TAMBANG GrabCar dibayar sebanyak RM 15 sebelum Talhah mengucapkan terima kasih pada si pemandu.
Ekor mata lelaki itu memerhatikan kenderaan yang dinaiki tadi berlalu pergi.
Tiba-tiba deria pendengaran menangkap suatu suara yang asing. Suara yang lunak dan merdu tetapi amat perlahan untuk memahami bait-bait kata suara tersebut. Nafas ditarik dan dilepaskan.
Mungkin bisikan syaitan.
Dada langit ditatap sebentar. Entah mengapa hari ini langit kelihatan seperti berkilau seperti ada berlian dan permata yang menghiasinya. Sudah tentu hari siang, pastilah cerah. Tetapi hari ini, terasa cerah dan sedikit dingin. Manusia yang lalu lalang di sini pun boleh silau. Tebaknya.
Badan dipusingkan 180 darjah. Menghadap rumah agam milik bonda Engku Talhah, Puan Ayesha.
Alangkah terkejutnya sang jejaka yang berketinggian 176 cm ini melihat ada satu susuk tubuh yang langsing dan berpakaian putih serba-serbi terlantar di atas divider di luar rumahnya dengan posisi tidak bermaya.
Gadis yang terbaring yang dalam keadaan tidak sedar itu betul-betul berada di pintu masuk rumah banglo bondanya. Tidak bertudung, hanya gaun sutera berwarna putih bak susu yang menutupi tubuh genitnya.
Suara merdu tadi dari perempuan ni tadi la kut.
"Astaghfirullah! Aurat matt." Talhah toleh ke sisi lekas-lekas. Tangan kirinya menutup sisi wajah.
Tapi, takkan nak biarkan dia kat sini? Kalau dia kena culik dan dibunuh macam mana? Lagi teruk, kalau organ dia dijual. Detik hatinya.
Darurat ni... Tak apa kut.
Perlahan-lahan, gadis di hadapan dipandang acuh tak acuh. Talhah masih ragu-ragu. Dia hanya dapat melihat belakang kepala si gadis saja kerana gadis tersebut berbaring membelakangi dia.
Belakang kepala dia macam Lisa Rawr. Berambut perang dan lurus. Bisik hatinya. Terbit rasa gusar. Ah, entah-entah manusia depan dia ni memang si Lisa Rawr tu?
Nasib baik dia masih punya ada hati dan rasa berperikemanusiaan, kalau tidak memang dia tendang saja tubuh kecil itu.
Talhah memanggil si gadis dengan rasa kasihan.
"Cik,"
Tidak bersahut. Satu dua langkah dibuka, merapati si gadis yang masih dalam keadaan tidur mati. Tangannya melekap di pipi mulus yang agak pucat itu, memalingkan wajah si gadis.
Terpesona Engku Talhah seketika. Tidak pernah dia melihat ciptaan Tuhan seindah begini.
Masya Allah. Tabarakallah.
Terserlah keanggunan yang terpancar jelas di wajah gadis tersebut. Talhah terpana buat beberapa saat sebelum merasakan kakinya sudah makin lenguh untuk bercangkung lagi.
Lagi sekali, Engku Talhah loading. IQ Talhah yang tidak berapa tinggi itu sedaya upaya cuba mencari jalan apakah yang patut dia buat dengan gadis ini namun, semuanya hilang.
Air liur ditelan kesat. Sesiapa saja pasti akan tergoda dengan gadis yang tidak dikenali di depannya ini. Agak-agak, kalau perempuan pun boleh jatuh suka!
Talhah goncang perlahan bahu si perawan yang manis di hadapannya ini. Berharap gadis itu akhirnya sedar dan blah dari sini.
"Cik, bangun cik."
Talhah meletakkan jari telunjuknya di antara bibir atas dan di bawah hidung, memeriksa nafas insan di hadapannya itu. Setakat benda basic macam teknik pernafasan, semua orang boleh buat.

YOU ARE READING
Isteri Buat Talhah
RomanceTalhah suka Athalia. Athalia suka Talhah. Mudah. Cute je kisah cinta mereka kan? Ke... Tak? "I tak sure... Kalau you betul-betul sayang kan I. I pun tak sure kalau I betul-betul sayang you." "Then, how about seal a kiss to confirm it?" [ ON - GOING...