l i m a b e l a s

66 5 0
                                        

ARYSSA'S POV

Malam terakhir perkhemahan ini kami habiskan dengan aktiviti yang ringan seperti busking. Dari tadi persembahan busking dari pelajar-pelajar Hevyn dan Devyn berlangsung. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula sangat santai dan dapat dinikmati oleh semua orang. 

Kini tibalah masa AJKT pemimpin pelajar kedua-dua sekolah untuk membuat persembahan. HPO Hevyn ? Ah aku hanya membiarkan saja semua itu dibuat oleh The Prince. Aku tidak berbakat sangat dalam bab seni-seni ni. Seni yang aku tau dan berbakat hanyalah seni mempertahankan diri. Heh.

Aku berada di dalam kelompok AJKT pemimpin pelajar kedua-dua sekolah. Sebelah kiri kelompok The Angels ialah The Prince dan sebelah kanan ialah The King.

Mata aku alihkan kepada tengah-tengah pentas. Hanya Dylan yang berada di situ manakala Zayn, Idham dan Aryan berada di sini. 

Dylan membetulkan suaranya sebelum mula memetik gitar dan menyanyi.

Kenangan yang telah berlalu

Takkan ku lupa

Hanya engkau yang aku mahu

Sudah tentu

Kisah cintaku bersamamu

Tidak sempurna 

Walau apapun kita

Tetap akan bersama

Hariku lebih indah

Pabila kau ada 

Dylan mengangkat mukanya dan aku dapat rasakan dia memandang tepat ke arah aku.

Ku menunggu kau pulang

Pulang sekarang

Ku rindu wajahmu

Senyuman manismu sayang

Tepukan gemuruh diberikan oleh pelajar-pelajar yang berada disitu kepada Dylan. Dylan masih memandang tepat kearah aku dan aku turut membalas pandangannya itu. Seolah-oleh kami berkomunikasi melalui pandangan mata.

'Kau sihat?'

'Aku sihat.'

'Aku rindu.'

'Aku pon rindu.'

"One more Lan." jerit seseorang.

Dylan mengangguk lalu bersedia dengan gitarnya sebelum menaikkan mukanya kembali memandang ke arah penonton.

Bagaimana cara membuatmu bahagia

Nyaris ku menyerah jalani semua

T'lah berbagai kata ku ungkap percuma

Agar kau percaya cintaku berharga

Tak kuat ku menahanmu mempertahankan cintaku

Namun kau begitu saja tak pernah merindu

Dylan merenung aku seolah-olah lirik yang akan disebutnya itu untuk aku. Aku tak kuat untuk memandang ke tempat lain selain dari matanya.

Sungguh aku tak bisa

Sampai kapan ku tak bisa

Membenci dirimu

Sesungguhnya aku tak mampu

Sulit untuk ku bisa

Sangat sulit ku tak bisa 

Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

The Lonely RulersTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang