"Aku nak cari Aayan dekat sana" suara Alysaa kini terngiang-ngiang dalam ingatan Jauhar.
Kini, seribu persoalan timbul dalam fikiran lelaki itu. Kenapa Alysaa perlu cari Aayan walaupun berkali-kali gadis itu telah dibuli. Sedangkan niat Aayan untuk berkawan pun, masih lagi bukan dalam niat yang ikhlas.
Tajam mata Jauhar memandu keretanya, tiada satu patah perkataan pun keluar dari bibir lelaki itu. Begitu juga dengan Alysaa yang duduk di tempat penumpang. Hanya mata memerhati langit yang sudah bertukar mendung.
Mahu sahaja Jauhar menyoal pelbagai soalan kepada Alysaa. Tapi bibir seolah tak mampu bergerak untuk mengeluarkan suara. Lidahnya menjadi kelu.
Tiba di hadapan rumah banglo yang cukup mewah itu. Mata Alysaa memerhati ke arah kawasan perumahan itu. Di hadapan rumah lama Aayan ini, seolah tiada penghuni. Tapi pagar rumahnya, terbuka separuh. Membawa maksud Aayan memang ada di sini.
"Jauhar... kau tunggu sini. Aku nak keluar cari dia sekejap" ujar Alysaa.
"Bahaya Alysaa. Tak akan kau nak cari dia sorang diri?" halang Jauhar terlebih dahulu.
Alysaa menoleh ke arah Jauhar. Mata lelaki itu seolah telah mengharapkannya untuk menunggu sahaja di dalam kereta.
"Jauhar. Cuba kau fikir apa reaksi dia kalau kau yang muncul lepas kejadian kau bertumbuk dengan dia" balas Alysaa lembut.
Lama Jauhar merenung Alysaa sebelum dia mengalah. Tanpa menunggu waktu yang lama, Jauhar terus membuka kunci keretanya. Laju sahaja Alysaa mula melangkah pergi.
Matanya melilau memerhati pada celah-celah pagar yang terbuka separuh. Seolah tiada penghuni namun pandangan mula tertumpu ke arah sebuah motosikal berjenama tinggi yang terletak elok parkir di bawah garaj.
Tanpa membuang masa, laju tangan Alysaa menekan loceng rumah banglo tersebut sebanyak 3 kali. Tetapi, rumah dihadapannya ini seolah tiada penghuni.
"Tak akan dekat taman pula?" gumam Alysaa sendiri dengan dahi yang berkerut.
Tanpa berfikir panjang, laju sahaja kaki Alysaa berlari menuju ke arah taman yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan itu. Fikirannya terus memikirkan tentang Aayan. Jauhar yang masih menanti di dalam kereta, hanya diabaikan.
Hatinya tak berhenti berharap agar Aayan ada di taman permainan, biarlah apa pun reaksi lelaki itu nanti. Dia perlu juga membantu lelaki itu. Kalau bukan sebagai kawan sekalipun, mestilah ada belas kasihan dalam diri.
Tiba sahaja di taman permainan, pandangan mula melilau mencari figura Aayan dalam keadaan nafasnya naik turun dengan laju menahan rasa lelah akibat berlari. Kaki terus melangkah ke kawasan tapak taman permainan tersebut. Tiada apa yang berubah melainkan warna taman tersebut telah ditambah menjadi suasana lebih riang.
"Aayan!" panggil Alysaa kuat saat masih mencari figura lelaki itu.
Namun, baru sahaja 3 kali memanggilnya, mata Alysaa tertumpu ke arah lelaki yang sedang duduk memeluk lutut di bawah pokok yang cukup besar. Alysaa masih ingat, dahulu pokok itulah yang sentiasa menjadi tempat arwah Andhira dan Rayyan melepaskan segala masalah.
Dengan hati yang cukup mendebarkan, perlahan Alysaa mendekati ke arah Aayan yang sedang menekup wajahnya pada kedua-dua belah lututnya. Masih dalam berpakaian sekolah yang butang sudah terbuka habis. Rambutnya serabai. Jelas sekali dalam keadaan kusut.
Nafas dalam ditarik lalu dihembuskan secara perlahan.
"Aayan..." panggil Alysaa lembut seraya duduk mencangkung di hadapan Aayan.
Terdengar namanya dipanggil, Aayan mengangkat wajahnya. Matanya kemerahan akibat menahan tangisan, terus menatap wajah gadis di hadapannya.
"Kau buat apa dekat sini..." soal Aayan sayu namun pandangannya tajam.
YOU ARE READING
Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]
Romance بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Perpisahan yang sering berlaku. Telah membuatkan diri semakin sukar untuk meneruskan kehidupan bersama Aayan Qafeel. Parut yang telah terukir selamanya, susah untuk dihapuskan saat takdir tetap disatukan tanpa...