Iseul kerutkan dahi. Oh, kiranya aku berdrama sorang-sorang la tadi ni? Hesy...

"Saya cakap... Saya minta maaf sebab pakai baju ni tanpa minta kebenaran dari awak terlebih dahulu." Terang Iseul dengan berhati-hati.

"Tak apa. Kau boleh je pakai. Cuma... Aku terkejut sikit bila nampak kau pakai baju tu tadi."

Iseul angguk tanda faham. Lega Jisung tak marah. Kalau tak, hanya mampu tadah telinga sajalah.

"Sebenarnya ni baju siapa? Cantik!" ujar Iseul sambil tersenyum lebar.

Dah la selesa. Walaupun simple tetap cantik baginya.

Jisung yang melihat perilaku Iseul itu tersenyum sedikit. Nampak comel. Macam budak-budak baru dapat mainan.

"Baju omma aku. Aku belikan masa hari lahir dia dulu." Jisung menjawab.

Teringat dia pada ommanya. Baju tu, dia yang simpan. Dia tak nak orang bakar sebab nak buat kenang-kenangan.

Iseul yang ralit membelek-belek baju yang dipakainya terus terkaku. Sekali lagi, hatinya dijentik rasa bersalah selepas mendengar kata-kata Jisung.

"Mmm.... Mesti awak rapat dengan omma awak kan?" Iseul bertanya. Saja nak ubah topik yang dia tahu akan kemana selepas ini.

"Boleh lah. Nak kata rapat tu mungkin. Nak kata tak rapat tu agak mustahil lah. Sebab aku satu-satunya anak dia kan." Ujar Jisung bersama senyuman sinis tersungging di bibir.

Iseul tak tahu untuk apa senyuman tu. Yang pasti bukan ditujukan kepadanya. Jelas, Jisung nampak seperti mengejek diri sendiri.

Iseul mengambil duduk di sisi katil.

"Jisung, dah pagi ni. Baik awak pergi tidur. Lagipun, tak elok tau lelaki duduk dalam bilik perempuan masa-masa macam ni." Ujar Iseul.

Melihat Jisung yang berbalut sana-sini tu, baru dia ingat. Mesti Jisung penat. Baru habis lawan lah katakan.

Jisung menoleh untuk melihat Iseul dengan lebih jelas. Lama dia menatap Iseul. Iseul pula hanya membalas pandangan tanpa kata.

Tersungging lagi senyuman di bibir Jisung. Kali ni tampak nakal.

"Kau takut dengan aku ke? Kau fikir aku akan buat benda bukan-bukan dekat kau?"

Nak terjatuh rahang Iseul dibuatnya. Ingat otak dia ni apa. Sesungguhnya, otak Iseul terlalu bersih untuk berfikir sampai ke situ. Lagipun dia percayakan Jisung. Jangan tanya kenapa sebab dia sendiri tak tahu.

"M-mana ada. Saya tak pernah pun fikir buruk pasal awak!" Bangkang Isuel. Dadanya mula berdebar-debar. Aduh tak tahu nak malu ke apa sekarang.

"Tapi ada betulnya juga apa yang kau cakap tu. Aku boleh terbuat macam-macam dekat kau. Dah la kita saja dalam bilik ni." Sambung Jisung sambil merenungnya.

Jisung mendekatkan diri dengan Iseul yang duduk di hadapannya. Kerusi yang diduduki Jisung diangkat dari belakang. Jisung hanya duduk menggunakan dua kaki kerusi sahaja.

Iseul menelan liur. Jantung usah ditanya! Memang tengah maraton la sekarang.

Iseul menolak perlahan bahu Jisung. Hendak mencipta jarak antara mereka semula.

Namun, pantas saja Jisung menangkap tangan Iseul yang menolak-nolaknya. Pergelangan tangan Iseul digenggam kemas. Mata Jisung dihalakan tepat ke dalam mata cantik di hadapannya.

Gulp! Gugup Iseul dibuatnya. Liur yang tersekat di tekak cuba ditelannya berkali-kali. Dia melarikan anak matanya ke seluruh ruang bilik.

"Kau ni cute la bila malu macam ni. Geram! Rasa macam nak kiss banyak-banyak." Ujar Jisung bersama tawa.

Terkelu Iseul. Di tak salah dengar kan. Serious lah, Park Jisung cakap macam ni? Out of the blue betul! Tapi jantungnya... Dup dap dup dap... Jantung ni tak boleh duduk diam. Haih, kenapa dengan aku ni!

Akibat tidak mendapat apa-apa reaksi dari Iseul, Jisung mengangkat pandangannya. Melihat raut wajah Iseul yang jelas terkebil-kebil.

Jisung memberhentikan tawanya. Baru dia sedar. Dia dah terlanjur cakap tadi. Pantas Jisung berdiri dari duduknya.

"Kau tidurlah. Bye." Jisung mengangkat kerusi untuk diletakkan di tempat asal semula. Namun, tingkahnya terhenti apabila mendengar suara Iseul berkata.

"Awak tak nak tidur sekali?" Laju sahaja lidah Iseul melontar kata.

Terbeliak mata Iseul. Mulutnya ditekup dengan tangan sendiri. Aduhai, apa yang aku cakap ni.

Jisung menoleh.

"Kau, cakap apa tadi?" Soal Jisung semula.

Jisung dengar dengan jelas setiap perkataan yang terpancul keluar dari mukut Iseul. Cuma dia rasa hendak dengar sekali lagi.

Iseul menggeleng kecil. Sebelah tangannya masih setia menekup mulut sendiri.

Jisung tersenyum senget.

Laju saja dia merangkul tangan Iseul yang berada di muka. Ditariknya gadis itu menuju ke katil tidur.

"Bernas betul idea kau. Boleh juga, lagipun aku tak larat la nak jalan balik ke bilik aku. Jauh." Selamba Jisung naik ke atas katil dan baring disitu.

Iseul hanya melihat. Bilik dia jauh? Buka depan bilik ni ja ke?

"Iseul, sini sini." Jisung menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.

Namun, Iseul masih teragak-teragak.

"Err..."

"Naik sendiri atau nak aku dukung kau bawa naik?" Soal Jisung sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ish, awak ni kenapa nak paksa-paksa saya?" Bentak Iseul namun tetap juga dia duduk di atas katil itu.

"Alah, kau yang ajak aku dulu kan?" Jisung bermain soalan. Suka dia lihat muka cemberut Iseul.

Comel! Tak macam Jaehyun hyung tu. Kalau buat muka macam tu, dah macam nak bagi penumbuk tengok

Tanpa kata Jisung menarik Iseul supaya sama-sama berbaring. Kepala Iseul pula diletakkan di atas tangan kirinya.

"Tidurlah. Aku tahu kau penat." Ujar Jisung yang sudah memejam mata itu.

"O-okey" Iseul membetulkan kedudukan supaya selesa.

Terasa senang pula hati dalam keadaan macam ini. Tanpa sedar Jisung tersenyum.

-nc-

Wehh apasal jalan cita jadi macam ni🤣🤣🤣 dah makin merapu pulak
H

AHAHA XPA ASALKAN SIAP💪😚

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now