11 -END-

116 12 2
                                    

11

Diletakkan sekuntum Daffodil pada makam itu. Lalu aku mencabut-cabut sekejap rumput yang memanjang di sekelilingnya. Habis itu, aku terus menempatkan duduk di sebelahnya. Jauh pandanganku dibuang ke sekeliling, namun tiada siapa tahu sejauh mana renunganku itu. Keluhan berat dihempas. Aku memeluk lutut sebelum mengerling pada makam milik Juri itu.

Kosong renunganku.

Tiga tahun sudah berlalu sejak kejadian itu.

Sejak gadis itu meninggalkan dunia, meninggalkan aku seorang di sini. Juri yang menahan sakitnya sendiri di nafas terakhirnya,

Kesian, Juri.

Apa la nasib kau ni, Juri?

Kau pergi dengan sakit macam tu sekali.

Pandanganku teralih pula pada langit yang bertukar mendung itu. Tanpa berfikir banyak aku terus bangun. Ke kereta ditujuku, dan aku balik dengan sebatang payung. Dibuka payung itu, lalu diteduh menutupi ruang makam itu.

Tidak lama selepas itu hujan mula menghentam bumi.

Habis satu badanku lencun disiram air hujan. Tapi makam Juri tidak basah. Itu sudah memadai.

Juri,

Waktu kita dah berhenti. Dah lama berhenti.

Tapi Juri,

Waktu lain aku belum mula lagi.

Aku tak mula lagi dengan orang lain.

Tidak bila orang itu bukan kau.

Selepas melalukan beberapa jam terpacak di tepi kubur itu, hujan juga kian mereda. Aku seakan terlupa pergerakan masa. Jam di pergelangan tangan ditelek. Pukul 5:40 petang sudah pun. Lewat sejam juga aku buka kedai hari ini. Aku mengeluh.

Tak apalah.

"Juri, aku nak bukak kedai nenek aku dah ni."

Makam milik Juri ditenungku penuh syahdu. Berat hatiku hendak berangkat. "Bye, Juri."

"Jumpa lagi kita di lain waktu."










To me you are very precious,
You can tell me today was tough,
I am here,
You suffered a lot,
I love you,
I will hug you.

End.

Lain Waktu | JUNGWONWhere stories live. Discover now