Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya Imran Alfia, penulis bagi buku ini. Di sini saya ingin memaklumkan dari awal bahawa idea-idea dalam karya ini adalah hasil gabungan daripada pelbagai sumber:
75% daripada kawan-kawan saya di media sosial,
20% daripada saya sendiri,
5% daripada bacaan di Wattpad dan novel-novel lain.
Jadi, sekiranya cerita saya secara kebetulan menyerupai karya penulis lain, mungkin ia satu kebetulan — atau mungkin juga mereka yang 'terinspirasi' daripada karya saya. La Tiberrrr...
Saya juga ingin mohon maaf awal-awal kalau ada kesalahan tatabahasa atau ayat yang kurang sempurna. Saya masih baru dalam bidang penulisan dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Macam kata Author MissDiyyah:
"Mana ada baby lahir-lahir terus boleh lari."
Begitulah juga saya — sedang belajar, perlahan-lahan mencari rentak.
Saya berharap semua pembaca dapat menerima karya saya dengan hati terbuka dan membaca dengan jiwa yang positif. In shaa Allah, saya akan terus perbaiki dari semasa ke semasa.
Sekian sahaja dari saya.
Wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
10 Hari Bersamanya
RomanceBook 2 Things end, but memories last forever. Muadz Rizqi dan Malaika Afra. Pertemuan di Hospital Besar Kuala Lumpur menjadi detik bermakna yang mencipta kenangan abadi buat mereka berdua. Pelbagai kisah suka dan duka tercipta sepanjang perkenalan m...
