Bab 11

4.3K 272 20
                                    

"Assalammualaikum..." tuturnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Daun pintu di tolak perlahan sebelum mata mencari kelibat manusia yang mahu menjumpainya.

Jauhar melangkah dengan rasa takut dan harapan. Harapan yang tidak pernah terputus sejak dahulu lagi. Mungkin dia memang bersalah dalam hal itu, namun tidakkah kelakuan dan hukuman ini terlalu berat untuk manusia yang baru sahaja belasan tahun?

"Abah" panggil Jauhar seraya melabuhkan punggung di atas sofa empuk berwarna hitam di ruang tamu itu.

Tak lama kemudian, mata mula tertumpu ke arah susuk yang sedang menuruni tangga. Lelaki lingkungan 40-an itu langsung mengukirkan senyuman sebaik sahaja mata bertembung pandangan dengan anak lelaki kesayangannya.

Jauhar membalas senyuman ayahnya. Jarang sekali dia dapat bertemu dengan ayah sendiri. Seolah, perlu membuat perjanjian dahulu sebelum berjumpa.

Jaafar duduk di sofa berhadapan dengan anaknya. Matanya terus memandang amanah yang perlu dijaganya sehingga sekarang.

"Kenapa abah nak jumpa Jauhar?" lembut setiap bait tutur kata Jauhar apabila berhadapan dengan ayahnya walaupun tidak tinggal sebumbung.

Baru sahaja Jaafar ingin membalas, bibirnya berhenti apabila satu suara telah memotong niat percakapannya. Kepala menoleh ke arah belakang, melihat ke arah susuk yang sesdang menuruni tangga.

"Eh, abang. Kenapa tak bagitahu ada tetamu istimewa nak datang rumah ni?" soal Safwa dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.

Jauhar kemam bibirnya apabila mendengar kata-kata itu dari manusia yang bergelar seorang ibu. Nafas dalam ditarik lalu dihembuskan secara perlahan. Cuba mengumpul kesabaran yang ada.

Lebar senyuman Safwa bila melihat Jauhar terus menunduk. Senyuman lebar yang penuh dengan kepalsuan dan terpaksa. Masih kekal berdiri di belakang sofa Jaafar duduk.

"Safwa..."

"Abang. Kenapa tak buat air untuk tetamu kita ni Lagi cepat abang hidang air, mesti lagi cepat dia keluar dari rumah ni" potong Safwa dengan pantas sebelum Jaafar memberi arahan kepadanya.

Sakit hati Jauhar kini, hanya Allah sahaja yang tahu bila kata-kata itu keluar dari mulut seorang ibu. Dirinya dianggap seperti orang asing dimata Safwa. Dia tahu dia salah, tapi tidakkah terlalu berat hukumannya saat ini.

"Safwa. Jaga mulut tu. Dia anak kita" dingin suara Jaafar memberi amaran kepada isterinya.

Ternganga mulut Safwa dengan reaksi seolah menahan senyuman yang tidak sangka. Jari terus menunding ke arah Jauhar dengan wajah yang tidak percaya dengan kata-kata Jaafar.

"Itu. Anak kita? Masih nak anggap anak kita?" sindir Safwa terus menerus. Langsung tidak kesah dengan hati Jauhar. Biarlah dia dengar sekalipun, apa yang penting Safwa ingin dia terus menderita.

Jaafar melepaskan nafas perlahan sebelum meraup wajah secara kasar. Entah bagaimana dia mahu menasihati isterinya lagi. Sudah bertahun berlalu, masih lagi tak mampu terima kenyataan yang telah dituliskan oleh takdir.

Disebabkan tingkah laku Safwa, dia terpaksa memaksa Jauhar untuk tinggal di rumah lain yang sudah dibeli olehnya. Entah bagaimana kehidupan Jauhar di rumah yang agak jauh dari sini. Terpaksa menjalani kehidupan seolah dia sudah berusia 20-an. Sedangkan waktu itu, umurnya masih 13 tahun. Baru ingin berjinak dengan dunia remaja.

Seketika, Safwa menuju ke arah Jauhar lalu berdiri bersebelahannya. Tangan disilangkan sambil mata memerhati ke arah Jauhar dari atas sehingga bawah.

Jauhar yang sedang memendam rasa, hanya terus menunduk dan mengumpul rasa sabar yang terdalam. Dia tak boleh untuk melepaskan segalanya. Dia perlu hormat ibunya sendiri.

Takdir Buat Bidadari Where stories live. Discover now