Sudah sebulan namun Dylan masih belum sedarkan diri dan Aryssa berulang-alik dari sekolah ke hospital. Selesai sahaja peperiksaan, Aryssa akan terus ke hospital dan mengulang kaji pelajarannya disana. Ahli keluarga yang melihatnya turut kasihan akan gadis itu.
"Arys." panggil Zayn.
Aryssa menoleh memandang Zayn. Buku notanya ditutup dan melangkah ke kerusi di sebelah katil Dylan.
"Kau pergi lah balik rumah rehat betul-betul dulu Arys." kata Zayn.
Aryssa tersenyum hambar dan menggeleng perlahan. Pandangannya dialih kepada Dylan yang masih terbaring menutup mata di atas katil.
"Esok last paper kau kan Arys?" tanya Amanda.
Aryssa mengangguk. Matanya masih lagi memandang Dylan dan tangannya naik menggenggam tangan Dylan.
"Bila flight kau?" tanya Amelia.
"Malam esok." balas Aryssa.
Begitulah Aryssa sekarang. Sepatah ditanya, sepatah dibalasnya. Kalau dulu susah hendak membuka mulut, sekarang makin bertambah susah.
"Kau betul dah fikir masak masak?" tanya Aliff.
Aryssa mengangguk. Tangan Dylan yang digenggamnya tadi diletakkan perlahan-lahan.
"Dah. Aku kena selesaikan semua ni as soon as possible. Aku tak nak dia sentuh Mikha lagi." balas Aryssa dingin.
"So apa plan kau nanti?" tanya Amsyar.
"Lepas aku naik takhta, aku akan bongkarkan semua kerja jahat dia dekat King. Dia tak layak pegang tittle tu. Aku akan buat dia terima balik apa yang dia pernah buat dekat keluarga kita." balas Aryssa.
"Then Syed Emir?" tanya Aziera.
"Syed Emir and family dia buat semua ni atas arahan Queen. Aku tau Queen yang provoke ayah Syed Emir untuk buat semua ni and jadi kambing hitam untuk jatuhkan kita." kata Aryssa.
"Kalau kau dah nekad dengan plan kau ni then kitorang dah tak boleh nak buat apa. Tapi, ingat janji kau dekat aku untuk tak tercedera Aryssa. Dia tu bahaya. Always be safe and careful." kata Aryz.
Aryssa mengangguk.
"Kau jangan risau. Aku pergi sana nanti dengan bodyguards and Abang Ryq. If anything happen, I'll let you guys know. Just stay safe dekat sini and tolong jaga Dylan untuk aku." kata Aryssa.
Mereka yang lain mengeluh dan berdoa agar semua urusan Aryssa dan Dylan dipermudahkan.
THE NEXT DAY
Seluruh ahli keluarga sudah berada di luar wad Dylan.
"Ma Pa, Arys mintak maaf sebab terpaksa tinggalkan Mikha dalam keadaan Mikha macam ni." kata Aryssa lalu menyalam tangan mama Dylan.
"Terima kasih Arys sebab Arys sanggup berkorban demi keselamatan Mikha." kata papa Dylan lalu menggosok kepala Aryssa lembut.
"Ryz, tolong aku jaga Dylan eh? Nanti bila dia bangun, kau bagi surat ni dekat dia." kata Aryssa lalu menghulurkan sepucuk surat kepada Aryz.
Aryz memandang surat itu lama sebulum mengambil surat itu dan mengangguk.
"Kau tak nak tengok dia dulu ke Arys?" tanya Idham.
Aryssa tersenyum hambar lalu menggeleng.
"Aku takut aku tak kuat." balas Aryssa perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Lonely Rulers
RomanceDylan X Aryssa Mengisahkan tentang dua orang teman sepermainan yang menjadi teman pergaduhan. Oleh kerana terikat dengan jawatan masing-masing, mereka terpaksa bekerjasama menjalankan tugas. Ibarat api bertemu api. Masing-masing tetap dengan ego yan...
