𝒫𝓇𝑜𝓁𝑜𝑔

11.6K 553 19
                                    

Hanya sakit yang dapat dirasakan tatkala kehilangan seseorang yang sudah pergi buat selama-lamanya. Masa tak mampu diputar, penyesalan seolah tiada penghujungnya, derita tanpa noktah.

Tanah kubur yang masih segar, baru selepas sesi pengebumian itu ditatap dengan pandangan yang sudah mula kosong. Tidak berkedip matanya memerhati apa yang sudah berlaku di hadapan mata. Air mata sudah tidak mampu mengalir saat rasa sakit lebih besar dari sedih.

"Kenapalah mesti Andhira juga yang pergi, kenapa bukan Alysaa yang mati" suara wanita lingkungan 40-an itu terus menjamah telinga. Berkali-kali kata-kata itu diulang sehingga telinganya jemu untuk mendengar.

Nafas dalam ditarik lalu dihembuskan perlahan. Tiada guna lagi tangisan ingin mengalir. Tiada apa yang mampu diubah. Andhira tak akan hidup kembali jika menangis air mata darah sekalipun.

Aidan yang duduk bersebelahan dengan Alysaa, terus mengusap bahu kembarnya. Memberi semangat walaupun rasa marahnya sudah terkumpul sejak mendengar kata-kata dari makciknya sendiri.

"Along... yang along hina tu anak Yasmin tau" suara Yasmin yang sudah naik geram itu mula didengari. Pertahankan nasib anak bongsunya.

Yumna menjulingkan mata ke atas. Menyampah.

"Yasmin, kalau Alysaa ni tak sibuk nak ikut si Andhira pergi. Along rasa hidup lagi anak sulung kau. Yang ini, huh! Menyusahkan orang!" balas Yumna sambil merenung tajam ke arah Alysaa.

Tanpa mengeluarkan sebarang kata, Aidan terus bangun lalu menarik Alysaa dengan memaksanya untuk bangun. Usai itu, terus Aidan membawa Alysaa menjauhi tanah perkuburan di situ.

Yumna menggeleng dengan benci. "Bukan main kurang ajar anak-anak kau tukan? Macam mana kau didik dia, Yasmin?" soal Yumna geram.

Yasmin mengeluh kasar. Dia terus mengangkat kaki tinggalkan Yumna yang masih lagi geram dengan kejadian yang sudah terjadi. Lebih lama dia berdiri bersama Yumna, boleh jadi gila. Tak boleh ke hormat dengan apa yang baru sahaja berlaku.

________________

Suasana di dalam rumah banglo sudah dipenuhi dengan suara saudara mara yang tiba sejak semalam. Kaum hawa sibuk merewang di belakang rumah sementara kaum adam pula sedang mengemas apa yang patut untuk persiapan majlis hari jadi esok.

"Aduh... umi ni sembang tak nak buat besar-besaran" keluh Aidan malas. Matanya terus memerhati balloon bernombor 13 yang sudah tertampal pada dinding.

Matanya mengecil dengan malas setelah melihat ayahnya dan pakciknya yang lain sibuk mengalihkan meja dan sofa ke sana sini.

Alysaa terus menampar bahu Aidan dengan senyuman sengih. "Sabarlah. Bukannya selalu buat" pujuk Alysaa. Alahai kembarnya pun, cuba sporting sikit.

Aidan menjulingkan mata ke atas. Bukan selalu apa? Setiap tahun buat. Lebih-lebih pula setiap tahun tema dia seorang sahaja. Mana tidaknya menyampah? Tahun ni pula tema warna merah jambu? Hah naya kalau kawan sekelasnya datang esok!

Saat leka berborak, tak semena-menanya mata Alysaa tertumpu ke arah Andhira dengan berpakaian tertutup seolah ingin keluar. Pantas Alysaa berlari ke arah kakak sulungnya dengan senyuman penuh pada bibir.

"Kedai ke?" soal Alysaa.

Andhira menggeleng dengan bibir yang dikemam. "Hm, jomlah kalau nak ikut" ajak Andhira. Bukan dia tak faham perangai adik bongsunya. 

Setelah itu, Andhira dan Alysaa melangkah keluar dari rumah. Hanya jalan kaki, bukannya kedai kena lintas lebuhraya. Dekat sahaja. Hanya mengambil masa tak sampai 5 minit.

Takdir Buat Bidadari [ HIATUS ]Where stories live. Discover now