Prolog

39 8 2
                                    

     SERPIHAN kaca yang berada dalam tangan, aku genggam kuat membiarkan titisan merah hanyir perlahan-lahan jatuh dan membentuk lopak kecil di lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     SERPIHAN kaca yang berada dalam tangan, aku genggam kuat membiarkan titisan merah hanyir perlahan-lahan jatuh dan membentuk lopak kecil di lantai. Aku endahkan darah yang menitis. Luka di tapak tangan tidak sesakit perang emosi yang aku rasakan.

Kepala aku gelengkan seiring dengan gerak kedua-dua tapak tangan yang laju menutup telingaku. Air mata yang pada mulanya hanya sekadar titisan bertukar menjadi aliran yang laju.

"Allah itu tidak ada. Apa yang kau buat selama ini hanya sia-sia!"

Semakin lama, bisikan itu semakin mengganas. Mata aku telah berubah warna menjadi merah, mungkin kerana tidak tertahan dengan kekecewaan dan tekanan yang kian membenam jiwa.

"Tak, tak. Aku tahu Allah itu ada. Aku tahu. Kau jangan nak permainkan aku. Aku tahu Allah itu ada!" Tangan aku libas tanpa arah ke udara, seakan menghalau entiti yang aku sendiri tidak tahu di mana kewujudannya.

Sakit.

Peperangan antara akal dan bisikan itu amat sengit dan menyakitkan, bukan dari carikan luka fizikal sebaliknya dari kelemasan jiwa aku. Tapak tangan yang masih disaluti dengan cairan darah aku tekapkan kembali ke kedua-dua belah telinga. Tangisan semakin lama semakin kuat dan pecah senyaring-nyaringnya.

Sungguh, aku lemah tika ini. Bertahun aku cuba bertahan dalam keadaan ini dengan harapan ia akan menghilang seiring dengan pergerakan masa. Tapi aku silap, aku kian dewasa dan bisikan membunuh ini seakan bertambah kekuatannya sehingga ada waktu aku terduduk lemah. Aku sudah tidak mampu menahan dugaan ini.

"Berambuslah! Kenapa kau nak ganggu aku? 14 tahun itu masih tak cukupkah? Aku tak pernah ganggu atau seru kau pun!" Segala perabot dan barang yang terdapat di sekelilingku dicampak.

Lemas.

Aku kian lemas dengan diri dan tiap nafas yang aku sedut seakan tersekat di kerongkong. Bilik aku kini tidak ubah seperti tempat longgokan sampah. Dipenuhi dengan serpihan kaca dan komponen barangan yang telah hancur.

Aku terduduk di atas lantai selepas aku rasakan lutut sudah tidak mampu lagi menampung diri. Tangan aku bawa untuk peluk diri sendiri sebelum dialih ke kepala dan rambut dicengkam kasar. Batin aku merintih. Memohon pertolongan dan menagih simpati dari persekitaran hingga aku terlupa kepada yang Maha Berkuasa.

Dalam tangis, cermin yang telah retak aku pandang. Jelas terbias di situ wajah aku yang berserabut. Dengan rambut yang berserabai dan air mata yang mengalir deras. Darah yang memenuhi segenap wajah mulai kering. Semua ini benar-benar gila. Bagaimana di pagi tadi aku mampu tampil sebagai seorang yang mampu menyenangkan tiap mata yang memandang dan kini aku tak lebih dari sekeping kertas yang dikeronyok dan dihenyak kasar?

Tangan kanan digenggam kuat tanpa endah akan darah yang kembali menitis dari bukaan luka sebentar tadi. Aku benci keadaan aku seperti ini, yang lemah seakan aku mengiyakan kekuatan si laknat. Aku capai apa sahaja yang ada berdekatan aku di waktu ini untuk dicampakkan ke biasan wajah aku tanpa melihat apakah objek yang aku pegang.

𝐀𝐍𝐔𝐌 𝐈𝐁𝐓𝐈𝐇𝐀𝐉 (SU)Where stories live. Discover now