4

94 11 0
                                        

4

"Mana Mina?"

Bertanya aku pada Jongyeon yang duduknya di sebelahku. Aku dan gadis itu sama-sama teman rapat termasuk Mina dulu. Sehingga la masing-masing terpaksa berpisah, apabila keluarga satu-persatu berpindah ke kejiranan lain.

Ini pun, kami bertemu balik di IG. Mina jumpa Jongyeon dulu, dan entah macam mana Jongyeon boleh jumpa aku. Dari situ kami seakan saling mengambil tahu khabar masing-masing.

Rapat macam dulu itu tidak la sangat. Neutral sahaja hubungan kami. Hubungan yang tidak mencampak komitmen banyak. Persahabatan low maintenance kata lainnya. Dan siapa sangka, hari dimana kami dapat reunion merupakan pada hari besar buat Mina, si ratu sehari.

Apa-apa pun, aku turut menumpang bahagia.

Tapi masalahnya sekarang ni, bayang Mina pun aku tak nampak.

Maklumku, sesi ikat pertalian sudah berlalu 50 minit tadi. Rasanya tak ada la lambat sangat aku dan Jungwon sampai. Setakat lewat suam-suam kuku ceritanya. Ya? Kejap. Hah, tak ada la lambat mana. Dah tu, mana Mina tu pergi? Pengantin lelaki pun aku tak nampak. Jangan kata nampak, kenal pun tidak. Mina tidak memaklumkan identiti pengantin lelakinya sewaktu menjemputku tempoh hari. Yang aku tahu, dirahsiakan identitinya sebab Mina nak buat kejutan untukku.

Aku layankan je.

"Diorang pergi bergambar kejap. Ke kau nak pergi bilik tu? Nak tengok diorang bergambar? Boleh join sekali."

Aku berfikir sejenak.

"Mhmmm," dan ketika itu tanpa sedar aku mengusap perutku. Aku tak tahu kenapa, tapi aku betul-betul rasa tak selesa nak berdiri. Rasa nak duduk je.

Pandangan dibuang ke sekeliling dewan yang menyurut pengunjungnya. Cubaanku mengesan kelibat Jungwon di satu-satu celah.

"Aku rasa aku tunggu je la." putusku.

Jongyeon yang terlihatnya sudah habis bersantapan itu dikerling. "Kenapa? Kau nak pergi bergambar dengan diorang ke?"

"Haah, ingat nak ajak kau."

"Aaa... Tak pe la, kau pergi dulu. Nanti aku menyusul."

"Okey, okey. Apa-apa aku kat bilik bergambar tau."

Kami saling bertukar senyuman sebelum ditinggalnya aku menghuni satu meja itu berseorangan. Masa itu diambil untukku sambung mengimbas sekeliling. Rasanya tadi Jungwon ada pamit diri untuk menjawab satu panggilan. Entah dari siapa panggilan itu. Musykil juga aku apa yang lama sangat masa diambil.

Ke, tengah bincang projek juta-juta?

"Mana kawan kau tu?"

Sepantas penyebaran fitnah aku menoleh ke tepi kiriku.

"Jungwon."

Spontan tangannya didaratkan ke kerusi dihuniku. Seakan mendepa tangannya membuka pelukan. Membuatkan posisiku secara tidak langsung di dalam separa pelukan lelaki itu.

"Dah makan?" tegurnya.

Beza berapa inci je jarak antara muka kami.

Dan ketika itu aku tersedar sesuatu. Aku ada penjelasan disebalik tingkahnya yang meresahkan itu. Sebabnya, waktu itu dewan didominasi dengan bingit suara orang lain. Sebab itu Jungwon merapatkan jaraknya dengan kepalaku. Takut susah nak dengar.

Agak sedih,

Tapi tidak mengapa.

"Belum. Tunggu kau la."

"Aaaaa... Aku rasa aku tak makan kut. Aku tak lapar lagi."

"Aku pun sama, Jungwon. Aku tak ada mood nak makan. Lagipun aku datang sebab nak tunjuk muka je. Bukan nak duduk lama-lama kat sini." ulasku.

Jungwon membalas dengan sengihan.

"Betul-betul tunjuk muka ni?" sindirnya.

Aku buat muka bosan. Bosan asyik kena sindir dengan orang yang sama.

"Eh, kejap."

Aku baru teringat. Setiap ceruk dewan itu sibuk dijengukku. Tercari-cari satu kelibat itu di mana-mana. Kalau-kalau ada dia di situ. Betul-betul datang.

Tapi sekarang, habuk pun tak nampak.

Apa punya statement hari itu? Tak reliable langsung. Alih-alih tak nampak pun batang hidung. Sia-sia je aku simpan rasa tercabar tu.

"Asal? Kau carik siapa?" soal Jungwon pelik. Dia sendiri terikut-ikut perlakuanku yang mengundang seribu tanda tanya itu.

"Tak ada siapa." balasku.

Tapi aku rasa ada bagusnya juga. Tak payah aku tambah meluat jika terserempak dengan lelaki itu di sini.

Pada waktu yang sama juga aku mula menekan-nekan perutku yang tidak hilang sensasi kejangnya. Dan aku mula rasa sesuatu. Naluriku menjentik satu firasat buruk itu.

Dalam kepala berputar seribu satu kebarangkalian. Takkan la.

Takkan la?

Sekarang dah hari ke berapa? Laju-laju aku menghitung dalam kepala otak.

"Oi,"

Aku berpaling ke Jungwon.

"Kau kenapa ni?"

Aku mengeluh panjang. "Jungwon, aku pergi tandas kejap."

Tidak tunggu respon lelaki itu, aku terus menyambar handbag dan telefon lalu cepat-cepat beredar pergi dari situ. Ke tandas tujuan destinasiku.

Aku pejam mata. Sedalam-dalamnya nafas diambil. Lalu dihembus. Kasar bunyinya.

"Binatang haraaaaaammmmmmm!!!!!!!!!"

Aku period.

Sumpah aku period.

Patut la asyik sakit-sakit pinggang. Aku menanggung sakit senggugut dari tadi rupanya. Aku gigit bibir. Berfikir tindakan seterusnya.

Selepas puas digeledah handbag, aku jumpa spare panty je. Tapi pad, pantyliner langsung tak jumpa. Apa babi betul dua-dua boleh tak ada? Aku buat jadi lap tisu ke apa?!

Ah, shit. Shit. Shit. Shit.

Mencarut panjang aku dibuatnya. Aku betul-betul lupa kitaran haidku. Minggu ni je aku dah beban dengan macam-macam kerja. Memang langsung tak terfikir.

Dress aku? Cepat-cepat aku menarik skirt, lalu aku menjenguk ke tepi.

Ah, anak anjing.

Ada juga tercalit sikit kat situ. Tak besar, kecil cuma. Tapi jadi kes malu la sebab aku nak bergambar dengan Mina nanti.

Kejap. Biar aku fikir balik. Nafas diatur sehabis baik. Menenangkan dada yang berombak.

Spare dress aku ada dalam kereta. Aku memang ada bawa, sebab aku ingat nak pakai untuk esok.

Pad? Mmmm.... Mhmmmmmmm.... Tak ada pilihan lain. Dalam keadaan cemas ni, sorang je yang timbul dalam kepala.

Aku terus call Jungwon.







Lain Waktu | JUNGWONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang