"tapi..."

"jangan risau saya okey. Awak tunggu sini je" potong Uqasah tanpa sempat dia berkata. Akhirnya Khairul mengangguk pasrah walaupun masih lagi ragu-ragu biarlah dekat ke jauh namun musuh itu sangat licik.

Uqasah berjalan laju. Dia menoleh kembali terlihat Khairul sudah berdiri di sisi si kembar sambil mata tidak lepas dari merenung setiap langkahnya. Naik pula segala bulu Uqasah. Takut tiba-tiba.

Setelah sampai ke tandas wanita dia terus masuk ke dalam. Kosong. Itu yang dia lihat tiada satu pun manusia di dalam tandas ini. Namun Uqasah tidaklah takut sangat. Bukankah itu hal biasa.

Dia menuju pula ke singki untuk membasuh tangan. Sambil-sambil itu di belek-belek wajahnya. Senyuman kecil terukir sebelum kembali menunduk. Siap saja basuh tangan dia menoleh ke belakang. Hampir jatuh jantungnya melihat 2 orang lelaki berdiri tegak di belakangnya.

Air mata mula bergenang memikiran dia dalam bahaya. Mahu menjerit namun entah kenapa suaranya tidak dapat di keluarkan. Semakin dia ke belakang semakin 2 orang bermask hitam itu ke hadapan. Sehinggalah terasa ada tangan lagi dari belakang menekup mulutnya dan segalanya terasa gelap. Uqasah terjatuh sebelum tidak sedarkan diri.

Di pihak Khairul pula masih lagi tidak sedar akan keadaan Uqasah. Khairul resah sendiri. Dia memandang jam di tangan. Sudah 5 minit menunggu namun bayang Uqasah belum lagi keluar.

"lamanya akak dalam tandas. Berak batu ke apa?" selamba Risya mengutuk. Rose menyiku lengan Risya dengan jelingan tajam.

"kami pun nak ke tandaslah. Jom.. " Rose menarik terus tangan Risya. Entah kenapa hatinya tidak senang. Pengawal mereka turut mengikut.

"korang tunggu sini" sempat Risya berpesan agar kelima pengawal itu tunggu di luar. Baru saja kaki melangkah kedua kembar itu menjerit.

"akak.. " hampir menitis air mata mereka melihat Uqasah yang tidak sedarkan diri. Khairul yang mendengar pantas saja ikut masuk.

"ya allah.. Bawa pergi hospital cepat" desak Risya. Kalut-kalut 5 pengawal itu bertindak.

:
:
:
:
:

Tajam mata Rayyan memandang ke arah 5 pengawal suruhannya. Dia bercekak pinggang. Alangkah terkejutnya dia bila di telefon dan di beritahu isterinya itu berada di hospital sekarang. Di tinggalkan terus meetingnya.

Turun naik nafasnya melawan kemarahan. Dia mengetap gigi. Tangan di genggam kuat sehingga timbul urat-urat hijaunya.

"macan mana boleh jadi macam ni?" soalnya bernada keras. Khairul menunduk.

"kami pun tak tahu master" jawabnya perlahan. Tidak semena-mena satu tumbukan padu melayang ke wajahnya.

"MACAM MANA KAU TAK TAHU BODOH?" tengkingnya. Leher Khairul di cengkam kuat. Merah matanya memandang.

"Rayyan!" panggil Raimah yang juga turut berada di situ. Si kembar pula sudah tunduk ketakutan.

"rayyan...calm down bro. Hospital ni" Danny dengan pantas menolak Rayyan daripada terus menyakitkan Khairul. Dia mendepa tangan menghalang Rayyan. Khairul yang berdiri di belakang Danny diam tidak terkutik.

"macam mana aku nak bertenang?" soal Rayyan menahan marah. Sekali lagi dia cuba mara menumbuk Khairul namun sempat di halang oleh Anif. Dada Rayyan di tolak kuat.

"dahlah. Bawa bertenang boleh tak? Kalau kau bunuh khairul pun tak ada guna bukannya ubah apa-apa pun" marah Anif.

Rayyan mengeluh kuat. Tali leharnya di longgarkan dengan kasar sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang sudah tersedia. Rambut di ramas kasar.

Baru saja dia mahu bersuara. Bunyi telefonnya kedengaraan. Dengan malas-malas dia membuka telefon. Berkerut dahinya melihat mesej entah dari siapa. Dengan perasaan marah yang membuak-buak dia buka juga mesej tersebut.

You better take care of your wife before death picks her up!

"fuck you!" terus di hempas kuat telefonnya ke lantai. Wajah di raup kasar. Merah wajahnya. Yang lain terkejut tatkala Rayyan yang tiba-tiba saja mengamuk itu.

"bro.. " belum sempat Anif mahu berkata kelihatan seorang doktor lelaki yang merawat Uqasah sudah keluar. Pantas saja Rayyan berdiri lalu mendekati doktor tersebut.

"macam mana wife saya?" laju dia bertanya. Doktor lelaki itu tersenyum kecil. Cermin matanya di betulkan sedikit.

"it's fine tuan. Dia cuma pengsan sebab terhidu bau tidur tu sahaja. Yang lain selamat!" beritahunya. Rayyan mengeluh lega. Degupan jantungnya kembali normal perlahan-lahan.

"boleh saya jumpa dia?" soalnya sudah tidak sabar-sabar mahu memeluk isteri kesayanganya. Doktor itu mengangguk. Terus saja Rayyan melulu masuk.

Uqasah yang sudah sedar itu tersentak bila mendengar bunyi pintu di tolak kasar. Dia mengetap bibir melihat gerangan yang datang mendekati sebelum wajahnya selamat tersembam ke dada Rayyan.

Terlepas juga esakannya. Tangan mula bergerak ke pinggang Rayyan. Di peluk erat tubuh tegap suaminya bagaikan tidak mahu melepaskannya. Dirinya masih lagi dalam keadaan ketakutan. Rayyan mengucup berkali-kali dahi Uqasah.

"jangan nangis. Hubby ada.. " di bisik lembut suara tepat di telinga isterinya. Uqasah mengangguk dalan esakan. Dia mendongak memandang wajah Rayyan.

"i miss you hubby" adunya manja. Rayyan tertawa. Sakit-sakit pun sempat lagi nak mengatal.

"miss you too sayang.. " balasnya. Wajah Uqasah di belek-belek sebelum turut membelek seluruh tubuh isterinya. Dari lengan ke kaki. Semua habis di belek.

"ada sakit mana-mana tak?" tanyanya risau. Melihat gelengan Uqasah membuatkan dia sekali lagi mengelug lega. Di tarik kembali kepala Uqasah dan kucupan sayang singgah di dahi itu.

"hubby risua tau tak?" omelnya geram.

"sorry.. " di ambil tangan Rayyan lalu di kucup lembut.

"sebab selalu menyusahkan hubby. Dari awal kita jumpa sayanh asyik buat masalah je" terhenjut bahunya berkata. Rayyan mengeleng. Dahi di laga ke dahi isterinya.

"no.. Hubby tak pernah anggap sayang menyusahkan pun.. " naifnya.

"thank you.. " Uqasah kembali menyembamkan wajahnya di dada Rayyan. Terasa selamat bila berada dalam pelukan suaminya. Masing-masing senyap melayan perasaan. Rayyan tidak habis-habis mengucap syukur.






Don't forget to vote 🌟

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now