Bab 8

4.7K 328 45
                                    

Persahabatan yang aku harapkan akan kekal sehingga abadi, kini hanya angan-angan yang tak mampu aku rasai. Mungkin setelah ini, aku dan dia tak akan ada lagi perbualan yang sentiasa membuatkan aku berasa teruja.

Aayan yang berjalan melepasi sisi Alysaa itu hanya diabaikan. Kedua-duanya sudah pun bermasam muka. Tiada lagi yang menegur. Seperti yang diharapkan sebelum ini. Hanya membuat haluan masing-masing.

Sudah 2 hari berlalu sejak kejadian itu. Tiada lagi suara Aayan yang menyapa pendengaran Alysaa. Lelaki itu sudah kembali seperti dahulu. Diam. Seorang diri. Lebih kepada sifatnya yang dahulu. Seorang yang dingin.

Nafas perlahan dilepaskan. Akhirnya dia telah bebas. Dia mampu jalani kehidupan dengan tenang. Tak perlu memikirkan tentang Aayan yang sentiasa membuatkan hati dan fikiran bercelaru.

Habis sahaja hari persekolahan. Hari yang sudah berubah mendung itu ditatap oleh Alysaa. Dia sukakan hujan. Dan hujan itu seolah menayangkan kembali detik-detik terujanya dahulu sewaktu hujan. 

Laju sahaja kepalanya menggeleng mematikan memori yang bermain di dalam fikiran. Kepala pula terus melilau mencari Aidan. Dari tadi tak nampak bayang. Tak akan nak balik seorang diri? Habislah kena membebel dengan Aidan yang perangai serupa seorang ibu.

"Alysaa"

Kepala serta merta menoleh ke arah suara yang datang belakangnya.

"Ya?" sahut Alysaa hairan.

"Jom. Aku teman kau balik. Aidan balik lambat hari ni" ajak Jauhar menawarkan diri.

Alysaa tidak membalas apa-apa sebelum Jauhar meneruskan katanya.

"Aidan suruh aku temankan kau. Sebab kawan kau lagi dua orang tu, dua-dua sibuk" terang Jauhar lagi.

"Eh? Tapi motor kau?" soal Alysaa.

"Biar je lah, nanti aku datang sini balik" balas Jauhar tenang. Setakat motor, apalah sangat baginya.

"Rajin pula kau?"

"Kau bayangkan ada hantu culik kau, lepas tu hantu tu ialah Aayan" balas Jauhar perlahan.

Mengecil mata Alysaa sebelum menjeling tajam ke arah Jauhar. Nama Aayan juga disebut, bernanah telinga dengar. Kalau Aayan di hadapan mata sekalipun, Jauhar sendiri berubah seratus peratus.

Jauhar hanya melepaskan tawanya sebelum berjalan beriringan dengan Alysaa. Jarak rumah Alysaa dengan sekolah tidaklah jauh mana. Rumah agamnya terletak di belakang kawasan sekolah sahaja.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya berbual kosong. Adakalanya Alysaa menceritakan perkara malu yang pernah dilakukan oleh Aidan. Terbahak-bahak Jauhar ketawa saat memikirkan kejadian memalukan Aidan itu benar-benar berlaku.

"Tapi lepas kejadian dapur hampir terbakar tu. Dia dah pandai buat brownies" Alysaa sudahi cerita.

Jauhar mengangguk dengan senyuman bangga. Tak sia-sia buat brownies sehingga hampir menyebabkan dapur terbakar. Kalau tak, mungkin sebulan Aidan kena kurung dalam bilik? Belum hangus pun dah seminggu kena kurung.

"Haih... teringat pula Julia" balas Jauhar dengan keluhan perlahan lalu merenung ke arah awan mendung.

Alysaa mendongak, memerhati Jauhar. Ketinggian yang jelas sekali berbeza itu menyebabkan dia terpaksa mendongak ke atas.

"Julia?" soal Alysaa.

Jauhar menoleh ke arah Alysaa. "Arwah adik aku" balasnya dengan senyuman palsu.

Alysaa terus menutup mulutnya tanpa mahu menyoal lebih. Setiap kali cakap pasal adik, semestinya riak wajah Jauhar berubah seratus peratus. Mungkin di bibirnya terukir senyuman, namun segalanya cuma palsu. Sekadar menutup kesedihan.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now