Seorang kanak-kanak perempuan yang bergaun berbunga-bunga warna merah jambu itu, mendekati dengan senyuman lebar pada bibir. Pipi bulatnya naik sehingga menyebabkan matanya sepet akibat senyuman.
Wajah cerah itulah yang sentiasa menjadi penyebab mengapa mood Aayan akan berubah setiap kali dia hadir tanpa diminta. Setiap hari berjumpa, seolah tiada orang lain, selain dia.
"Yayan" panggilan nama itu telah menjadi kegemarannya. Hanya dia seorang sahaja yang memanggil dengan nama itu.
Di taman permainan yang tenang ini, Aayan hanya meluangkan masa lebih dengan Alysaa berbanding Aidan. Aidan hanya dengan komik sahaja, tak lepas dari pandangan setiap kali tiba di taman.
"Yayan kalau dah besar nak jadi apa?" bibir itu menyebut dengan pelat, mengajukan soalan kepada Aayan.
"Yayan... nak buka kedai makan sendiri! Macam kafe yang selalu kak Andhira dengan abang Rayuan bawa kita tu!" riang Aayan membalas pertanyaan Alysaa.
"Wah! Lysaa pula nak jadi penulis! Ataupun pelukis" sambung Alysaa pula.
Aayan mengecilkan matanya lalu berfikir sejenak. Menulis dan melukis. Boleh dapat hasil ke? Kalau dapat pun, berapa jumlahnya?
"Macam tak best je" balas Aayan jujur. Budak tak pandai menipu.
"Hey! Lysaa nengok dekat televisyen tadi. Melukis dapat duit banyak tau! Penulis pula kita boleh buat buku sendiri. Tulis apa pun kita nak! Macam diari" balas Alysaa tak nak mengalah.
Suasana berubah seketika. Dan kini, hanya kesunyian yang menemani antara mereka. Aayan terus memerhati wajah Alysaa sewaktu kecil itu tanpa mahu mengalihkan pandangannya.
Kemudian, matanya menurun melihat ke arah tangan dan badannya. Sudah meningkat ke alam remaja. Tangan kekarnya mengigil memerhati gelagat dirinya sewaktu kecil bersama Alysaa pada waktu itu.
"Aayan..." suara seorang gadis kini memanggilnya dari belakang. Laju, dia menoleh ke arah suara itu.
Susuk Alysaa yang sedang berdiri dengan tudung putih bersama gaun putih itu diperhatikan oleh Aayan dengan mata membulat. Susuk itulah yang membuatnya mulut terus terkunci. Sedangkan dahulu, mulut inilah yang sentisa mengukirkan senyuman lebar setiap kali melihat wajah itu.
Wajah suram Alysaa ditenung penuh oleh Aayan. Dia mahukan persahabatan mereka seperti dahulu. Namun ego terlalu tinggi diantara mereka.
"Kau sedar ataupun tidak... sejauh mana kita pergi. Takdir akan tetap satukan kita untuk kembali" ujar Alysaa.
"A...apa maksud kau?" soal Aayan bersusah payah untuk membuka mulutnya.
"Hanya manusia yang mampu buat keputusan untuk lari, tapi takdir tak akan pernah berubah. Kita akan tetap disatukan dengan cara tersendiri..." balas Alysaa yang penuh dengan teka teki.
Berkerut dahi Aayan cuba memahami kata-kata Alysaa. Namun dengan bayangan itu mula menghilang sebelum kelopak matanya terbuka secara perlahan-lahan.
Matanya yang sedikit kabur setelah tidak menyedarkan diri. Kini berkedip-kedip cuba menerima cahaya dari bilik yang tidak terlihat asing baginya.
Sambil merenung siling, ingatannya terlayar kembali kepada mimpi yang aneh dan membingungkan. Dalam mimpi itu, dia bertemu dengan Alysaa dan melihat dirinya sendiri bersama Alysaa pada waktu kecil dahulu.
Aayan cuba merenung maksud mimpi itu. Adakah itu petunjuk tentang sesuatu yang perlu dia fikirkan? Atau mungkin hanya khayalan akibat daripada keadaan fizikalnya yang tidak stabil? Dia mengeluh perlahan. Adakah itu petanda untuk berbaik dengan Alysaa?
YOU ARE READING
Takdir Buat Bidadari
Romance بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Perpisahan yang sering berlaku. Telah membuatkan diri semakin sukar untuk meneruskan kehidupan bersama Aayan Qafeel. Parut yang telah terukir selamanya, susah untuk dihapuskan saat takdir tetap disatukan tanpa...