2

97 11 0
                                    

2

Aku mengeluh. Seberat-beratnya keluhanku. Bukan apa, kesal bila tiba-tiba dapat text dari Jungwon yang menatang berita buruk. Pelawaanku semalam ditolaknya. Kena pula masa tengah buat report. Memang sakit la hati aku.

Aku tak tunggu apa. Butang video call terus ditekan. Beberapa saat diambil sebelum panggilan itu diangkat di sebelah talian. Terpampang luas ruang bilik Jungwon memenuhi skrin. Yang tuannya entah ke mana.

"Kenapa call?" suara lelaki itu menyapa dari satu sudut. Dugaku, Jungwon mengerjakan sesuatu di dapur agaknya.

"Buat apa tu?" sapaku.

"Panaskan roti kejap." menerjah bunyi microwave dibuka, lalu ditutup. Muncul susuk lelaki itu di depan kamera sambil menatang sepinggan sandwich. Lelaki itu kemudiannya bersila. Menghadapku di layar skrinnya.

Tersipu-sipu Jungwon menyengih selepas itu. Malu-malu dia mengalih pinggan itu keluar dari frame kamera. "Sorry, sorry. Aku lapar." 

"Kau baru nak makan ke apa?"

"Tak. Aku dah makan kat kedai nenek aku tadi."

Terangkat kening aku. Andai Jungwon tahu betapa mendungnya mood aku sebaik perkataan kedai nenek itu disebut. Tapi, aku tahu dia perasan. Kalau tak, tak adanya ditenung lama mukaku yang ketat itu.

"Sorry la, Juri. Ni pun mak cik aku baru reply. Nasib baik aku tanya, kalau tak, aku pun baru dapat tahu last minute nanti." tutur lelaki itu, dan aku dapat mengesan nada mengendur disebaliknya. 

Aku diam sejenak. Tidak membalas apa. Lebih kepada berfikir sebenarnya. Respon apa aku kena bagi? Nak marah pun, bukan salah Jungwon. Tapi menyirap juga la aku alih-alih muka Jungwon je yang jadi mangsa kuli orang. Aku kenal keluarga Jungwon tu. Lebih dari kenal si mak ciknya yang tak boleh diharap tu. Tengok sendiri la. Bagi janji membabi buta, sudahnya apa pun tak ada. Apa babi betul perangai? Ingat Jungwon ni dispatch dia ke?

Aku kalau boleh nak je hambur benda tu ke Jungwon. Lepaskan sebal yang lama membuku. Kalau tak fikirkan posisi aku, batas aku sebagai orang luar, memang sekarang juga aku call maki hamun mak ciknya tu.

Hei... Jungwon pun ada life sendiri la!

"Dah la. Sokey, sokey."

"Hah? Sokey? Apa tu?"

Aku gulingkan bebola mata. Tak cukup dengan hensem, comel pula tu?!

"It's okay, Yang Jungwon. Ya Tuhan... cuba rajin-rajinkan diri install IG, Twitter semua. Ambil tahu pergerakan sosial."

Tergelak kecil lelaki itu. "Tak payah, aku ada kau. Kau kan personal assistance aku." 

Tergaru-garu kulit kepala aku mendengarnya. Mataku terkebil-kebil, seolah-olah meminta penjelasan lanjut. Apa maksud personal assistance tu? Sejak bila aku upgrade jadi bibik tak berbayar dia pula ni?

"Well, technically. You drive me to college everyday, update daily events, escort me to-"

Tersembur air liur halimunanku buatkan bicara lelaki itu terpotong. Mengekek Jungwon melihat reaksiku yang gaya macam baru kena swing kick dengan Mysterio. Nampak sangat dia sudah menanti reaksi awalku sebaik mendengar ucapan bernilai 10 sennya itu.

"Wah kau. Seronok hidup kau, eh? Aku ni diperbibikkan?" hamburku.

"Masa bila? Aku kata personal assistance. Bersyukur sikit dinaikkan pangkat."

"Bontot je ayat!" cantasku. Tak surut-surut gelak lelaki itu. Makin meriah ada la. Alih-alih, aku juga terjangkit ketawa. Entah la, ada sesuatu pada tawa lelaki itu yang meresahkan. Aku panasaran sekejap.

"Juri, aku nak makan tau. Nanti kita sambung. Ke nak temankan aku makan?"

Tanpa fikir banyak aku mencabut cermin mata. Tanda aku sudah siap meninggalkan kerja yang juga meresahkan, malah menggelisahkan itu. Kusyen bintang di atas katil dicapai, lalu diselitkan ke belakang kepala. Menampung kepala yang hendak menyandar.

"Makan la," posisi paling selesa diambilku. Lantak la double chin, buruk ke apa. Aku kesel, tahu kesel?
 
"Aku fikir gossip apa nak cerita."

"Cun!"

Dan ketika itu suasana dijenguk keheningan sejenak. Sekejap cuma, selepas aku mula membuka cerita. 

"Kau tahu, nanti Ni-ki datang wedding kawan aku tu? Dia sendiri bagitahu aku masalahnya. Dia cakap, 'oh... nanti aku datang. Kau jangan datang sorang sudah, aku pulak kena teman kau nanti.' Bontot tak bontot? Lagi la aku tak hadap nak datang wedding kawan aku tu," 

Jungwon terlihatnya seperti tertarik dengan topik gossip kali ini. Keningnya terus terangkat. Menayang riak terkejut.

"Lepas tu? Kau kata apa?" 

"Aku cakap, 'kalau kau datang memang aku tak datang.' Lepastu dia blah," balasku. Tak perlu rasanya part selepas itu dicerita. Buat hati bengkek je ingatkan balik.

We'll see... we'll see,

Aku nak see apa?

Kecurangan encik Nishimura Riki musim  kedua?!?! 

"Bagus, bagus. Jangan bagi muka ke dia." ujarnya sebelum menyua sekeping sandwich ke mulut. 

"Tapi aku rasa bagus lagi kau datang wedding tu. Sebab tu wedding kawan lama kau, bukan wedding Ni-ki. Buat tak tahu je dia tu. Janji kau tunjuk muka. Sekejap pun tak apa la. Dia jemput kau sebab dia rindu kau tu, kalau tak, dia memang tak ingat kau."

Terdiam aku sesaat. 

"Tengok la," pun begitu, masih tidak cukup untuk memujuk hatiku yang berat. Tambah berat bila kenangkan Jungwon sendiri tak ada di sana nanti. 

Keheningan dilalukan dengan aku yang ralit memerhati perlakuan Jungwon. "Aku tengok kau makan tiba-tiba boleh rasa lapar..." 

"Kau tak makan lagi?"

"Belum, aku sibuk siapkan assignment tadi, Jungwon. Aku tengok kau makan baru sedar aku tak makan lagi dari tadi. Nanti la,"

"Ha....." Jungwon sepertinya mencapai telefonnya. Perasan juga aku videonya seakan dipause dek skrin yang membeku. Berkerut dahiku.

"Kau buat apa ni?"
 
"Ha... jap!"

Jeda lagi. Sambil menunggu tu ada la aku bermain dengan rambut yang bersarang tu. Bila entah kali terakhir aku basuh rambut. Tiga hari lepas.... ke seminggu lepas?

"Okay dah." bergerak balik video lelaki itu.

"Kau buat apa tadi? Reply chat orang?"
 
"Aku order delivery ke rumah kau. Chiken can ah?"

Aku melongo. Masih tak dapat hadam sepenuhnya penjelasan lelaki itu tadi. Terkebil-kebil mataku. "Sumpah la...."

Jungwon angguk, lalu sambung menyantap makan malamnya. "Yep,"

"Aku sumpah main-main je tadi, Jungwon. Kau ni mengada-ngada buang duit kenapa?"

"Kata lapar?"

Aku mati kata. Tak sangka pula Jungwon betul-betul layan keluhanku tadi. Sebab, ye la. Aku keluh biasa-biasa je. Saja nak dijadikan modal berborak kosong.

"Thank you Jungwon..."

Dari situ juga aku rasa sesuatu. Sesuatu yang tidak selesa di dalam perut, sehingga terasa bahang menyerbu ke muka. Bercampur-campur rasa itu. Dan aku terharu. Aku terharu dengan simple gesture lelaki itu. Walau sekecil-kecil gesture pun, bagi aku besar maknanya. 

Aku tenung lama-lama sang Jungwon itu. Aku amati setiap bahasa perbuatannya. Lenggok gayanya. Pesona senyumnya. Tabiat-tabiat kecilnya.

Dan aku senyum selepas itu.

Aku senyum dalam diam.

Memerhatikan lelaki yang sedalam-dalamnya menjeratku ke jurang perasaan.



























Lain Waktu | JUNGWONWhere stories live. Discover now