10HB-Sakit

121 28 6
                                        

10/9/2021

"Ummi, sakit!!!" Jeritan demi jeritan bergema di pelosok rumah. Air matanya jatuh membasahi pipi gebunya.

"Sakit, Mi!!!" Dadanya sesak dipegang. Batuk masih tidak berhenti dari berbunyi. Penafasannya semakin berkurang.

"Sekejap, tahan sikit. Kakak cepat bawa oximeter ke sini."

"Dekat mana Ummi letak? Tak jumpa pun dekat First Aid."

"Cuba kamu tengok dekat bilik Ummi. Cepat sikit, adik kamu dah teruk ni." Perasaan risau masih tidak hilang. Makin bertambah risaunya apabila anaknya terseksa sebegini.

"Umi ni ke oximeter tu?" Afifah datang bersama oximeter di tangan.

Malaika meletakkan ibu jarinya di tengah-tengah antara atas dan bawah oximeter tersebut. Selepas beberapa saat, Ummi melihat nombor oksigen yang tertera. Oksigen yang ditunjukkan sangat rendah.

Bergegas Ummi menelefon kecemasan 999 untuk membawa Malaika ke hospital. Setelah 20 minit, bunyi siren ambulans mula kedengaran. Malaika bangun perlahan-lahan, lalu kakinya mula melangkah keluar dari rumah.

Afra dipakaikan nebulizer sejak masuk ambulans hingga tiba di hospital. Di dalam ambulans, doktor tersebut memakai pakaian Personal Protective Equipment (PPE).

Diam, setelah diperiksa dan beberapa soalan ditanya, Afra dan doktor hanya diam tanpa bertegur sapa. Beberapa detik berlalu, Afra memejamkan mata lalu tidur dengan aman.

Setelah sampai di hospital, Afra dibawa ke tempat kecemasan  COVID. Suasana agak sunyi, tak seperti dalam drama hospital TV3 yang selalu Afra tonton— tiada muzik mendebarkan, tiada jururawat berlari sambil menolak troli. Yang ada cuma bunyi mesin oksigen, langkah kaki doktor dan keluhan pesakit yang kebosanan macam dirinya.

Afra dibawa duduk di atas kerusi kecil berlangsir biru laut. Kerusi keras. Dia rasa macam duduk atas kayu, tapi versi sejuk beku.

Seorang doktor lelaki datang menghampiri sambil memakai PPE penuh. Hanya mata sahaja yang kelihatan, itu pun macam tengah menahan mengantuk. Tapi dia tetap tersenyum, atau Afra agak dia senyum sebab mata doktor itu terangkat sikit. Mungkin.

"Afra Malaika?" Suara doktor itu datar. Langsung tak ada nada mesra. Dia tengok fail tanpa tengok Afra pun.

Afra angkat tangan macam pelajar jawab soalan kuiz. "Haah saya! Tapi sebenarnya... Malaika Afra. Atau Afra je. Tapi kalau doktor rasa awkward sangat, panggil 'sayang' pun boleh."

Tiada reaksi.

Doktor itu sekadar melirik sekilas sebelum menyambung, "Saya nak ambik suhu, oksigen, dan darah sikit."

Afra angguk sambil menghulurkan tangan. "Kalau doktor jumpa gula-gula dalam darah saya, jangan pelik ya. Saya baru habis sekotak marshmallow sebelum datang sini."

Doktor Hansz, nama yang tertulis pada tag kecil di PPE, hanya mengangguk kecil sambil mengambil jarum dengan penuh focus. Dia tidak ketawa, tidak juga membalas gurauan Afra, tapi sempat menggeleng perlahan— mungkin sedang menahan senyum, atau sekadar tak tahu nak respon perangai pesakit sorang ni.

Afra pejam mata sekejap masa dicucuk, kemudian buka balik. "Doktor pernah tak terfikir nak jadi magician? Sebab tangan doktor ni, serius macam "abrakadabra', tak rasa apa pun."

Doktor Hansz tukar tiub darah ke tiub seterunya tanpa sepatah balasan. Suasana jadi senyap kecuali bunyi mesin oksigen dan tapak kaki jururawat lalu lalang.

Afra jeling sikit. "Doktor okay tak? Macam... stress je."

"Focus," jawabnya pendek.

Tiada senyuman. Tiada anggukan. Tiada ucapan penutup seperti "dah siap" atau "rehat ya." Hanya satu perkataan , dan dia terus beredar— senyap, efisien, hilang dari pandangan macam angin lalu. Langkahnya laju tapi teratur, terus ke aras pintu tanpa menoleh walau sekali. Bunyi kasutnya berdetak perlahan di lantai, makin lama makin menjauh.

10 Hari BersamanyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang