"Lembap! Dah tahu budak-budak nak sekolah, yang awak buat air panas-panas tu kenapa?"
Terngiang-ngiang di fikiran Ina dirinya diherdik Malik. Termenung dia di ruang tamu merenung tv yang tidak dihidupkan. Ina tiada mood ingin menonton tv pagi itu. Mood paginya hilang diragut amarah suaminya.
Sudahlah Malik salah letak kunci motornya pagi itu. Ina juga yang dipersalahkan.
"Semua dia je yang betul.. padehal dia sendiri yang entah apa-apa" rungut Ina di dalam hati.
"Pin! Pin!" Bunyi hon motorsikal di luar rumah mengejutkan Ina dari lamunannya.
Segera dia bangun dari sofa di ruang tamu dan berjalan menuju ke muka pintu. Terlihat posmen menunggunya tanpa turun dari motor.
"Kak... Ada surat berdaftar untuk... Zarina binti Osman" kata posmen.
Tanpa berkata apa-apa, Ina pun mengambil surat itu. Tandatangan diturunkan dan posmen pun mengambil salinan pengesahan penerimaan. Sebaik posmen pergi, Ina memandang surat itu dan terlihat nama syarikat Agus & Associates. Peguambela dan Peguamcara.
Berdebar Ina membaca nama syarikat pengirim surat itu. Terus Ina membuka sampul surat itu dan dibaca isi kandungannya. Debaran Ina semakin kuat sebaik tiba ke ayat,
"...tuntutan menjelaskan bayaran tertunggak sebanyak RM4250.70 dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan amaran terakhir ini..."
Ina melihat ke garaj keretanya. Sebuah Toyota Corolla hitam lama yang tersadai tidak bergerak dipandang dengan perasaan yang sebak. Surat yang berada di tangannya itu adalah surat amaran untuk menjelaskan bayaran bulanan yang sudah tertunggak termasuk faedah bank dan caj peguam.
Ina buntu. Dia tidak tahu apa lagi harus dilakukan. Kereta itu adalah atas nama dirinya, manakala suaminya merupakan penjamin. Meskipun kereta itu adalah kereta terpakai, namun dibeli untuk memudahkan perjalanan mereka terutamanya jika ingin pulang ke kampung halaman Ina di Kota Bharu. Bayaran bulanan telah terhenti sejak 7 bulan yang lalu. Sejak suaminya diberhentikan kerja akibat bergaduh dengan rakan sekerjanya gara-gara seorang perempuan.
Ina simpan surat itu di almari dan lantas dia mengambil handphonenya. Lalu dia menghubungi seseorang melalui kiriman Whatsapp.
Ina: Assalamu'alaikum
Tiada jawapan. Ina resah. Ina cuba menenangkan perasaannya dengan memikirkan, mungkin si dia sedang sibuk. Sebaik dia melihat status si dia 'online', terus lega perasaannya.
Adi: Waalaikumsalam. Ada apa kak?
Ina: Adi... Akk dpt surat bank. Keta nk kena tarik. Camne neh? Akk takot...
Adi: Kalau camtu, pergilah bayar... Bayar sebulan dulu pun takpe.. nanti bincang dengan bank camne nak settle yg selebihnya.
Ina: Bole ke camtu?
Adi: Boleh kak.. Dulu saya pun pernah camtu juga masa bujang2 dulu.
Ina: Akk nk bayor sebulan pon x mampu neh. Camne neh... Yg sebulan tu boleh ansor-ansor tak?
Adi: Biar betul kak. Abg Malik kan ada. Bincanglah dgn dia.
Ina: Dia yg x nak bayor. Keta dah rosak. Dia pon baru sebulan dpt keje. Aritu 5 bulan dia x keje.
Adi: Saya faham pasal tu. Norlin pun ada cerita kat saya pasal masalah abg malik sbb akak ada citer kat Norlinkan? Ok camnilah kak. Akak bincang dulu dgn abg malik. Pastu gi bank dan bayar berapa yg mampu dulu dan bincang dgn bank proses bayar seterusnya.
Ina: lecehlah nak bual dgn abg malik tu.... kalau akk nk jual keta ni bole x?
Adi: Nak jual? Kereta susut nilai dia lebih rendah dari harga beli kak. Kalau akak bayar cantik, mungkin ada advantage sbb keta akak toyota kan? Resale value dia ok lagi walau second hand. Tapi... Akak dah tak bayar 7 bulan... Mmg ada masalah kak.. kedai pun takut nak ambik.. dia orang takkan nak kena keluar duit lebih.. mana ada org niaga nak rugi kak.
Ina: Akak nak pinjam duit Adi boleh? Dapat bayar sebulan dulu pun bolehlah....
Adi: Ohhh...Kalau camtu.. saya rasa better akak minta dari Murad.. Sejak akak ada henpon dan dah mula pakai whatsapp, saya nampak akak selalu berbual dgn dia sampai pukul 2-3 pagi.. jadi, ada baiknya akak tanya dia boleh tolong tak... Saya ni bukan sape2 kalau nak tolong akak sampai nak bagi pinjam duit ni..
Ina terkedu membaca jawapan Adi. Namun akal pendeknya tidak putus asa cuba memujuk Adi.
Ina: Adi tolonglah akk
Secara tiba-tiba status Adi terus 'offline'.
Ina: x pelah kalau camtu
Ina terus duduk di sofa. Termenung memikirkan kata-kata Adi.
"Bodohlah dia tu. Aku tanya je boleh ke tidak. Nak cemburu dengan si Murad tu dah kenapa? Aku tahulah kau suka kat aku. Dah kau tu laki orang. Aku nak buat camne... Kalau kau bujang cam Murad tu.. hmm.. memang aku takkan lepaskan..." Ina merungut sendiri.
Terus Ina memegang kembali handphone dan mencari nama Murad.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gedik
RomanceHanya sebuah kisah cinta nan picisan. Seorang lelaki kepada jirannya yang gedik. Namun cintanya tidak dihargai. Apakah pengakhirannya.....