◤─────•~❉᯽❉~•─────◥
Hidup ini hanyalah
sebuah catatan kecil.
Cerita pendek tentang sebuah
realiti yang di dalamnya
hanya ada sebuah cerita
kepahitan dan kemanisan
kehidupan masa lalu.
◣─────•~❉᯽❉~•─────◢
"Mawar Qaisarah Binti Othman."
Pemilik nama itu hanya mampu menunduk memandang ke lantai tatkala namanya disebut.
"Dijatuhkan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati atas kesalahan yang membabitkan pembunuhan dua orang mangsa. Mangsa pertama ditikam di bahagian dada sebanyak tujuh kali manakala mangsa kedua pula ditikam di bahagian perut dan bahu kanan sebanyak tiga kali."
Qaisarah angkat kepala memandang sekeliling tempat itu. Kata-kata yang diucapkan oleh hakim sebentar tadi hanya dibiar sepi. Seperti masuk telinga kanan, keluar pula telinga kiri. Dia tidak merasakan apa-apa. Tidak sedih mahupun menyesal setelah mendengar keputusan muktamad itu.
Yang dia rasakan hanya kosong.
Kosong.
ANDA SEDANG MEMBACA
REGRETTING LOVES
Romance[ Sesuai untuk bacaan 18 tahun ke atas ] Cinta. Apa itu cinta? Suatu metafora yang menunjukkan perasaan kasih di antara lelaki dan perempuan? Atau pengorbanan yang merangkumi tanggungjawab setelah melangkah ke alam perkahwinan? Cinta tidak menjamin...
