"Aku terima nikahnya, Mawar Qaisarah Binti Othman dengan mas kahwin RM 300.00 tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah."
Qaisarah mengelap air mata yang jatuh ke pipinya dengan berhati-hati. Takut-takut solekan di wajahnya akan comot.
"Pengantin perempuan boleh dongak ke depan," arah jurugambar yang berada berhampiran dengannya.
Qaisarah segera mengangkat kepala memandang suami yang baru dinikahinya. Lebar senyuman yang menghiasi dua mempelai itu.
"Assalamualaikum, isteri abang."
Tersipu malu pengantin perempuan diusik para tetamu sebaik sahaja pengantin lelaki berkata sebegitu.
-----------------------
"Abang, sakit!!!!" Tengku Syarief Ridhwan langsung tidak mengendahkan rontaan isterinya.
Ditarik rambut panjang milik Mawar Qaisarah dengan lebih kuat lagi. Dia terus menyeret tubuh kurus wanita itu sehingga ke hujung tangga.
Qaisarah terus meronta-ronta sambil merayu supaya rambutnya dilepaskan. Terlalu sakit dan perit terasa pada kulit kepalanya. Seperti mahu tertanggal rambutnya.
"ABANG!"
Syarief hanya memandang sepi tubuh isterinya yang sedang tergolek ke bawah. Dia hanya berpeluk tubuh di hujung tangga tingkat dua manakala Qaisarah pula sudah pengsan akibat ditolak ke tingkat bawah.
Berdarah kepalanya terhantuk pada bucu tangga yang tajam.
-----------------------
ANDA SEDANG MEMBACA
REGRETTING LOVES
Romance[ Sesuai untuk bacaan 18 tahun ke atas ] Cinta. Apa itu cinta? Suatu metafora yang menunjukkan perasaan kasih di antara lelaki dan perempuan? Atau pengorbanan yang merangkumi tanggungjawab setelah melangkah ke alam perkahwinan? Cinta tidak menjamin...
