🍁 Dylm 7

2.2K 59 2
                                    


Mata dibuka perlahan-lahan. Argh sudah! Lambat bangun!

Lily bingkas bangun dari katil, bersiap-siap untuk mandi. Ish apa lah, dah jadi isteri orang pun bangun lambat lagi!

Kelihatan Arif sedang berdiri di hadapan cermin besar, menyikat rambutnya dengan rapi.

"Aik. Awak nak pergi mana dengan uniform kerja?"

"Pergi memancing."

"Eeee orang tanya betul-betul ni!"

"Haish, aku ada kelas penerbangan harini."

"Aik, dah jadi pilot pun ada kelas lagi ke?"

"Of course la. Kau pernah dengar tak pepatah, orang yang pandai adalah orang yang tidak pernah berhenti belajar. Ha aku la tu." Arif membetulkan kolar bajunya sambil tersengih bangga.

"Ngeh."

Arif menjinjing beg kerja, bersiap untuk keluar.

Lily terhegeh-hegeh bangun untuk mengejar langkah Arif.

"Awak!"

"Apa lagi?"

"Nak salam!" Lily menghulurkan kedua tangannya.

"Salam aku?" Sebelah kening Arif dijungkit, menyoal Lily dengan nada pelik.

"Iyerlah, siapa lagi!"

Tangan Arif ditarik lembut. Lily mencium perlahan tangan suaminya itu.

"Kerja elok-elok awak!"

"H-ha.Thank you. Bye." Arif teragak-agak.

Lily melambai, wajahnya riang. Bak kata Lily, mulakan harimu dengan senyuman!

Arif masuk ke dalam lif. Usai pintu lif terkatup, butang lif ditekan terus ke tingkat G. Sesekali Arif akan memandang tangannya yang menjadi mangsa sentuhan bibir ranum Lily. Dia seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Salam erk..cis.."
Mengenangkan peristiwa tadi, membuatkan dia tersenyum sendiri. Bukannya dia tak biasa pegang tangan perempuan. Dulu sebelum kahwin, elok je pegang tangan Bella. Hari-hari pula tu, tanpa segan-silu.

Tetapi kali ini, ada perasaan lain yang bertandang di hati. Bukankah sudah menjadi lumrah dalam hubungan rumahtangga, isteri akan menyalami tangan suami? Perkara biasa, tapi kenapa rasa macam luar biasa? Adakah kerana Lily merupakan seorang yang halal baginya? Bunyinya macam pelik, tapi itulah hakikatnya.

🍁🍁🍁

Kenapa perlu bercinta?

Sedangkan pada akhirnya,kita pasti akan bersama?

Marilah,pegang tanganku,kita bina hidup baru.

Harini,esok atau nanti.Tetap akan menjadi hari kita.

Wahai mahligai cinta,kau la isteri,kau la bidadari.Di dunia mahupun di Syurga.

~I love you,sayang.

Menitis air mata, membaca ending novel kegemarannya yang bertajuk "Hanya Kau untukku"
Ni bukan kali pertama, malah sudah berkali-kali dibaca. Namun, masih tidak jemu.

"ARGHHHH SWEETNYA HUSBAND DIA!"

"KAU LAH BIDADARI DI DUNIA MAHUPUN DI SYURGA! AUCHHHHHH😭"

Do You Love me?Where stories live. Discover now