03

2K 230 27
                                    

Happy reading✿

"Syafina!!!!!!!!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Syafina!!!!!!!!!!"

Hanis membuka pintu pejabat itu dengan kaki. Kad jemputan yang diberikan oleh Datin Zanariah dihulurkan kepada Syafina yang bengang itu.

"Ni Datin tadi bagi kad"

"Aku ingat kan apa lah tadi. Terjerit-jerit. Boleh berdarah telinga aku" sambil mulut membebel Syafina ambil kad itu.

"Anda dijemput hadir ke majlis bla..bla..bla.. bertema blackgold. Pada hari khamis 14.3...bla..bla..bla...sukacita dimaklumkan bahawa kehadiran anda amat dihargai"

Hanis duduk didepan Syafina.

"Esok lah majlis tu?" Soal Syafina memandang Hanis yang berada didepan nya. Kad diletakkan diatas meja.

"Ye.. weyh. Kita ada ke baju blackgold?"

"Ada. Nanti aku jahitkan, kita pakai yang sama tau!" Dengan nada gembira Syafina berkata.

Kelmarin ada kain yang sampai berwarna hitam dan emas. Boleh lah dia jahit untuk dia dengan gadis didepan nya ini.

"Nice! Dah lah aku nak gi lunch,kau nak ikut tak?" Hanis bangkit dari duduk nya. Beg silang yang tergantung di dinding dalam pejabat itu diambil.

"Nak kejap."

Mereka berdua keluar dari butik selepas suis kipas dan lampu ditutup. Tanda 'open' di whiteboard didepan butik dipadam lalu ditulis 'close' .

Kereta Proton Iriz milik Syafina keluar dari tempat parking kereta. Hanis memakai tali pinggang keledar. Beg silangnya diletakkan dibawah.

"Nak makan dekat mana?" Soal Syafina. Kedua tangan nya memegang erat stereng kereta.

"Ikut kau lah. Aku okey je" kata Hanis. Tak kesah nak makan dekat mana. Janji perut diisi.

"Okey ."

Selepas beberapa minit memandu, Syafina memusingkan stereng kereta nya dan kereta itu masuk kedalam parking kereta. Hanis memandang kehadapan kereta.

"Restoran RishHaz? Baru lagi ke?" Soal Hanis selepas lihat sign bord restoran itu.

"Lama dah. Jom." Tali pinggang keledar dibuka lalu dimatikan enjin kereta. Kunci diletakkan dalam beg silang. Mereka berdua keluar dari kereta.

My Ice Husband [Stop]Where stories live. Discover now