Bab 3

5K 311 41
                                    

Gambar dua orang kanak-kanak berlainan jantina itu diperhatikan dengan wajah sayu. Kanak-kanak lelaki lingkungan umur 3 tahun itu comel dengan pakaian berwarna biru langit, disebelahnya terdapat seorang kanak-kanak perempuan berambut hitam dan diikat dengan kemas bersama gaun yang tersarung kemas di badan. Wajah ceria saat bermain di taman permainan.

Tapi senyuman itu kini sudah semakin pudar dan memudar. Kedua-duanya sudah berubah. Dua manusia yang dahulunya rapat, sekarang bertindak seolah tidak mengenali antara satu sama lain.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Aayan" suara Aidan yang menyapa suaranya membuatkan dia tersentak seketika.

Aidan yang sedang berdiri di hadapan pintu sambil menyilangkan tangan pada dada, hanya diperhatikan melalui pantulan meja cermin. Alysaa terus mengalihkan pandangan dan melihat kembali gambar yang dipegangnya.

"Kenapa pula? Dia tetap kawan kita dulu..."

"Dulu. Sekarang umur masing-masing dah 17 tahun. Kita berpisah dengan dia masa umur 13 tahun. Sedar sikit, orang yang anggap baik tu dulu, sekarang dah jadi biadab macam tak pernah diajar" potong Aidan pantas dengan nada geram.

Alysaa diam. Dapat dia rasakan Aidan sedang memerhatinya tanpa riak wajah main-main. Suara pun bukan main beku. Terlalu jelas itu adalah arahan dan tidak boleh melawan.

Sekejap, macam mana Aidan tahu tentang Aayan?

Alysaa menoleh ke arah Aidan. "Macam mana engkau tahu fasal Aayan?" soal Alysaa.

Jujurlah, dia memang tak pernah nampak Aidan sewaktu rehat. Bayangnya tidak pernah muncul.

"Bukan kau sorang pernah jadi bekas sahabat dia. Aku pun kawan dia dulu" balas Aidan dengan dingin.

"Hey. Dia tetap kawan kitalah, Aidan. Berpisah sebab dia kena pindah je. Sekarang, mungkin dia lupa kita ni siapa" balas Alysaa tak puas hati.

Aidan lepaskan keluhan perlahan lalu menggaru keningnya. Penat layan adik yang terlalu baik dengan orang sekeliling, tapi orang lain? Semudah itu pijak kepalanya.

"Lantak kaulah Alysaa. Nak layan dia? Ha pergilah" marah Aidan.

Belum sempat Alysaa membalas. Aidan sudah pun berlalu pergi tanpa menunggu balasan. Jelas sekali, dia sedang dalam keadaan marah. Perlahan Alysaa kembali menghadap ke arah cermin. Mata memerhati ke arah wajahnya sendiri melalui pantulan cermin. Berkerut dahi memikirkan Aidan.

Mungkin Aidan dah tahu segalanya? Tapi, macam mana pula dia tahu?

_______________

"Jomlah Alysaa. Tunggu apa lagi?" soal Indah yang sudah menanti dirinya. Rania pula, entah apa sebabnya tiba-tiba sahaja tak hadirkan diri ke sekolah.

"Oh. Pergilah dulu. Nanti aku datang. Nak pergi tandas sekejap" balas Alysaa.

Saat bayangan Indah dan Rania hilang dari pandangan, mata Alysaa mula menumpukan perhatian ke arah Aayan. Seperti biasa, lelaki itu suka menjadi orang terakhir yang keluar dari kelas. Lebih suka membuang masa ke arah termenung.

Perlahan, kaki mula melangkah mendekati ke arah Aayan. Setelah bertahun berpisah, perubahan lelaki itu telah menjadi persoalan kekal dalam fikiran.

"Kau nak apa lagi?" baru beberapa langkah mendekati, Aayan sudah menegur tanpa menoleh.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now