♕°KTR 94°♕

714 89 13
                                    

Paginya,

Chloe membuka mata dan meliar sekeliling dia berada di ruangan yang tidak dikenalinya.Ada satu beg mini dipenuhi ais berada di dahinya.Dia ambil lalu cuba bangun perlahan-lahan.Disini seperti unit rawatan akademi.Chloe meneka.Kerana dia berada di katil pesakit maybe?

Sakit juga kepalanya gara gara kelmarin.'Aku demamkah' tanya Chloe melalui batinnya sendiri.Takkan lah nak letak ais batu bagai kalau tak demam.Kepala dia agak pening memikirkan kejadian kelmarin.

Entah mengapa Chloe perasan ada sesuatu seperti perasaan lain dalam dirinya.Tapi buat masa sekarang dia endahkan itu.Malas nak cara tentang perasaan.

"Oh kamu sudah sedar ya...." ujar satu suara lembut.Seorang wanita berkaca mata dengan penampilan doktor menghampirinya.

"Pembantu saya yang hantar kemari jadi dia mengatakan dia menjumpai kamu di pertengahan taman.Kamu pengsan kerana udara terlalu sejuk kelmarin dan kamu demam." terang wanita itu dengan panjang lebar.Belum sempat Chloe nak mencelah.

'Pengsan kerana demam? Biar betik bukan ke aku pengsan gara gara lawan monster sewel tu' batin Chloe.Dia tak berapa ingat kelmarin penyebab dia pengsan dan agak terkejut bagaimana dia demam tanpa sebab.

Apa dia terlebih menggunakan sihir menyebabkan mananya tidak terkendali sekali lagi atau mungkin pemberian Vex penyebab nya.Rasanya mana dia stabil seperti biasa sahaja.

"Maaf kerana belum memperkenalkan diri...Nama saya Letti....panggil sahaja Prof Let dan apa nama kamu...sepertinya kamu pelajar baru ...Oh ya ini unit rawatan akademi...." ujarnya dengan ramah.

Chloe terbatuk kecil dibuatnya kerana giliran dia pula bercakap..."Saya Leila...saya demam ya..." jawab Chloe.

"Berehat lah dulu saya akan laporkan ini pada Ketua Penyihir Senior" ujar Letti.Chloe mengangguk namun baru teringat Ketua Penyihir Senior adalah Ericc...Ericc itu abangnya.Dan juga Letti juga telah pergi dari situ.

'Mampus kalau Riky-nii tahu.....mulut bukan boleh kawal bang*ng tu...itu belum lagi kalau papa yang tahu...naye naye...keluarga overprotective lebih menakutkan berbanding keluarga psikopat ' batin Chloe.

Sifat overprotective dan pyscho memang ada di keluarga nya sejak dulu lagi.Jangan hairan kalau keluarga Schulz digelar pembunuh tanpa ampun.Chloe hanya boleh pasrah kejap...nak jerit panggil prof Lett takut dicurigai pula.

KLANGG!!!

Hampir sahaja nak keluar kata kata 'mutiara' dari mulut Chloe akibat terkejut.Terlihat seorang wanita cepat cepat mengemas peralatan doktor yang terjatuh ke lantai .

"Maaf kerana mengganggu hanya saja s-saya terkejut" ujar wanita itu tergagap.Zie agak terkejut apabila Chloe sudah sedar.Sebagai vampire yang tertua sudah pasti sedar akan kekuatan setiap makhluk lain.Chloe adalah antara manusia yang membuat dia bergetar lutut.

Meski Chloe memasang wajah polos tapi bau darah yang sangat pekat lebih luar biasa berbanding vampire setara dia.Vampire sangat sensitif akan bau jadi bau Chloe agak pekat.Kerana ini bukan bau darah oleh kerana minum tetapi pembunuh berdarah dingin.Jelas terlihat di mata Chloe seorang yang tidak ragu membunuh.

"Tidak mengganggu...hanya saja terkejut...apa akak pembantu prof Lett" tanya Chloe.

Zie hanya menggangguk kecil."Y-ya.....saya Zieyuna...panggil je Zie" ujar Zie dengan sopan.Dia tidak akan tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.Yang ia pasti jangan buat Chloe ini sebagai musuhnya.

"Oh selamat berkenalan Kak Zie...saya Leila....maaf ya menyusahkan akak kelmarin" Chloe bahasakan Zie sebagai kakak sebab dia agak tua darinya.Meh nis kabo tua tu bukan beberapa tahun tapi beberapa abad😀.

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now