STATUS ; COMPLETED ✓
➸「 - j e o n j u n g k o o k - 」
❝ How good it would have been if this were all just a dream ❞
「completed 」
「 collaboration fanfic with @inupiloyd 」
start ; August 17 , 2021
end ; August 29 , 2021
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
: feel free to turn on the song while you read this chapter !
August 14 , 1997
Hari ini hari pertama aku pindah sekolah. Hari ni juga aku dapat kawan baru. Jang Seulhee nama dia. Dia baik.Dia kawan pertama yang aku pernah ada.
August 15 , 1997
Jang Seulhee tolong belikan cream bread dengan susu pisang untuk aku. A-aku suka. Hehe. Dia juga nak berkenalan dengan aku.
August 16 , 1997
Seulhee tegur aku waktu dia sampai. Tapi aku ignore dia. Aku takut.. Takut kalau Seulhee dah tak nak kawan dengan aku.
August 17 , 1997
Tiba tiba sahaja Seulhee tanya aku yang aku ada suka siapa siapa atau tidak. Macam mana kalau dia tahu yang aku suka dia ? Mesti dia tolak kan ? Ah , jangan fikir bukan bukan Jungkook.
August 18 , 1997
Seulhee main piano dan aku suka. Ah , alangkah indahnya kalau dia main kan piano itu setiap hari untuk aku. Mesti seronok kan. Heekk. Tapi.. Seulhee jatuh hari ini. Pfftt- . Nampak comel.
August 19 , 1997
Semakin lama makin kuat perasaan suka aku dekat Seulhee. Ah, Seulhee minta aku rahsiakan tentang dia jatuh. Tak mengapa. Aku nak simpan kenangan ni sampai mati :)
August 20 , 1997
Hari ni aku buat kek coklat untuk Seulhee memandangkan dia teringin nak makan kek coklat yang aku pernah bawa. Pada masa yang sama , aku nak luahkan perasaan aku dekat dia. Doakan aku tak menangis depan dia.
August 21 , 1997
Hari yang malang. Eunwoo baca surat tu depan Seulhee dan juga classmate aku yang lain. Dada aku sakit. Kaki aku seolah olah tak boleh bergerak untuk rampas semula surat tak guna tu. Seulhee tolak perasaan aku depan semua orang. Tanpa dengar alasan aku :)
August 22 ,1997
Seulhee benci aku. :)
August 23 , 1997
Dia tak suka aku. Dia benci aku. Dia kata aku orang yang suka paksa paksa dia. Dia buat hati aku sakit. Dia kata aku suka malukan diri dia depan semua orang. Dia minta aku mati sama macam eomma dan appa mati. Mungkin masa untuk aku mati dah nak sampai. Tak semua sayang diri kau , Jungkook.
August 24 , 1997
Aku lukakan diri aku buat kali kedua. Kesan luka tu makin dalam dan tak dirawat. Aku tak nak pergi sekolah. Aku harap tak ada siapa yang kisah tentang aku.
August 25 , 1997
Aku mimpi eomma dan appa. Mereka tunggu aku. Aku nak ikut eomma dengan appa. Kenapa aku dilahirkan di bumi yang tak adil ini. Dan ya , aku lukakan diri aku sekali lagi.
August 26 , 1997
Aku menangis terlalu lama sehingga mata aku sakit sampai susah nak buka. Tiga hari lagi. Hanya untuk tiga hari aku hidup sebagai manusia. Kuatkan diri kau , Jungkook.
August 27 , 1997
Aku tekad yang aku nak datang rumah Seulhee untuk hantar surat ni untuk dia. Aku harap dia datang. Ha. Aku penat. Tak sabar nak tamatkan semua ni.
August 28 , 1997
Aku semakin tak waras. Aku gilakan Seulhee sehingga untuk mengajak perempuan itu untuk mati sekali dengan aku. Haha. Ya , dia patut ikut aku sekali sebab dia tak boleh bahagia dengan lelaki lain. Dia hanya boleh bahagia dengan aku sahaja.
August 29 , 1997
Untuk hari yang terakhir dan selama lamanya. Terima kasih untuk segala galanya. Eomma appa.. Tunggu Jungkook tau. Terima kasih Seulhee. Buat aku bahagia dan pada masa yang sama kau buat aku sakit. Aku sentiasa sayangkan kau.
Jeon Jungkook disahkan meninggal dunia akibat gantung diri.