"Assalamualaikum..."
Adi terpana. Sudah setahun dia tidak mendengar suara itu. Suara gedik yang nyaring dan pernah menggetarkan perasaannya.
"Waalaikumsalam... Kak Ina ke?" Tanya Adi.
"Ye... Adi sihat?" Tanya Ina.
"Alhamdulillah sihat.. Akak sihat?" Tanya Adi.
"Alhamdulillah sihat juga... Adi tengah kerja ke? Maaf kalau ganggu..." Tanya Ina.
"Memang tengah waktu kerja... Cuma tengah takde urusan dengan customer... Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke kak?" Tanya Adi.
"Mmm... Takde pun.. Saja nak tanya khabar... Adi dah berumahtangga ke?" Tanya Ina.
"Takde siapa nak kat orang yang gila kerja macam saya ni kak... Abang Malik sihat?" Tanya Adi.
"Camtu la dia... Balik akak kita aje yang tak betul... Biarkanlah dia... Ni nak tanya... Hari Sabtu ni Adi free tak?" Tanya Ina.
"Free.. kenapa?" Adi bertanya ingin tahu.
"Nak jumpa boleh?" Tanya Ina.
"Errr.. boleh.... cuma.. line akak clear ke?" Tanya Adi.
"Clear.. Cuti sekolahkan? Budak-budak semua nak stay kat rumah mak akak kat Kota Bharu. Abang Malik tak kerja.. petang Sabtu tu dia pergi dinner syarikat kat hotel.. macam biasalah esoknya baru dia balik.. jadi akak ingat, inilah masanya akak dapat jumpa Adi... Mmmmm.. akak parking kat tapak pasar malam dan Adi ambik akak kat situ boleh?" Tanya Ina.
"Boleh kak.... Cuma.. kita nak ke mana je.. dan pukul berapa nak ambik akak?" Jawab Adi.
"Lepas maghrib ambik akak.. Bawak je akak ke mana-mana pun... Akak tak kisah..." Balas Ina.
"Kalau macam tu, saya ambik akak kat rumah sajalah..." Kata Adi.
"Ishh nanti jiran-jiran kenal kereta Adi..." Kata Ina.
"Saya dah tukar kereta lain kak... Lagi pun lepas maghrib.. takde sape perasan... Gelap.." jawab Adi.
"Emmmm.. ok.. lepas maghrib tau.. janji datang ambik akak tau..." Kata Ina.
Maka hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Meluncurlah BMW 3 series milik Adi menuju ke rumah yang disewa Ina. Sebaik masuk ke perkarangan rumah Ina, segera Ina masuk ke kereta tanpa melihat ke kiri kanan lagi. Lalu dibawa oleh Adi pergi dari situ, menuju ke rumahnya.
Ina terpegun melihat rumah yang baru dibeli Adi. Cantik dengan rekabentuk moden. Mereka pun masuk ke dalam rumah dan sekali lagi Ina terpesona melihat rekaan dalaman yang simple dan minimalis.
"Tak sangka, akak pakai lawa-lawa camni rupanya pergi rumah Adi je... Berapa harga rumah ni?" Tanya Ina.
"Kenapa nak tahu? Akak nak beli ke?" Tanya Adi sambil matanya tak lepas dari memandang tubuh isteri orang yang berdiri di depannya bagaikan rusa masuk kampung.
"Saje tanya... Sayangnya, rumah cantik dan besar camni tapi sorang je yang tinggal..." Kata Ina yang masih terpegun memandang lampu-lampu yang indah bergantungan di siling.
"Nak buat camne... Dah takdirnya sorang je... Nak kat orang tu, tapi dia nak layan yang tinggal dekat-dekat dengan dia je..." Kata Adi yang geram memandang tubuh montok Ina yang sendat dibaluti jubah hijaunya.
Ina tersenyum menjeling Adi. Dia sedar Adi memaksudkan dirinya. Adi lantas memegang tangan Ina dan memimpinnya ke dapur.
"Akak duduklah... Saya buatkan air.." ujar Adi sambil menarik kerusi bar untuk Ina duduk.
Berdebar sungguh perasaan Ina kerana layanan Adi yang sungguh gentleman dan romantis kepadanya. Ina masih ingat, Norlin pernah berbual dengannya dan mengatakan Adi adalah seorang suami yang romantis. Ternyata apa yang arwah Norlin katakan itu benar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gedik
RomanceHanya sebuah kisah cinta nan picisan. Seorang lelaki kepada jirannya yang gedik. Namun cintanya tidak dihargai. Apakah pengakhirannya.....