˚ ༘♡ 𝐄𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀 | 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐔𝐄 ⋆。˚

35.5K 1.2K 109
                                        

══════✮❁•°♛°•❁✮ ══════

"SAYA tak suka awak. Ayat mana yang awak tak faham, cik Adila Qayrina?"

Kedengaran suara maskulin milik Ersyad memenuhi segenap ruangan atmosfera bilik gelap tersebut. Memecah keheningan dan kesunyian ruangan bilik yang senyap sunyi itu buat seketika.

Sepasang anak mata hitamnya yang berada di sebalik kaca mata yang dipakai menikam tepat ke dalam anak mata gadis dihadapannya kini.

Reaksi wajahnya tetap sama. Dingin seperti nada suaranya juga. Langsung tiada perubahan.

Adila sudah menjulingkan mata ke atas mendengar kata-kata yang terbit dari mulut jejaka pujaan hatinya. Nasib pujaan hati tau tak? Kalau tak, ei ada jugak makan pelempang ni.

Pak!

Bunyi telapak tangan Adila menepuk kuat pada meja Ersyad tanpa amaran mahu melepaskan geram. Cukup kuat sehingga bunyi tersebut bergema memenuhi ruangan bilik. Sakit?

Sakit lagi hati Adila setiap kali mendengar jawapan Ersyad yang sama!

"Tangan awak tak sakit?" Tanya Ersyad dengan nada biasa. Tiada langsung terselit nada kerisauan seperti yang diharapkan oleh Adila.

Sabarlah duhai hati, Adila cuba memujuk diri sendiri dalam diam.

Kelihatan anak mata Ersyad melirik pada tangan kecil Adila yang berada tak jauh darinya. Adila pantas menarik tangannya lalu disilangkan ke dada. Wajah tampan milik Ersyad dipandang.

"Tangan saya tak sakit. Yang sakit sekarang ni hati saya." Perli Adila sedas mahu melampiaskan geram di dada. Sakit betul hati bila suka orang yang tak berperasaan ni tahu tak?

"Sorry?" Ersyad mula buat-buat tak faham dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh Adila. Tangannya naik menanggalkan kaca matanya sekilas mahu menatap wajah Adila yang tak berpuas hati dengan dirinya.

Ersyad mula bangun dari duduk. Cuba berkomunikasi dengan gadis itu dengan lebih berkesan. Lengan kemejanya sempat disinsing ke siku.

Kotnya pula sudah ditanggalkan. Hanya meninggalkan sehelai tali leher hitam pada baju kemeja putihnya yang melekap sempurna pada tubuh badan. Dia turut menyilangkan tangan ke dada menyamai perbuatan Adila tadi.

"Care to elaborate, Adila?" Pinta Ersyad senada. Tak terlalu keras nada yang digunakan tetapi penuh dengan autoriti. Mahukan jawapan daripada Adila. Sebelah tangannya diselukkan dalam poket.

Adila sudah bercekak pinggang.

"Awak tipu. Awak suka saya kan sebenarnya? Ei, mengakulah cepat. Degil sangat!" Jawab Adila sudah naik geram. Tanpa sedar, sekali lagi tangan Adila menepuk meja Ersyad.

Serta-merta, wajah Ersyad mula berubah sedikit tegang.

"Stop. Doing. That, Adila Qayrina. You will hurt yourself." Tegur Ersyad serius. Cukup serius sehingga membuatkan Adila tak berkutik.
Dia terlopong untuk seketika.

Ersyad risaukan dia? Omg!

Belum sempat Adila mahu melayani perasaan terujanya, Ersyad terlebih dahulu membuka mulut mahu menyambung kata-katanya yang seterusnya.

"Can you tell me what do you want from me?" Soal Ersyad ingin tahu. Tubuhnya kini disandarkan pada meja kerjanya. Menunggu jawapan daripada Adila.

HER COLD HUSBANDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang