Usai memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Kaki terus melangkah ingin menaiki anak tangga. Tiada seorang pun yang menyambut kehadirannya. Sama ada ibu bapanya, dan juga bibik yang sudah berkhidmat bertahun lamanya. Sunyi rumah ini disaat pembantu rumahnya mengambil cuti yang agak panjang. Tiada lagi tempat ingin menjadikan bibir menarik senyuman.
Terbatal niatnya ingin menaiki tangga saat fikiran mula berubah fikiran. Daripada terus terperap dalam bilik, lebih baik menonton televisyen. Rumah sahaja besar, tapi benda dalam rumah ini seolah dibeli hanya untuk hiasan sahaja.
Kaki melangkah menuju ke ruang tamu lalu merebahkan diri ke atas sofa. Keluhan perlahan dilepaskan lalu memejamkan mata. Ingin mengambil ketenangan.
"Alysaa..." gumam Aayan perlahan.
Entah mengapa nama itu sentiasa bermain dalam fikirannya. Berkali-kali ingin melupakan, namun nama itu semakin kekal dalam ingatan.
Flashback
Mengecil mata Indah memandang wajah Aayan dan Jauhar bersilih ganti yang duduk berhadapan dengannya. Manakala Firas pula tenang menjamu selera di sebelah kirinya. Mata Alysaa terus bermain dengan telefon pintarnya. Nampak tenang, tapi hati gundah gulana.
"Elok aku datang dengan Alysaa dan dua ketul ni. Kau kenapa muncul dekat sini pula?" soal Indah serupa seorang polis.
"Tak boleh ke? Classmatekan?" terangkat kening Aayan saat membalas.
Atas bawah Indah memerhati Aayan. Muka tak tahu malu langsung. Bercakap seolah tak pernah buat salah. Tebal betul muka.
"2 tahun aku hadap muka kau. 2 tahun tu juga aku tak pernah rasa kau kawan sekelas dengan aku" balas Indah tak puas hati. Masih segar dalam ingatan kejadian yang telah membuat api kemarahannya membara.
"Abaikan je Indah. Muka dia memang tebal" celah Firas tanpa mengangkat wajahnya. Nak perhati bayang Aayan pun, dia tak ingin.
Jauhar dan Alysaa kekal diam. Kalau masuk campur juga. Risau dalam Sukiya ni jadi tempat mereka berperang mulut pula. Lebih-lebih lagi Indah ada di sisi.
"Alysaa" panggil Jauhar tanpa menghiraukan mereka bertiga.
"Hm?" mata terus tertumpu ke arah Jauhar saat lelaki itu mula bersuara.
Jauhar merapatkan diri ke meja sebelum novel yang dibelinya tadi diletakkan ke atas meja. Tak sampai beberapa minit dia membaca novel, tahu-tahu sudah berada di muka surat tengah? Memang laju.
"Kenapa lelaki ni tak tahu malu munculkan diri depan perempuan ni lepas segala yang terjadi?" soal Jauhar tentang buku yang dibacanya.
Terukir senyuman pada bibir Alysaa tatkala soalan itu diajukan kepadanya. Dalam waktu yang sama, Indah dan Aayan terus diamkan diri setelah mendengar pertanyaan dari Jauhar.
Memang Jauhar menyoal tentang situasi yang terjadi dalam novel tersebut. Tapi entah mengapa, situasi dalam novel itu seolah sedang berlaku sekarang.
"Kan aku dah kata lelaki dalam cerita ni redflag. Ego tinggi. Muka dia tebal. Orang tak maafkan dia pun, dia masih nak menagih simpati sedangkan perempuan tu dah tawar hati. Hm, itulah dulu orang baik... dia tak nak balas cara baikkan?" sengaja nada suara Alysaa ditinggikan. Biar Aayan yang sedang duduk disebelah Jauhar terus terasa.
Naik bibir Jauhar menarik senyuman senget. Puas dengar penjelasan dari Alysaa walaupun dia sudah faham jalan cerita yang cuba disampaikan dalam novel tersebut.
"Oh. Faham. Jadi memang lelaki ni jenis tak tahu malulah? Orang dah tak nak dekat dia, tapi masih lagi nak cuba pikat hati perempuan ni?" ulang Jauhar minta penjelasan.
YOU ARE READING
Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]
Romance بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Perpisahan yang sering berlaku. Telah membuatkan diri semakin sukar untuk meneruskan kehidupan bersama Aayan Qafeel. Parut yang telah terukir selamanya, susah untuk dihapuskan saat takdir tetap disatukan tanpa...