♕°KTR 37°♡

1.1K 108 14
                                    

"Loeeee" lelaki itu adalah Ericc.Dia berlari ke arah Chloe sambil depakan tangan nak peluk.Nasib Chloe pandai elak.Ericc pon tercium tanah...poor for you..😙

"Riky-nii, Nii berbau dan berpeluh...jangan peluk Loe " ujar Chloe.

"Riky nak peluk Loeee dah seminggu Riky tak jumpa" kata Ericc dengan manja.Ericc ni pelajar akademi so dia duduk asrama.Oleh kerana cuti sekolah jadi dia pulang lah empat hari lepas.Tapi Chloe terlalu sibuk dengan kerja dan misi.Jadi tiada peluang.Chloe dah depan mata ni dia naklah peluk tapi Chloe malah elak macam tu je.Alhasilnya bajunya kotor akibat jatuh ke tanah.Charlos ke arah Chloe.Dia mengelap peluhnya guna towel dibahu.

"Jadi...ada apa apa yang ku terlepas" tanya Charlos sambil melirik ke arah mereka berempat."Tadi ada pertunjukan kecil yang membangkitkan amarah mu...Nasib kau tiada disana.Sekiranya tidak,aku takut darah kotor mereka jejak di taman tadi" ujar Chloe dengan nada berbisik.

Charlos sudah menggagak apa yang berlaku.Ericc bingkas berdiri..."Sampai hati Loe....Riky,abangmu yang paling kacak dah hebat ni dipinggirkan" sumpah kata kata Ericc menjijikkan bagi Charlos dan Chloe.Yelah sempat puji diri sendiri lagi.

Charlos buat thumbs up tapi posisi👎 begini...kerana dia menang.Sememangnya Chloe memilihnya sudah pasti dia suka sakat si Ericc ni.Ericc mengetus kesal.Kemudian baru sedar ada orang lain selain dari mereka.

"Siapa mereka" nadanya berubah ke arah dingin.Matanya lebih tajam...mirip dengan mata Chloe saat mengusir Fiona dan Helen tadi.

Chloe tertepuk dahi,bagaimana dia boleh melupakan mereka."M-mereka adalah calon pasukan ku...jangan bimbang mereka semua tanggungan ku" ujar Chloe.

"Loe bukankah aku pernah kata jangan sembarangan ambil orang untuk dimasukkan dalam pasukanmu.Sepatut Loe ambil sahaja di kem latihan pemula tentera.Kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan" kali ni Ericc serius.Dia memang risau pada adik perempuannya yang satu ni.

Ian dan Nio tidak mengerti tapi Dinaile dan Mikaela sangat mengerti maksud perkataan Ericc.Sebuah Pengkhianatan mungkin akan terjadi di masa hadapan.Jadi memang patut Ericc berkata demikian.Sebabnya tidak mustahil satu hari nanti mereka akan mengkhianati kepercayaan Chloe.

Dan terlebih pula Chloe mengatakan mereka akan dimasukkan dalam pasukan.Itu mungkin lebih baik dari diseksa.

Chloe terus membisik sesuatu pada Ericc.Hampir lima minit,apa yang dia bisikkan pon tak tahu.

"Oh begitu....tapi ingat yang mereka yang telah kamu bawa akan diuji di Ujian Besar pada 6 bulan akan datang." pesan Ericc.

"Sudah pasti Loe ingat 'ujian besar' tu...sangatlah menyenangkan" ujar Chloe sambil tersenyum mengerikan.

"Dah dah jangan sampai mereka boleh ketakutan melihat senyuman manismu ini.....nanti mereka lari pula." celah Charlos.

"Kenapa nak lari pula...Lagipula ini kediaman Schulz....Sudah masuk terimalah nasib...Mimpi ngeri selalu akan ada" kata Ericc dengan selamba lalu pergi keluar dari arena.

Dan yep mereka berempat terduduk.Bukan apa sekilas Ericc menunjukkan wajah bengis sekaligus dingin.Dalam kediaman ini semuanya tak normal.Bahkan pelayan mereka yang pernah mereka temui masing masing mempunyai aura intidimasi.Maksudnya aura yang menakutkan dan membuat mereka berempat agak segan meminta lebih lebih.

"Nanti kelamaan kalian akan terbiasa di kediaman ini...Jadi jom jalan jalan sekitar sini.Yang kalian teroka baru suku di kediaman ini." kata Chloe menyentak lamunan mereka.Dia tahu mereka agak terkejut.Yelah aura semua orang dalam kediaman ni bukan boleh main terutamanya Arthur.

Wait what.....baru suku tempat mereka teroka.Mereka fikir dah keseluruhan kediaman ni dah diterokai.

(Kalau korang nak tahu,kediaman yang nis sertakan pada chap sebelumnya tu lebih kepada kediaman untuk tetamu sahaja dan dulu tempat tinggal bonda mereka dahulu.btw tu gambaran awal saje....nis jumpa yang gambaran imajinasi kediaman diorang)

Killer Twins Reincarnation???[END]Where stories live. Discover now