kerja dah.." Tegur seorang lelaki yang berambut pink putih dengan stail mangkuk. Namun masih comel.

Flower boy gituww.

Qaseh membuat muka bosannya. Dia menadah sebelah tangan seakan meminta sesuatu.

Kening diangkat pada lelaki itu. Lelaki itu kemudian nya mengangkat kening nya semula tanda 'apa'.

Qaseh membuat muka malas.

"Aku punya mana?" Tanya Qaseh. Lelaki itu kemudian nya memincingkan mata memandang Qaseh sebelum ditepuk nya tangan Qaseh yang sedang meminta itu.

"Kau punya apa? Tak ada! Aku ingat kau tak datang hari ni, so aku tak beli lah kau punya coffee. Kalau kau nak pergi beli sendiri!" Balas Danny sambil dijelirkan lidah pada Qaseh.

Dia kemudian duduk dimeja nya yang berada di sebelah Qaseh. Qaseh membuat muka seakan tidak percaya. Berani eh mamat sotong ni!

"Dasar Dodol kedekut!" Kutuk Qaseh perlahan seakan berbisik namun tetap dapat didengari oleh telinga capang Danny.

"Dodol? Kau panggil aku Dodol? Aku lenyek kau baru kau tahu Jejak Qaseh!" Ugut Danny sambil mata dibulatkan besar.

Qaseh menjeling Danny sambil membuat muka mengejek. Sikit pun dia tak takut.

"Qaseh!" Panggil seorang gadis berambut maggie pendek dengan nada mendatar. Dia menjeling Qaseh sebelum diteruskan bicaranya.

"Tu, boss nak jumpa dengan kau" Sambung dia lagi kali ni dengan nada meluat pula sebelum dia beredar.

Sempat lagi tu dia menilik Danny atas bawah sebelum dia menjeling jejaka itu meluat. Danny turut sama menjeling gadis itu kembali.

"Asal dengan dia tu?" Tanya Qaseh pada Danny disebelah nya. Danny membuat muka meluatnya.

"Asal apa nya? Takkan kau taktahu perangai minah gila tu macam mana? Dengki tak tentu pasal, pelik aku kadang dengan dia tu. Tak cukup kasih sayang kot.." Kutuk Danny berbakul - bakul.

Qaseh mengetuk kepala Danny sedikit kuat.

"Ish kau ni! Tak baiklah cakap macam tu, mana tahu dia tu memang betul - betul tak pernah cukup kasih sayang.." Kata Qaseh mengiyakan Danny.

Danny ketawa kecil sebelum Qaseh pun turut ketawa. Suka sangat lah tu mengutuk orang! Dua ekor ni, memang nak kena ni.

"Eh dah - dah! Pergi jumpa boss tu cepat, kang tak pasal - pasal hilang kerja kau ni" Pahit mulut Danny berkata.

"Kau ni, jangan lah cakap macam tu! Kalau masin mulut kau tu macam mana?" Geram Qaseh dengan sahabat baik dia itu.

"Alah mulut aku ni mana pernah masin.. Selalunya pahit jer, banyak telan ubat" Loyar buruk Danny.

Qaseh menjeling sahabtnya itu tajam sebelum dia diberedar.

Pintu bilik boss nya diketuk sebanyak tiga kali sebelum dia diarah kan untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Dilihatnya boss dia yang berbangsa cina dengan seorang lagi gadis tinggi lampai yang kurus dan sangat cantik didepan mata.

Tidak berkelip Qaseh memandang gadis tersebut. MasyaAllah, cantik sungguh! Spek bidadari ya kan?

"Qaseh! Mari - mari, mari duduk sini" Panggil boss dia yang bernama Ling Ling.

Qaseh kemudian nya berjalan ke arah boss nya lalu dia duduk berseberlahan dengan boss nya di kerusi lagi satu.

Dihadapannya pula si gadis cantik tersebut. Qaseh senyum sedikit pada gadis itu lalu gadis itu membalas senyuman Qaseh.

Bagus! Tak sombong!

"Qaseh, I ada job untuk you" Kata Cik Ling. Qaseh memandang boss nya tidak mengerti.

"Job? M-maksud Cik Ling apa? Saya tak faham lah" Qaseh sengih hambar.

"Job lah.. Disebabkan you perkerja yang bagus dan sangat professional, I nak you berkerja untuk Cik Metilda kita" Kata Cik Ling.

"Cik Metilda ialah model dari London yang I ada bagitahu you sebelum you demam hari tu. You ingat tak?" Tanya Cik Ling. Laju Qaseh mengangguk.

"T-tapi Cik Ling, Cik Rossy macam mana pula? Kan dia clien saya juga" Tanya Qaseh.

"Pasal Cik Rossy you tak perlu risau. I dah suruh Yuna ambil tempat you. Sekarang you cuma perlu focus pada satu clien sahaja iaitu Cik Metilda" Kata Cik Ling lagi.

Qaseh angguk perlahan. Faham.

Metilda menghulurkan tangan bagi berjabat dengan Qaseh.

"Nice to meet you, I Metilda Kirana" Kata gadis it sebagai pengenalan.

Qaseh senyum manis sebelum dia menyambut tangan Metilda.

"Nice to meet you too, I Qaseh Amanda" Balas Qaseh.

"I harap kita dapat berkerjasama dengan baik" Kata Metilda mesra. Qaseh mengangguk laju.

"Semestinya Ya! Saya akan lakukan yang terbaik untuk Cik Metilda" Balas Qaseh bersemangat.























































•1484 word•

Guess what? Qaseh ni kerja apa sebernanya?

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now