𝑃𝑎𝑟𝑡 13🍁

Start from the beginning
                                    

Wajah beku dan dingin sahaja yang dia akan tayangkan! Dasar monyet poyo!

Laticia melopongkan mulut nya dengan mata terbeliak besar seakan takut dengan boss uncle Alex dia.

"Boss uncle garang ker?" Tanya Laticia polos. Laju Alex menganggukkan dengan wajah serious nya.

"Kesian uncle.. Takpe nanti kalau uncle kena marah dengan boss uncle, uncle bagitahu Ica tau! Biar Ica tumbok muka boss tu! Orang jahat!" Petah Laticia berkata - kata.

Sekali lagi Aaron membuat muka malas. Bodoh lah kembar dia ni, menyampah pula tengok.

"Jangan mengarut lah Ica.." Datar Aaron menyampuk. Alex menggelengkan kepala nya pada Aaron meminta agar budak itu tidak mengusik Laticia.

Tahulah Laticia ni lembab semacam tapi jangan lah semua benda nak dibagitahu nya. Menempah keranda lah kau kalau tiba - tiba Laticia menangis.

7 hari 7 malam kau tak tidur kena tazkhirah dengan Lis.

"Dah - dah tu, Mama nak kena cepat ni.. Nanti Ica dan Aaron duduk rumah Mak su sekejap oky? Jangan nakal - nakal tau!" Pesan Lis pada dua orang anak kembar nya itu.

Laju Laticia dan Aaron menganggukkan kepalanya seraya membuat tabik hormat pada Lis. Arahan diterima bos!

Lis ketawa kecil sebelum dia menyuruh Laticia dan Aaron masuk kedalam kereta. Dia mengambil tempat di hadapan berseberlahan dengan Alex manakala dua orang anaknya itu berada di seat belakang.

"Jom kita gerak!" Kata mereka berdua serentak. Alex tidak lekang dari tersenyum, sekali - sekala dia membalas pertanyaan yang keluar dari mulut kecil Laticia yang comel.

Megamall Mid Valley itu di pandang melalui tingkap kereta. Alex memandu masuk ke tempat parking yang berada di bawah bangunan mall tersebut.

Kereta elok diparking kan di dalam kotak parking kereta. Kaki mula melangkah masuk ke dalam mall tersebut, angin dari air cond yang terpasang menyapa kulit muka.

Alex berjalan berseberlahan dengan Lis Areeda, ikutkan dia mahu berjalan di belakang Puan nya itu kerana menghormati Lis namun ditegah Lis sekerasnya.

Kata Lis tidak sopan lelaki berjalan di belakang perempuan, lagi - lagi perempuan itu bertudung dan Islam. Lis tidak selesa sekiranya Alex berjalan di belakang dia jadinya dia meminta Alex berjalan disebelah dia.

"Puan nak beli barang makanan sahaja ker?" Tanya Alex pada Lis yang mata masih melilau ke sekeliling mall itu.

Cantik!..

Lis mengangguk kecil sebelum dia berpaling memandang ke arah Alex dengan senyuman nipis.

"Haah.. Nak beli barang dapur jer sebernanya, saya saja jer lah nak ajak Firash tapi tu lah.. Tak kesampaian" Sempat lagi Lis memerli. Alex menggaru kepala yang tidak gatal.

"Puan merajuk ker?" Tanya Alex sopan. Lis ketawa kecil sebelum dia menggeleng dengan kerutan didahi.

"Merajuk? Hell no! Takda masa saya nak merajuk lah, saya bukan budak kecil. Cumanya saya tak sabar sangat nak ikat si Adam tu dekat tiang electric! Geram saya tahu tak?" Bicara Lis menyeramkan Alex.

Ikat dekat tiang electric? Takziah buat Encik Adam..

Alex menggeleng kecil seakan bersimpati. Lis menatap PA suaminya itu pelik. Dah kenapa geleng kepala pula? Bukannya dia nak ikat Alex pun.

"So, May macam mana? Saya dengar dari Firash May pregnant. Betul ker?" Tanya Lis pada Alex yang masih tergeleng - geleng kepala nya.

Alex tersentak seketika sebelum dia senyum malu. Laju kepala mengangguk, teruja sangat tu nak jadi ayah!

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now