Cold-Hearted Mafia Kim
"Yes , i do ."
"Alright, now you are both officially husband and wife. Mr Kim you may kiss your bride." ujar paderi.
Taehyung merapatkan dirinya dengan tubuh gadis yang sudah sah bergelar isteri, pinggang gadis itu disentuh dengan kedua-dua belah tangannya.
Terlihat mereka berdua tersenyum bahagia sebelum dahi gadis itu dicium lama. Tepukan gemuruh dari semua tetamu yang menyaksikan upacara perkahwinan tersebut menambahkan kemeriahan majlis. Tambahan pula dengan suara-suara menyakat rakan-rakan sekerja Taehyung.
"Eh lama sangat cium tu, lebih-lebih dalam bilik lah!" ujar Jimin dari bawah. Terdengar gelak tawa dari tetamu yang hadir.
"Nak sweet sikit dengan bini pun tak boleh." Taehyung memuncungkan bibirnya. Jiyeon membetulkan rambut Taehyung sambil bibir tak lekang dengan senyuman.
"Merci ma chère de m'avoir accepté dans ta vie (Thank you dear, for accepting me into your life)." kata Jiyeon.
"De rien ma jolie (you're welcome pretty.)"
+
"Lusa kita akan berangkat ke Maldives, jadi sayang dah boleh mula kemas barang sikit-sikit."
"Lama ke kita kat sana nanti ?" tanya Jiyeon. Tubuhnya dihempaskan bersebelahan dengan tubuh tidak berbaju suaminya di atas katil.
"Dalam dua minggu macam tu ? Minggu pertama kita akan photoshoot gambar wedding. Minggu kedua kita akan em honeymoon? Lepastu kita singgah Paris dalam seminggu. Awak ada nak pergi mana-mana tempat ke ?"
Ternganga gadis itu dibuatnya. "Lamanya, awak cuti berapa lama ?" Jiyeon terus duduk di atas katil bersaiz king tersebut.
"Saya ambil cuti sebulan setengah, kan sebelum kita kahwin saya ada banyak kali tak balik rumah, saya banyak buat overtime. Sekarang ni masa untuk saya overtime dengan isteri saya pula." Telapak tangan Jiyeon diusap lembut.
Perlahan dia menarik gadis itu sehingga terbaring di atas dadanya yang tidak berlapik."Eee dah la tak mandi lagi, saya busuklah ! Bagilah saya mandi dulu."
"Awak ingat saya dah mandi ke ?"
Jiyeon mula mengecilkan diri. "Awak kata haritu saya boleh buat apa saja bila kita dah sah jadi suami isteri." Taehyung mendekatkan mukanya dengan wajah isteri.
"Jom mandi." Tubuh kecil milik Jiyeon di dukung secara bridal style membawa terus masuk ke dalam kamar mandi.
"Yah Kim Taehyung !"
+
Taehyung melihat isterinya sedang sibuk megeringkan rambut dengan menggunakan tuala, mula muncul idea nakalnya untuk menyakat.
Perlahan - lahan dia mendekati sang isteri, tuala yang digunakan oleh Jiyeon diambil serta merta.
Sikat dicapai lalu gadis itu menyikat rambutnya dengan cepat. Kemudian Jiyeon terus meninggalkan Taehyung di meja solek sendirian.
Pintu bilik di tutup rapat lalu terus gadis itu berjalan menuju ke dapur.
Taehyung tersenyum kecil melihat gelagat gadis itu. Tak ubah seperti kanak-kanak. Kelihatan comel dengan mengenakan pijama oversize serta rambut yang dibiarkan tidak berikat.
"Merajuk lagilah tu." Tuala tadi di sidai kemudian dia berangkat ke dapur.
Sampai sahaja di dapur , dia melihat Jiyeon sedang berbual mesra dengan abang iparnya. Melihat tubuh isterinya dipeluk erat oleh abang iparnya cukup membuktikan hubungan adik beradik mereka sangat baik.
"Eh Taehyung, bila turun ?" Tanya Jimin.
"Semalam."
"Ouh, maknanya yang kahwin dengan Jiyeon tadi aku lah kan ?" Tajam mata lelaki itu memandang wajah Jimin.
"Gurau jelah bodo. Gurau pun tak boleh dah sekarang. Kata kawan takpe takpe." Ujar Jimin dengan nadar kecewa.
Seokjin menepuk belakang kepala Jimin tanpa rasa bersalah. "Gurau lutut kau sampai kawen dengan bini orang. Kecil-kecil orang pergi sekolah kau ponteng. Ni yang bila dah besar jadi bengap semacam tu."
"Alaaa sorry la."
vote and comments ✓
YOU ARE READING
[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMK
Fanfiction'Aku tak jahat, aku cuma kejam dengan orang jahat.' -KTH ° 'Saya suka mata awak, nampak macam mata tiger. RAWR !' -JJN copyright ©'miraemint [2021]
![[HIATUS ] Kim Taehyung : C-HMK](https://img.wattpad.com/cover/277581615-64-k683048.jpg)