9
Aku memanggil Jungwon untuk menunggu sebentar di ruang dapur. Waktu itu kru dapur semuanya sudah pulang. Maka tinggal aku dan lelaki itu sahaja di premis itu malam ini. Aku menyingsing lengan baju yang basah dek membersihkan dapur tadi. Kemudian itu, Jungwon aku tenung sambil bersilang tangan.
Ada yang tak kena dengan hati aku.
Sepatutnya aku sambut pertemuan kami dengan rasa teruja. Seronok la, dapat jumpa selepas lama lost contact. Tapi tengok la sendiri. Malah rasa marah membuak-buak naik.
Jangan kata marah, kecewa, bengkek semua ada. Bila aku fikirkan janji yang dibiarkan tergantung itu, menjalar-jalar rasa berangku.
"Kenapa kau ada dekat sini?"
Tergendala sekejap kerjanya. Jungwon melipat-lipat kain buruk yang dibuat lap kaunter meja itu. Serasa sengaja mengelak dari pandangan terusku.
"Aku dah cakap," suaranya.
"Aku balik ke kampung nenek aku."
"Hah?!!" Aku melepaskan dengusan paling kasar pernah ku dengar. Langsung lelaki itu membalas pandanganku selepas itu. Tambah terkejut wajahnya terlayar saat melihat mataku yang luas terbelalak merenung ke arahnya.
"Menipu, Jungwon. Menipu je la kerja kau."
Lambat-lambat aku hampiri lelaki itu. "Kampung nenek kau kat Busan, Jungwon. Apa kau fikir aku ni bodoh sangat ke?"
Jungwon terlihatnya terkedu. Menerawang matanya, cuba merangka ayat yang hendak ditutur sejurus itu. Aku beri ruang untuk lelaki itu berfikir. Aku bagi masa untuk Jungwon menjustifikasi diri. Dah lebih setahun, Jungwon.
Takkan kau nak terus menipu aku?
"Aku rasa aku tak pernah bagitahu kau kampung nenek aku," ujarnya. Aku tersengih sinis.
"Nenek kau pernah bagitahu." balasku.
Sekali lagi lelaki itu menjeda. Sekejap cuma, apabila Jungwon seperti terlihat berserah. Keluhan berat dihela. Kali ini badannya dipusing menghadapku, dan aku jumpa keberanian lelaki itu untuk membalas renunganku.
"Aku cari kerja dekat sini, Juri. Betul aku cakap, aku duduk dengan mak cik aku."
"Kenapa? Sebab kau nak tolong dia?"
"Ya." jawabnya sepatah.
Aku merespon dengan menjongket keningku. "Kau biar betul?"
"Kenapa, Juri? Kau tak percaya sekalipun, aku tak ada keperluan untuk buat kau percaya."
"Mak cik kau tu bersuami, Jungwon. Anak-anak dia dah besar, dah boleh tolong sikit-sikit apa yang perlu. Apa lagi urusan kau dengan mak cik kau tu?"
"Kau tak payah tahu, Juri. Tak payah ambil tahu. Sepatutnya kau biarkan je aku ni, buat-buat tak kenal. Buat-buat tak kisah. Kau teruskan hidup kau tanpa aku. Setahun lebih ni boleh je kau hadap. Dan lepas tiga bulan ni, kau pun nak pergi dah. Kau dah boleh lupakan aku masa tu, Juri."
"Senang je la kau cakap,"
"Apa? Tak betul apa aku cakap ni?"
Dengan itu, aku meraup mukaku sekali. Cuba mengawal rentak hati yang mencanak-canak bengkaknya. Sehabis baik aku cuba memasang riak tenang.
"Kau tu senang la cakap. Sebab yang lari tu kau. Yang tak simpan janji tu kau. Setahun, Jungwon. Setahun tu jugak aku cari kau... aku cari kau, faham tak? Aku cari kau! Kau fikir senang nak carik kau satu negara ni? With no clues whatsoever to begin with? Hm? Hmmm?" terangkat keningku. Menggesa penjelasan dari Jungwon yang sepertinya tidak kunjung tiba.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lain Waktu | JUNGWON
Short StoryOh baby I am a wreck when I'm without you, I need you here to stay.