"Awak positif COVID-19."
Zupppp!
Terkaku.
Terkedu.
Terkejut.
Terkentut.
Terkezut.
Tersentak.
Tersentap.
Mulut terkunci, hati berdebar-debar. Tapi Afra cuba tenangkan diri, tarik nafas dalam-dalam.
"Betul ke, doktor?" suaranya lembut, penuh tanya..
Doktor Hansz hanya angguk dan tunjukkan komputer di hujung bilik. "Awak boleh tengok sendiri keputusan di situ."
Afra menoleh perlahan, mata masih terkebil-kebil. Dalam hati, dia sempat berdoa, "Ya Allah... please, biarlah doktor ni salah tengok nama ke, salah buka fail ke, apa-apa jelah asal bukan aku."
Dia bangun, kaki melangkah dengan berat. Bukan sebab lemah, tapi minda dia masih tak berapa nak proses kenyataan tadi. Lima langkah menuju komputer terasa macam lima kilometer.
"Awak tengoklah sendiri." Doktor Hansz memusingkan monitor ke arahnya. Nama penuh terpampang jelas. Dan di bawahnya— "Keputusan: Positif."
"Eh..." Afra telan air liur. Mata tak berkelip. "Confirm ke ni?" Suaranya perlahan, separuh berbisik, separuh berharap.
Diam.
Afra menghela nafas perlahan, kemudian senyum kecil. "Rasanya tahun ni saya nak full positif... tapi nak positif benda lain, bukan yang ni." Dia tersenyum kecil, cuba ringankan suasana dalam hati."
"She wants Positive Mind, Positive Vibes, Positive Life, but not Post COVID-19," Afra teringat akan quotes di Instagramnya semalam, sebelum segalanya berubah.
Doktor Hansz memerhati. Tidak ketawa. Tidak juga bersimpati secara zahir. Hanya berdiri dengan wajah yang sukar dibaca.
Afra kalih pandang ke arah doktor, senyum kecil lagi.
"Doktor, janganlah nampak terlalu serius sangat. Saya ni... err, entahlah." Dia ketawa perlahan, cuba buat seperti tiada apa-apa. "Saya ni strong girl tauuu."
Tiada respon.
Afra menghela nafas panjang, kemudian keluarkan telefon bimbit dari poket hoodie-nya. Jari-jemari sedikit menggeletar, tapi dia tetap tekan nama 'Syurga🤍' di skrin.
Talian bersambung.
"Hello, Assalamualaikum adik. Doktor kata apa? Keputusan dah keluar?" suara Ummi kedengaran, penuh harapan dan risau.
Afra telan air liur sekali lagi. "Err... Waalaikumussalam Ummi, adik positif," katanya pendek, jujur.
Beberapa saat sunyi di hujung talian. Afra menggigit bibir, matanya mula berkaca tapi dia cepat-cepat kelip untuk tahan.
"Adik..." suara Ummi akhirnya kedengaran perlahan. "Sabar ya. Allah uji orang yang Dia sayang. Banyakkan selawat, doa. Dan ingat dan hafal ayat ini..."
Puan Amanda membacakan ayat suci al-Quran, tenang dan penuh kasih.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah, ayat 153)
Afra senyum kecil sambil lap hujung mata dengan lengan baju. "Okay Ummi. Adik nak naik wad lepas ni. Kirim salam dekat Baba dan semua orang. Assalamualaikum."
Telefon ditutup perlahan. Dia letakkan di tepi. Nafas ditarik dalam-dalam.
Doktor Hansz datang menghampiri, menepuk bahu Afra perlahan. Sentuhan ringan tapi terasa memberi kekuatan.
Afra kalih pandang, senyum sikit. "Thanks, doktor."
Tiada balasan. Macam biasa, muka dia tetap keras macam kayu. Tapi tiba-tiba dia ambil tisu dari atas meja, hulur pada Afra.
Afra mengambil tisu itu perlahan, menghembuskan hingus dengan puas hati, melepaskan segala yang terbuku di dada. Macam baru lepaskan satu dunia punya tekanan. Habis tisu tu lunyai, tapi puas. Lega sikit.
Lima minit kemudian.
Hansz berdiri di tepi, pandang Afra dengan muka serius yang susah nak ditafsir.
"Aku tahu kau geram," katanya, tenang tapi sinis. "Tapi agak-agaklah nak paksa hingus kau keluar macam tu sekali. Tercabut hidung kau, sapa nak tanggung?"
Afra terus menjeling tajam. "Sa—." Belum sempat dia habiskan ayat, Hansz dah sambung lagi.
"Saya nak uruskan katil kamu. Jangan nangis lagi, nanti banjir satu wad." katanya dengan nada datar, masih berdiri tegak di sisi meja, tangan bersilang di dada macam biasa— wajah selamba tak berubah langsung.
Afra terdiam, terkebil-kebil. Dia pandang Hansz atas bawah macam tak percaya. Mulut lelaki tu, memang berbisa. Tapi nada suara dia kali ni... pelik. Bukan marah. Bukan sinis sangat. Macam... normal?
"Eh, doktor ni... cakap macam nak bagi penampar, tapi gaya macam nak pujuk budak darjah satu." dia membebel perlahan, hampir tak dengar suara sendiri. Matanya masih tak lepas dari memerhati Hansz yang kini sibuk menyemak sesuatu di fail pesakit atas meja.
"Hantu manalah yang rasuk Doktor Hansz ni?" Afra sambung, suara makin perlahan sambil dia geleng kepala perlahan. "Sekejap baik, sekejap kasar, sekejap caring. Ada kecelaruan personaliti ke?" Nada sinisnya cuba diselindung di balik senyum nipis, tapi dalam hati masih keliru— dan sedikit terhibur.
Hansz cuma senyum sikit, senyum yang macam tak berapa nak jadi tu— tapi cukup buat Afra terdiam.
Sebelum melangkah dari bilik, dia sempat toleh semula, pandangan dia tenang, suara pun tak setajam tadi. Perlahan saja, tapi sampai ke hati.
"Setiap rasa sakit memberikan pelajaran, dan setiap pelajaran itu mengubah seseorang."
Dia angguk sedikit, kemudian melangkah keluar. Pintu tertutup perlahan di belakangnya.
Afra mengeluh perlahan. Kepala disandar ke dinding , mata merenung siling. "Lain macam betul doktor ni... tapi pelik-pelik pun, dia baik jugak."
Afra mengeluh perlahan. Kepala disandar ke dinding. "Lain macam betul doktor ni... tapi pelik-pelik pun, dia baik jugak."
Selepas itu, dia melangkah keluar tanpa memandang ke belakang, meninggalkan Afra yang masih terperangkap dalam perasaannya.
TBC
Terima kasih kerana membaca. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf.
Yang baik datang dari Allah SWT. Yang buruk datang dari saya dan setan.
ANDA SEDANG MEMBACA
10 Hari Bersamanya
RomanceBook 2 Things end, but memories last forever. Muadz Rizqi dan Malaika Afra. Pertemuan di Hospital Besar Kuala Lumpur menjadi detik bermakna yang mencipta kenangan abadi buat mereka berdua. Pelbagai kisah suka dan duka tercipta sepanjang perkenalan m...
