Villa

1K 80 1
                                    

-

Mereka berenam kini sudah berada betul² di hadapan villa berhantu dan usang itu . Mata mereka liar memandang sekitar kawasan villa tersebut .
Baekhyun : Ni ke villa usang tuh ?
Baekhyun menggosok lehernya sambil memandang Kai .
Kai : Tak silap aku , ni lah .
Sehun : Kau biar betul ~ Villa ni macam baru jee . Takkan ni villa usang..
Kai : Yahh ~ Aku betul² ikut petunjuk yang tuan bagi . Memang xsilap punya ~
Xiumin : Mungkin rumah ni ada 'penjaga' kot ~
Semua ahli memandang Xiumin dengan serentak . Mungkin ada benarnya bahawa rumah ini ada penjaganya .
Chanyeol : Dahh jom masuk ~
Chanyeol mengambil langkah tetapi ditahan oleh Yixing .
Yixing : Nanti.. Bukan kita nak buat footage ke ? Asal tak bawak alatan sekali ?
Sehun : Aah lahh ! Aku lupaaa !
Sehun menggaru kepalanya ~
Baekhyun : Aku pun ~
Kai : Err a..aku pun . Tertinggal kat ruang tamu rumah sewa kita tadii ...
Chanyeol : Aku...aku... hehehe ~
Xiumin : Nak jadi cerita kitorg semua tak bawak kecuali kau ~ hehehe ..
Mereka tersengih² .
Yixing : Tak boleh harap langsung .

-

Yixing : Annyeong ~
Yixing membuka pintu. Keadaan sekitar dalam rumah tersebut amat cantik dan masih teratur dengan sempurna . Mereka masuk kerumah tersebut dengan berhati² . Ada sebuah patung manusia yang seolah² sedang meraung kesakitan . Mereka semua mulai menghampiri patung itu . Perlahan² Sehun menyentuh patung itu dan.. ' NYIAAAAAAAAAHAHAHAHAHA CESSSS ' bunyi ngilaian yang kuat dan tidak semena² patung itu pecah dan mengeluarkan darah yang banyak . Masing² terdiam . Bulu roma mereka berdiri dek kerana suasana yang menyeramkan itu . Bau hanyir darah dicampur dengan hanyir nanah mulai menusuk hidung mereka .
Xiumin : Sehun-ah ~ Apa kau dah buat ni ? Arghh !
Xiumin menutup hidungnya dan sesekali loya ditekak membuat dia ingin muntah .
Sehun : A.. aku ... Uwekkk ~ Hukhuk ~
Sehun hampir termuntah .. Begitu juga dengan member yang lain . Bau hanyir darah itu memang bau yang amat teruk yang pernah mereka lalui .
Yixing : Aku pasang camera ni sebelah patung ni ~ Lepas ni kitaa cari tempat² yang strategik yang boleh menunjukkan kewujudan makhluk tu ..
Yixing memasang camera footage itu . Semua disitu tercengang bagaimana Yixing boleh tahan dengan bau hanyir disitu tanpa menutup hidung . Perkara itu menjadi persoalan di minda mereka .
Kai : Yahh Yixing-ah ~ Macam mana kau boleh tahan bau hanyir darah ni ?
Yixing : Bau darah hanyir ? Darah apa ?
Chanyeol : Kau tak nampak ke darah yang kat lan--- Ehh mana darah yg banyak kat sini tadi ?!!
Mereka semua terkejut . Darah dan bau yang kuat tadi hilang begitu sahaja tanpa mereka sedari .
Yixing : Kau main² kan aku ke ?
Chanyeol : T..tak ! Kau dengarkan ngilaian kuat tadi ? Lepastu patung ni pecah then keluarkan darah yang banyak ?!!
Baekhyun : Kuat bau hanyir darah tu campur dengan nanah lagii .
Xiumin : Kitorg sampai nak termuntah kau boleh buat bodoh je tadii pergi pasang camera tuh .
Kai : Yahh Yixing kau jangan takutkan aku ~ Semua org bau kot tadi ..
Sehun : Hyung-ahh ~~ Jangan lah main² .. kan masa Sehun pegang patung tu , patung tu tetiba pecah ~
Yixing memandang mereka pelik .
Yixing : What ? Ngilaian ? Patung pecah ? Keluar darah ? Apa korang merepek ni ? Aku langsung tak dengar dan bau apa² .. Masa Sehun pegang patung tu , mana ada berlaku apa² ~ Semuanya elok je .. Serious ahh apesal ?
Mereka terdiam mendengar kata² Yixing . Angin seram sejuk mulai menyengat dalam tubuh mereka .
Yixing : Kalau macam tu , kita balik dulu . Nanti petang kita sambung cari . Bawa sekali kamera .
Mereka akur begitu juga dengan leader mereka iaitu Kai . Mereka keluar dari villa tersebut dan menaiki van mereka . Dalam tidak sedar , ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dari villa tersebut .

-

Mereka masih tidak dapat melupakan kejadian baru sahaja berlaku di villa tadi . Kejadian tu benar² dasyat dari kejadian² yang pernah mereka saksikan sebelum ini .
Kai : Yixing betul ke kau tak nampak or bau apa² tadi ?
Kai mahukan kepastian . Yang lain turut memberi perhatian kepada Yixing .
Yixing : Aku pernah menipu ke ?
Mereka menggelengkan kepala .
Yixing : Habis tu , kenapa tanya lagi ?
Sehun : Kitorg betul² rasa kot benda yang jadi tadi . Tak kan kau tak rasa ? Bukan nak kata kau menipu , tapi kitorg cuma ragu² .
Chanyeol : Menyeramkan lah kau ni Yixing .
Yixing : Entah² itu cuma ilusinasi korang ..
Xiumin : Atau pun ' penjaga ' rumah tu dah jatuh hati kat Yixing kot ~
Baekhyun : Merepek lah kau !
Kepala Xiumin diketuk .
Xiumin : Alahh cakap je pun ~
Kai : Boleh jadi jugak kalau ' penjaga ' villa tu ada hati kat Yixing ~ Yelah Yixing kan--
' PAKK !! ' kepala Kai diketuk oleh Sehun .
Sehun : Jangan merepek la !
Chanyeol : Hoi² ~ Kau fikir ni pesta ketuk kepala ke apa ?
Yixing : Anggap je lahh tu ilusinasi . Nanti kita tengok footage kt kamera yg aku dah pasang tuhh . Kalau betul² ada , kat situ boleh nampak . Kalau xda , tu cuma ilusinasi korang .
Baekhyun : Tapi kalau camera tu tak berfungsi macam mana ?
Kai : Maksud kau ?
Baekhyun : Biasanya , kawasan² yg betul² 'berpenghuni' ni 'mereka' takkan izinkan kewujudan 'mereka' diketahui ramai . Ingat tak kita pernah buat footage kat mall usang ? Camera kita banyak yang tak berfungsi . Bila kat luar , berfungsi . Macam mana klau benda tu jadi kat camera yg Yixing pasang tadi ?
Yixing : Kalau betul benda tu terjadi , malam ni aku akan menginap kat Villa tu .
Xiumin : Kau gila ke ?!
Yixing : Gila tak gila laa ~ Ni semua untuk dapatkan kepastian .
Chanyeol : Tapi kau tahukan yang villa tu berpuaka !
Yixing : Jadi ?
Chanyeol : Kau dah bosan sangat ke hidup ?
Yixing hanya mendiamkan diri .
Kai : Aku tak benarkan .
Yixing : Kenapa ?
Kai : Kau tahu tak tempat tu bahaya ?
Yixing : Jadi macam mana kau tahu tempat tu bahaya ?
Kai : Haishh jinjja michin !
Kai mengusutkan rambutnya .

-

Tepat pada jam 6 petang , The Seekers telah tiba di villa tersebut . Mereka semua masuk kerumah itu dan pasang camera² ditempat yang sesuai . Yixing dan yang lain pergi ke tempat dimama camera pertama yang dia letakkan tadi .. Tpi camera itu hancur .
Baekhyun : See ? Baekkie dah cakap 'benda' tu mesti xnak bagi kita buat footage .
Sehun : Jap ! Ni bukan hancur biasa ni . Tak mungkin 'benda' tu akan hancurkan camera ni macam ni . Ni hancur tahap blender . Guna benda keras baru boleh hancur macam ni .
Mereka semua terdiam dan kata² Sehun mulai bermain di minda mereka .
Xiumin : Mana tahu hantu tu blender camera tu ke ?
Baekhyun : Tak pun hantu tu ajak gang dia guna kuasa gabungan untuk hancurkan camera .
Kai : Woii ! Ye pun kalau dah bangang , jangan tunjuk sangat .
Chanyeol : Pengaruh filem budak² ni ~
Yixing : Ni kerja manusia .
Mereka semua memandang Yixing dengan serentak .
Kai : Maksud kau ? Ni kerja orang ?
Baekhyun : Dah kalau namanya manusia , mestilah orang . Takkan binatang pulak . Jangan tunjuk sangat bangang tuhh ~ simpan untuk masa depan sikit .
Baekhyun memerli Kai sambil menjeling beberapa kali .
Kai : Yahhh , neo !!
Hampir sahaja Kai memukul kepala Baekhyun tapi di halang oleh Sehun .
Sehun : Yahh sudah lahh ~ Kau pun satu Kai .. Lain kali tanya soalan tu biarla ada inti yg mantap . Mana tak Si Saki Baki ni tak perli kau balik ~
Baekhyun : Mwo ?! Si Saki baki ?!! Yahh !!!
Kepala Sehun diketuk kuat .
Sehun : Yahh ! Appo !!
Yixing : Aku menginap kat sini malam ni .
Kata Yixing ringkas . Dia malas hendak melayan kerenah kawan²nya . Yixing pergi menaiki tingkat 2 dan masuk ke bilik dimana pernah di duduki oleh 2 orang doktor pelatih iaitu Doktor Ravi dan Doktor Hyuk . Seperti yang pernah diceritakan , bilik itu penuh dengan cat berwarna putih . Sebuah bingkai gambar seorang perempuan masih tersusun dengan cantik sekali . Yixing mengambil sebuah bingkai yang terdapat gambar seorang wanita disitu .
Yixing : Ini ke perempuan yg jadi penunggu kat rumah ni ?
Yixing bermonolog ~ Dia menenung gambar itu dengan tajam sekali .
'DAKDAKDAK!!' bunyi tendangan kuat dari arah pintu bilik air itu membuatkan Yixing terkejut dan terlepas bingkai gambar itu lalu terjatuh dan pecah . Yixing melihat pintu bilik air itu . Seolah² ada yang sedang terperangkap didalam . Semakin lama semakin kuat dan semakin lama Yixing menghampiri pintu bilik air itu .
Kai : Yahh Yixing !!
Yixing terkejut . Dia mulai berbuat seperti tiada apa yang berlaku .
Xiumin : Kau apesal ? Macam baru nampak benda jee ?
Yixing : Tak lah ~
Chanyeol : Knp bingkai gmbr ni pecah Yixing ?
Yixing : Aku terlepas tadi .
Baekhyun : Sebb ?
Kai : Kau--
Sehun : Aku nak ikut kau tidur sini malam ni , boleh ?
Yixing : Okayy .

End

[C] Next Mistake | EXOΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα