Lelaki dengan pakaian compang-camping berkeliaran sekitar lorong sunyi, mata kemerahan sibuk perhatikan keadaan sekeliling seolah-olah berwaspada terhadap sesuatu. Tangan dikibas-kibas keudara 'halau' si dia kerap berbisik pada gegendang telinga untuk mengakhiri hidup orang disekelilingnya.
Ketagihan dadah dan ubat terlarang menjadi asbab utama minda cerdas mulai rosak melahirkan fikiran kacau. Fizikal dan Psikologi hancur dimusnahkan musuh nyata negara itu, masa depan seharusnya dia lakar sebagai belia berjaya kini hancur bersujud dikaki dadah. Menewaskan diri pada jalan takdir hina berawal sekadar celakanya rasa ingin tahu terseret ke kancah ketagihan.
Lelaki dikenali sebagai Ismat, sibuk garu kasar belakang leher dengan kuku tajam kehitaman. Gigi kancip kemas dengus kasar.
"Wa bukan orang gila sampai mau bunuh orang. Wa yakin lepas dapat itu 'barang' wa akan tenang..." Ismat pujuk diri sendiri walaupun rasa membara dalam diri bertindak agresif kerana tidak mendapat asupan dadah kedalam tubuh.
Beberapa pasang mata terarah kepadanya memberikan pandangan jijik dan penuh kebencian terhadap lelaki bergelar sebagai penagih dadah atau kerap dijuluki panggilan 'mat ganja'. Pandangan buruk itu berakar sejak bertahun lama bermula dari stigma mengenai sikap ganas dan keburukkan dilakukan ketika berada dibawah pengaruh dadah.
Mereka dianggap sebagai golongan keji, hina, tidak bertanggungjawab dan merosakkan masyarakat kerana tidak memberikan sebarang sumbangan kepada pembinaan negara atau ketamadunan manusia. Hal ini menyebabkan mereka seringkali disisihkan daripada masyarakat bahkan ada golongan penagih dadah dibuang daripada keluarga kerana dianggap sebagai aib atau coretan kotor hitam perlu dilupuskan.
Namun Ismat tidak mengendahkan pandangan serong mereka. Sudah lali! Daripada berusaha berubah menjadi seorang lebih baik dan hanya menerima kejian dan makian sebagai pengisi hari, lebih baik dia hidup dengan cara sendiri. Bergembira dan bergelumang dalam kancah penyalahgunaan dadah.
"Barang... Barang dimana kamu..." Ismat nyanyi kecil untuk naikkan suasana hati.
Ismat raba belakang kocek cari 'barang' kemungkinan tersisa dipoket seluar. Hampa! Kehampaan itu melahirkan amarah dalam diri Ismat. Ya, tanpa pengambilan 'barang' tersebut dia boleh jadi persis haiwan buas. Otaknya sudah dicemari dek kotornya najis tersebut. Namun bagi Ismat 'najis' bagi masyarakat adalah salah satu cara melarikan diri daripada peritnya kenyataan hidup.
'Barang' ditujukan kepada dadah jenis heroin yang dijual dalam pasaran haram melalui oknum tidak bertanggungjawab. Heroin dalam wujud tulen atau asli merupakan serbuk putih terhasil daripada pemprosesan morfin. Pelbagai kaedah digunakan candu dadah untuk pengambilan dadah jenis ini, menyuntik kedalam tubuh, menghidu tidak kurang juga menghisap. Mat ganja di Malaysia memberikan gelaran khusus kepada heroin tersebut iaitu cik putih, tepung dan 'barang'Jadual pengedaran setiap hari rabu dan jumaat oleh tokan gengster diupah 'orang besar' untuk laksanakan bisnes haram ini. Inilah kenyataan perlu diterima, anak bangsa rosak dikaki dadah manakala orang besar bermandikan wang berlimpah.
Yang rosak terhempas dilembah hina manakala yang kaya kekal disanjung bagaikan sang dewa.
Lelaki bernama Naim sandar badan pada dinding tapi ekor matanya tangkap bayang Ismat hampirinya. Biji mata hitam Naim golek ke atas, benci benar rasanya jikalau menemui lelaki itu. Nak beli 'barang' namun wangnya tiada! Jikalau tidak berhutang pasti diminta harga lebih murah. Bagaimana dia hendak mendapatkan keuntungan jikalau keadaan ini berterusan?
Ismat sengih persis kerang busuk keruk kepala dan rambut kusut masai. Tubuh Ismat mengeluarkan bau busuk meloyakan membuatkan Naim hampir muntahkan isi perut. Tanpa mengendahkan ketidakselesaan dirasai lelaki itu Ismat datang lebih dekat.Naim capai kain kecil tekup sekitar hidung. Bau busuk itu kekal berlawan sekuat tenaga untuk masuk dalam rongga hidung membuatkan Naim hampir kehabisan nafas. Perutnya bergelodak ingin muntahkan isinya apabila lihat keadaan gigi Ismat bukan sahaja kuning bahkan mulai kehitaman disesetengah kawasan.

YOU ARE READING
INDIGO [LEONZIO] - MINI NOVELA FP
RomanceLeonzio, inilah gelaran diberikan kepada lelaki bernama Mirza Sadiq berna ung mengalas amanah pada bangsa dalam unit UTK yang merupakan singkatan bagi Unit Tindakan Khas. Perwatakan dingin, gagah perkasa hanya menyimpan kisah duka silamnya bersama s...