Bab 10

4.3K 267 14
                                    

"Siapa buat ni? Tak sedap" ujar Aayan dengan mulut yang masih dipenuhi dengan nasi goreng.

Alysaa menjulingkan matanya ke atas, malas mahu membalas soalan Aayan. Tak sedap konon, tapi habis juga nasi dalam bekas tu. Aayan sendiri ada jawapan untuk soalan yang diajukan.

Tangan disilangkan pada dada sebelum badan disandarkan pada kerusi, mata terus memerhati Aayan seolah tak pernah diberi makan selama setahun.

Tak ada selera konon.

"Aku nak tanya kau soalan ni" tutur Aayan lalu duduk menghadap ke arah Alysaa.

Hanya kening sahaja yang terangkat sebagai tanda meneruskan kata.

"Aku dengar cerita, kau trauma nak melintas jalan sorang-sorang" ujar Aayan.

Alysaa diam sebelum lepaskan nafas perlahan. Tiada kata yang keluar dari bibir melainkan kepala mengangguk sebagai jawapan. Setelah kejadian yang telah meragut nyawa Andhira, rasa trauma yang terkandung dalam diri 

"Kenapa masa tu, kau tak teragak-agak langsung nak selamatkan aku?" soal Aayan terus.

Masih segar dalam ingatan Aayan detik-detik Alysaa menyelamatkan dirinya. Walaupun, waktu itu dia hampir pitam sebelum Alysaa menolaknya ke tepi.

Bukan dia tak pernah nampak apa yang berlaku antara Alysaa dan Jauhar sewaktu melintas jalan semasa pulang dari sekolah. Bila Firas memberitahunya, barulah dia tahu Alysaa mempunyai trauma.

"Sebab aku dah tak nak hilang kawan lagi kut?" balas Alysaa dengan nada suara tidak yakin.

"Atau pun kau takut, kau akan salahkan diri sendiri lagi lepas ni?" sambung Aayan.

Alysaa masih kekal diamkan mulut sementara Aayan merenung wajahnya ingin kepastian. Mustahil Aayan tidak mengenali Alysaa dihadapannya. Berubah dari segi mental. Dan dia perlu faham apa yang dilalui oleh Alysaa selama ini.

Melilau-lilau bebola mata Alysaa memikirkan jawapan dengan gelisah.

"Tak perlu soroklah, Alysaa... Your reaction is faster than your mouth" ujar Aayan sekali lagi setelah Alysaa masih lagi memikirkan balasan untuk soalannya.

Wajah gadis itu direnung dengan nafas perlahan. Setelah beberapa tahun berpisah, kedua-duanya seolah melalui suatu cabaran yang terlalu sukar dalam kehidupan. Sehingga menimbulkan rasa trauma.

Alysaa bermain dengan kukunya. Setelah mendengar kata-kata Aayan tadi. Kedua-duanya lebih memilih untuk berdiam diri sahaja. Suasana kekok kini menemani.

"Aku tak nak tahu apa yang jadi dalam hidup kau, cuma aku harap kau kuatlah lalui hari-hari seterusnya" tutur Aayan memecah kesunyian.

Secawan air mineral diteguk dengan laju sebelum termenung memerhati ke arah depan. Semakin hari, semakin dia faham tentang kehidupan.

Tak semua kebahagiaan akan kekal selamanya walaupun itu yang membuatkan kita selesa. Jika takdir tidak tertulis, maka dia akan pergi dengan cara tersendiri.

"Aku ni pun bukan reti bagi motivasi. Diri sendiri pun tunggang langgang lagi. Cuma itulah... sepenat mana pun kita. Tetap kena lalui juga. Kena kuatkan diri sebab masih muda. Kesian masa depan jadi mangsa kalau kita terus mengalah" sambung Aayan lagi.

"Aku balik dululah..." balas Alysaa. Semakin lama dia duduk di sini. Hatinya tidak tenang memikirkan apa yang sudah terjadi pada keluarga Aayan.

Sejak kejadian dia selamatkan Aayan. Dia memang ada rasa takut untuk gagahkan diri selamatkan Aayan. Namun, fikirannya juga memikirkan sesuatu saat membuat keputusan untuk selamatkan lelaki itu.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now