Bab 2

5.7K 354 34
                                    

Baju yang direndamkan di dalam baldi itu dipandang sekilas sebelum kakinya melangkah keluar dari tandas. Penat memikirkan kejadian yang berlaku di sekolah tadi, bagaimana dia mahu menghadapi hari-hari seterusnya kalau lelaki itu rakan sekelasnya sendiri. Kalaulah Aidan tahu, memang mati.

Selesai sahaja membersihkan dirinya, Alysaa merebahkan diri ke atas katil lalu melepaskan keluhan perlahan. Hari pertama sahaja nasibnya sudah sebegini. Malang. Nasib malang bersama dia memang tak dapat dipisahkan langsung bukan?

Pap!

"Hoi! Termenung apa!" suara Aidan hampir membuatnya jantungnya terbang. Terus berdegup kencang jantungnya saat ini.

Pantas tukarkan posisi kepada duduk. Aidan yang sedang bersandar pada pintu sambil menyilangkan tangan itu diperhatikan dengan pandangan yang tajam. Biadab! Tak reti bagi salam ke!

"Bagi salam lain kali! Iman mana iman?" soal Alysaa geram.

"Iman siapa? Iman Troye? Jap aku cari dalam poket" balas Aidan tenang sebelum tangannya diselukkan ke dalam poket seluar pendeknya.

"Hm... tak adalah Alysaa" balas Aidan lalu mengangkat wajahnya.

Mengecil mata Alysaa memerhati Aidan. Kalau bukan disebabkan dia kembar dan memegang takhta sebagai abang. Memang dah lama masuk icu sebab kena cekik sahaja. Ingat lawaklah?

"Hambar macam biasa" balas Alysaa malas seraya melangkah menuju ke arah rak bukunya. Sebuah novel diambil sebelum dia menuju ke arah sofa putihnya.

Tanpa menghiraukan Aidan, matanya terus membaca isi halaman novel tersebut. Aidan hanya berdiri memerhati Alysaa yang sibuk membaca novel.

"Kau okay ke? Aku nampak, kau ni banyak termenung" soal Aidan risau.

Balik sekolah tadi pun, dalam kereta hanya diamkan diri. Memanglah adiknya seorang yang pendiam, namun diamnya seolah ada makna yang tersirat.

"Aku okay je, Aidan. Jangan fikir sangatlah" balas Alysaa tanpa menoleh ke arahnya.

"Betul? Tipu dosa tau" soal Aidan lagi.

"Ya. Pergilah sana. Aku nak baca novel" balas Alysaa yang sudah mula malas ingin melayan abangnya.

Aidan hanya lepaskan nafas perlahan. Dia masih ragu-ragu dengan jawapan Alysaa. Namun, bila adiknya sudah mula memegang novel. Memang dia tak mahu dirinya diganggu. Susahlah nak memaksa dia menjawab soalan.

"Ya lah, kalau ada masalah... cerita dekat aku. Aku ada" balas Aidan seraya melangkah pergi.

Tutup sahaja pintu biliknya, mata Alysaa memerhati ke arah pintu yang sudah tertutup rapat. Bayang Aidan yang menjauh dari pintu itu membuatkan nafas perlahan dihela lega.

Pandangan Aidan terlalu tajam. Dia senang untuk baca reaksi orang hanya melalui riak wajah. Nak sorok pun, seolah mustahil. Haih, macam manalah dalam kelas nanti jika Aayan tunjuk belang sekali lagi. Sudahlah Aidan duduk bersebelahan dengan Aayan.

Bunyi notifikasi yang meminta untuk dibaca, telah menganggu fikiran. Pantas Alysaa mengambil telefonnya yang terletak di meja kecil disebelahnya. Terus dia membaca nama group whatsApp yang dibuat oleh Indah.

BuDaYa (butuh duda kaya)

Rania :
Indah Lestia. Apa benda nama group macam tu?

Indah :
Alah, elok duda dari lusm
Oh ya, Alysaa! Tak nak bagitahu Aidan ke pasal siang tadi? Kalau kau tak nak, biar aku bagitahu dia.

Membulat mata Alysaa membaca ayat Indah. Laju sahaja tangannya mula membalas. Kalau Aidan tahu, memang tempah maut si Aayan.

You :
Jangan! Takut Aidan kena buang sekolah pula nanti

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now