BAB 60 ( SPEACIAL PART)

Start from the beginning
                                    

"siap!" Tubuh kembali di tegak memandang wajah Uqasah yang masih setia memandangnya. Berkerut kening Rayyan.

"kenapa?"

"terima kasih jaga Uqasah. Hubby memang terbaik" ujar Uqasah sebelum mencium manja kedua pipi Rayyan. Kali ni tak payah nak jengekkan kaki di sebabkan ketinggiannya hampir sama dengan Rayyan di sebabkan kasut tinggi tersebut.

"jom. Nanti lambat pula" ajaknya. Kedua lengan anaknya yang terkebil-kebil memandang mereka suami isteri di tarik menuju ke kereta.

"please come in..sayang.. " meleret suara Rayyan mempelawa Uqasah masuk. Uqasah tertawa gedik. Suka di layan seperti itu sebelum masuk ke dalam kereta. Umairah dan Rafeeq pula sudah lama di dalam. Hanya menunggu kereta bergerak saja.

Rayyan melambai kecil ke Arah Danny yang sudah mula bergerak keluar dari pagar rumah sebelum masuk ke dalam bahagian memandu.

"readyy?" tanyanya.

"yaaa... " suara Umairah paling kuat menjawab. Serenok sangat dapat keluar.

Kerete mewah milik Rayyan perlahan-lahan mula bergerak. Sengaja dia tidak mengupah budak-budaknya memandu di sebabkan hari ini adalah hari istemewa baginya. Biar dia saja lakukan semuanya.

"tak sabarnya.. " gumam Uqasah. Sedari tadi jantung berdegup laju tidak sabar menunggu kejutan yang di adakan. Rayyan tersenyum kecil. Tangan Uqasah yang berada di riba isterinya di tarik lalu di bawa ke bibir. Uqasah hanya diam. Lagi pun dia suka di layan seperti itu.

"kenapa hari ni hubbg sweet sangat?" terpancul juga soalan tersebut di bibirnya. Rayyan memandang sekilas sebelum kembali fokus membawa kereta. Tangan Uqasah di genggam atas ribanya. Sesekali anak mata mengintai kelakuan kedua anaknya dari pantulan cermin.

"selama ni tak sweet ke?" tanyanya. Ada sedikit nada merajuk di situ. Uqasah tertawa. Jarang dapat tengo suaminya merajuk. Selalunya dia saja yang rajin merajuk.

"sweet juga tapi hari ni bertamba sweet pula. Tapi sayang suka" jawabnya manja. Rayyan tersenyum.

Sekali lagi tangan Uqasah di bawa ke bibir. Di kucup lama tangan tersebut sebelum kembali di letak di atas pahanya. Sebelah tangan memandu sebelah lagi bermain dengan cincin perkawinan mereka.

:
:
:
:
:

Uqasah memaut lengan Rayyan bila melihat keadaan hotel tersebut sangatlah gelap. Takut. Umairah juga turut memeluk kaki papanya. Sama je perangai. Keduanya penakut berbanding Rafeeq yang hanya selamba seperti Rayyan.

Rayyan mengeleng. Tahap penakut isteri itu sama saja dengan anaknya Umairah. Lipas kecil pun menjerit bagaikan nampak puntianak. Belum lagi kalau lipas tu dah terbang. Memang bergegar rumah dengan jeritan mereka. Perempuankan biasalah. Kalau tak over tu bukan perempuan.

"hubby. Gelaplah. Takut" rengek Uqasah. Seram sejuk dia melihat hotel itu gelap gelita. Macam nak masuk hotel berhantu pula rasanya.

"paa... " Umairah mendongak dengan wajah cemberut. Sama kepala dengan mamanya. Rayyan tunduk mendukung tubuh kecil anaknya. Pergerakannya bertambah susah bila lengan masih di paut kuat oleh Uqasah.

"jom. Tak payah takut. Hubby ada" pujuknya lembut sebelum mereka sekeluarga memulakan langkah.

"mati karan ke hubby?" polos Uqasah bertanya membuatkan tawa Rayyan terletus. Mati karan pun mati karanlah.

"ready?" dia mengerling memandang wajah Uqasah. Uqasah mengangguk walaupun sebenarnya tak bersedia lagi. Dalam kiraan 3 tidak lama pintu hotel itu terbuka dengan sendiri. Makin kuat dia mencengkam lengan suaminya.

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now